Monday 4 January 2016

Perasaan Kawan


Akhir-akhir ni kan aku nak exam..so pesan cikgu aku, hati kawan waktu ni kena jaga. dan aku mengalami masalah baru. Kawan baik aku yang selalu aku kongsi rahsia dengan dia. Dia macam terasa dengan aku. Dia fikir aku suka crush dia. Serious la, perasaan tu tak pernah muncul kot. Aku memang dah friend zone dia. Maybe kawan gegossip je. Ngarut-ngarut macam dengan kawan lama aku.

Tapi aku takut juga, kalau2 aku tersuka dia. Sebab akhir2 ni aku dikhabarkan yang aku akan jadi partner dia waktu klinik tahun 3 nanti. So, kitorang pun selalu buat kerja sama-sama. I mean, geng2 buat kerja lambat siapkan assignment prostho. Tapi, dia cons laju ja. Prostho dan cons ni praktikal untuk bakal menghadapi kerja klinikal tahun 3 nnt, rawat2 gigi berlubang, letak amalgam, belajar buat gigi palsu and so on. Jadi, untuk aku mengelak dari muncul perasaan itu, aku tak jadi move on dengan crush aku. Ha?? sebab apa pulak yang aku nak move on dengan crush sendiri. Umum tahu la, kalu dah move on tu, maksudnya aku ni dah awal2 lagi kena reject walaupun hakikatnya belum lagi. Ye la, kena pandai2 sedar diri sikit.

Dah la sekarang aku tengah konpius. Aku suka sapa sebenarnya. Dulu masa asasi, aku ada minat seseorang. Sampai sekarang, ada la lagi sikit2 perasaan tu. Bayangkan dia retweet je pon, dah sengih sorang2 sampai lenguh jaw aku ni. Pastu bila masuk degree ni, ada seorang senior yang buat aku suka dia. Ini semua salah dia buat aku suka dia, kalau tak aku still lagi setia dengan crush lama. Kemudian, aku jadi konfius dengan classmates sendiri, aku suka bercakap dengan dia dan share2 cerita (but not geng gegossip), maksud aku share minat yg sama. Bayangkan aku konpius dengan 3 orang lelaki. Arggghh..aku ni memang tak pandai nak jaga hati.

Kadang aku rasa begini bila aku kongsi cerita aku. 

Sunday 3 January 2016

Minggu Exam



Lamanya aku tinggal mengarut kat blog ni..berhabuk dah pon setahun aku tak buka..last time aku buka tahun lepas, 2015 memandangkan hari ni dah masuk 2016..sibuk aku dekat Dentistry ni memang buat aku tak berkesempatan menjengah sebentar blog yg tak seberapa ni..al maklumla baru masuk post ke-3..hakhakhak..

sebenarnya aku penat dah membelek lecture note we..letih dia x tau nak cakap macam mana, x da la seletih macam masuk maraton tu, tapi sebab guna otak, depletion energy aku ni berhempas pulas nak habiskan baca 1 lecture note, paham tak juga..yg aku duk sibuk cita pasal study ni sbb skrg aku tengah cuti study week, minggu depan nak exam..begini la aku sebagai pelajar sederhana, last minute baru nak study, sebab tu result biasa-biasa ja..


nak tau tak, tak lama lagi batch aku akan mengendalikan sebuah program yg memang setiap tahun, batch 2nd year yang handle - Dental Appreciation Night atau nama ringkas org panggil DAN je atau senang cakap annual dinner gituuuu..jadi aku sebagai tahun 2 ni kena la uruskan walaupun aku sebenarnya dah jadi AJK utk program yang besar juga la..gala night NDSSC..seperti biasa, kalau datang bab2 multimedia ni orang cari aku la..aku ni bukannya berbakat sangat..setakat buat video pakai movie maker je..tengok, betapa LAME nya aku ni..aku pun tak sampai hati nak tolak, sebab tak ada selain aku yang sanggup buat kerja ni..

tapi aku suka je kerja ni sebab boleh la aku stalk2 orang..simpan gambar crush ke..haahaha, tengok agenda tersembunyi aku! ok2 tahun depan aku berhenti buat kerja jahat ni, aku nak tukar..nak masuk unit kembara dan riadah..dah bosan kot 2 tahun aku dengan unit multimedia ni..

eii creepy la aizen ni!