Friday 12 January 2018

Travelog to Koreaaaa

2018 da sekarang chuolls..rasa macam lama tak update dengan blog..acehhh padahal bukan active mana pon..aku busy gila akhir sem 1 ni dengan denture Kak Yati sejak2 balik dari Korea..lunch pon tak sempat..pastu dengan esaimen yang nak menyibuk juga..mujur aku dapat juga issue denture akhirnya..Alhamdulillah..my first full full denture..serius aku rasa susah dari partial..
Ahh bercakap pasal Korea, memang niat di hati nak karang pasal pengalaman aku kat Korea hari tu. Itu la aku ckp, time restraint ni buat tak sempat nak buka blog ni dengan mood juga tak ada.
So dengan telinga aku berbackground kan lagu Man With A Mission – Falling, aku makin bersemangat nak type..here we go!

1. First day! 5/11/2017 – Sunday


Ok before tarikh tu, aku dah sampai KLIA dalam pukul 9.30 malam gitu sebab flight pukul 1. Sampai-sampai tu kitorang siap2 cek tiket flight, bagasi semua. Pastu aktiviti wajib, of course gambar batch kat depan ni



Ok aku target memang nak cerita satu2 ni sepanjang aku kat Korea. So, bear with me. Memang agak jakun juga la kebanyakan kitorang ni, jap aku nak tunjuk


Hah ni la part jakunnya..takk, excited lebih


Ni lepas makan dan solat semua. Then, kitorang pon naik flight tepat pukul 1. Yess semua teruja kan. Aku pon sebab ni 1st time. Part yg bila dia naik tu yg best, dan dia buat pusingan. Then lepas tu semorang pon tidur.

Keesokannya, bosan2 sempat lagi nak bergambar, hah tengok la muka aku tu..macam apa lagi lepas bangun tidur..hmm eh x payah tunjuk la..kakakaka..aku tunjuk view before sampai korea, lawa

Ok plus edit2 semua.

So pukul 8 kitorang sampai sana. Weii keluar2 tu gila sejuk. Hujan pula renyai-renyai kat luar tu. Suhu pagi tu below 5 degree C la tak salah aku tapi kira ok la aku boleh bertahan.

Then, kitorang jumpa dgn sorg lagi tour guide, En.Azri. Tour guide kitorang yg main ni En. Halian, dia adik ipar lecturer OPOM aku. Dia yang tulis buku Backpacker Korea tu. Dia pon kelakar orangnya, boleh la buat aku gelak. Pastu kitorang naik bas khas nama HANA. Teringat pula dekat lagu Ellegarden – Hana yang bermaksud bunga. Kalau korea, maksud dia satu. En. Halian terus bawa kitorang pergi

Namsan Hanok Village

Kat sini kita amik gambar je. Saja buang masa before nak buat presentation kat Itaewon nanti. So aku pon tak nak tulis panjang, belanja gambar je










Lepas tu kitorang pergi makan hmmm aku tak ingat nama dia. Tapi kedai tu memang selalu artis dtg makan. Yg aku tau ada banyak Ddeokbokki yang tak berasa apa. Hahaha..ada orang mungkin kata sedap, tapi bagi aku ahhhhh tak kena citarasa..before makan tu memang Nampak terliur tapi bila makan kakakkakakakakaka..okay semua padan la bila pelancong datang Malaysia puji makanan kita.
Ok gambar makanan aku tak amik sebab terliur fikir nak makan tapi mujur aku sempat amik gambar luar kedai dia.

Eh tak la, amik sebenarnya -_-'


Ni artis2 yang pernah makan restoran ni. Aku amik yang aku berminat je la.






Then we move to Itaewon

Itaewon Mosque

Kat sini la hasil penat lelah aku buat before datang Korea ni dipertontonkan..haaa video fakulti aku lerrr.. pastu Khad dan Amir org yg dipertanggungjawab utk present psl siwak..ni je la aktiviti ilmiah kami..hahahaha




Then, kitorang balik pergi check in guesthouse dekat shin cheon kot..oii aku memang pelupa la..shin chan ke shin cheon..rasa mcm shinchan-dong guesthouse. Aku sebilik dgn Err, Ha dan Aten.
Haa menyempat lagi bergambar weiii


 Waktu ni dah pukul 17.00 which was dah malam pon..waktu sana pukul 5 dah malam. Siang dia kejap je. Lepas check in Cik Hailan bawa kitorang gi makan sedap..bibimbap kot nama dia..tu restoran dia nama alchon..belakang guesthouse kitorang je, kena berjalan sikit


Serius mmg sedap la, kena dgn taste aku tak macam tengah hari tadi. Tapi bila last2 tu dia jadi makin muak. Boleh la nak makan sekali sekala.

Lepas kenyang, maka kitorang berjalan sekitar guesthouse sbb banyak juga kedai2 jual baju murah. Murah dia pon 10 000 won which is RM40 kau!! Weii 10 000 won tu baju paling murah ok! Kat situ banyak juga kedai cosmetic. 1st day ni window shopping dulu, kang belanja awal2 dah habis duit. Kau tunggu time nak balik nanti, ha belanja la puas2.

Ok sekian utk hari 1st aku kat Korea. Chowww