Friday 21 May 2021

Review Product Skin Care

So tiberrrr aku terpanggil untuk make some review about skin care that I’ve tried. This time aku review product yang tak akan aku pakai lepas ni. So aku cerita ikut chronology dalam kehidupan aku yang mula mengenal apa itu skin care.

1.  Garnier Foam Cleanser

Actually dulu aku bukan jenis jaga kulit muka, cuci muka bila rasa nak cuci. Sebab time tu aku percaya skin care ni kan bahan kimia so akan irritate my skin and menghakis lagi. Kebetulan muka aku memang takda jerawat, boleh kata flawless. Naik jerawat pon jarang-jarang sekali. So kadang rasa nak cuci muka aku curi-curi pakai yang adik aku. Ye adik aku memang feminine, suka kecantikan make up2 ni.

The reason aku tak akan pakai dah Garnier Foam Cleanser sebab dia buat muka aku kering, muka aku memang jenis dry skin. Agak 2 kali aku pakai sampai aku baru sedar nak search yg produk ni actually dried my skin, then I gave it to my sister. Dia memang pengguna setia Garnier.

2. Garnier Scrub Cleanser

Hihihi ini memang bodoh ye. Time tu aku beli aku ingat Foam Cleanser. Aku tak perasan aku beli scrub cleanser. Foam cleanser pon dah keringkan kulit aku, tambah scrub kan? Tapi aku pakai sampai habis juga.

 3.       SAFI Habbatus Sauda Moisturiser

I started to concern about my dry skin when I applied powder it looked patchy. Then aku minta suggestion kawan2 aku n dorang recommend me to wear moisturiser. So they introduced me with the cheapest moisturiser which was tadaaaa Safi Habbatus Sauda Aloe Vera range harga dalam rm8-rm10. Kebetulan aku memang kedekut lagi time tu sebab still student. Dalam 3 botol juga aku pakai tapi moisture dia tahan untuk beberapa jam sahaja.

 4.       Dermalogica Sunscreen 


Okay ini my lecturer aku yang bagi sebab tak sesuai dengan muka dia. Bagi aku sunscreen ni sangat best dan sesuai dengan aku. Cumanya dia sangat MAHAL!!! Range harga rm300 lebih. So aku memang tak mampu nak beli dan aku tak sanggup keluarkan duit sebanyak itu untuk skin care. Actually aku tak sure ni moisturiser ke sunscreen, tapi aku pakai as sunscreen lepas aku pakai moisturiser safi habbatus sauda.

 5.       Mary Kay Sunscreen

THIS IS DEFINITELY A NO NO NOOO!!! Ni la pencetus outbreak pimples around my cheek area sampai sekarang tak sembuh lagi tau parut dia. Dah setahun! Ini pon lecturer yang sama bagi aku. Texture dia memang oily sangat. Sampai adik aku pon tegur. Tapi aku tak peduli pon sebab aku percaya sunscreen ni kan jenama Mary Kay dan mahal so mesti la okay plus aku kan dry skin so mesti la pakai yg jenis cream ni kan sampai la dah 2 bulan pakai asyik naik jerawat hari2 baru nak start kisah.

Depends on orang la actually. Maybe sesuai dengan dorang tapi tak sesuai dengan aku. Aku cuba habiskan tapi banyak la pula tak habis2 so aku stop juga.

 6.       Simple Hydrating Moisturiser



Aku ingat aku pakai bulan Mac 2020 sekali dengan Mary Kay sunscreen. Aku cuba try beli yang ni sebab aku try kawan aku punya macam best. Texture dia macam best tapi lambat nak kering lepas apply kat muka. So aku tak tau la culprit sebenar yang buat muka aku break out. Sama ada dia ni atau Mary Kay tu. So aku bagi adik aku juga. Hahaha taktau dia pakai ke tak.

 7.       The Ordinary Niacinamide 2%

Ni yang trial pack. Yang ori dah bagi cousin.


Aku duk dengar kawan2 review kata bagus pakai serum ni sebab dia fungsi untuk hilangkan parut jerawat. Ye aku pakai time aku start kerja bulan Mac 2020 juga. So once again ni pon suspect for the break out on my face! Aku try trial pack dulu tau. Tapi still tak suspek lagi tau sebab aku duk dengar review ok. Sampai aku beli sebotol dari Korea (memang pasti original). Sampai aku terbaca dekat Dr Chinese kat Medispa tu dia kata Niacinamide content 2% tu tinggi so boleh bagi kesan sampingan.

So one day aku buat experiment try apply sekali waktu malam. Tiberrr esok tu terus muncul. AND THAT’S IT!! I GONNA STOP TOUCHING YOU! Then last2 aku bagi kat cousin aku, baru satu dua titik je aku guna.

 8.       Skin Aqua Sunplay Sunscreen

Ini hadiah wishlist. Bagi aku okay sebab texture dia pon cair tak pekat yg boleh menyebabkan muka aku oily. Dia sedikit oily actually. Tapi still bagi aku okay.

The reason aku tak akan pakai dah Sunplay sebab aku jumpa yang lebih baik. Sunplay bukan tak okay, cuma I dah terjumpa dengan jodoh yang tepat. Basically dua-dua sunscreen ni both sama texture tapi aku terpaksa meninggalkan Sunplay sebab ada yang lebih murah hihihiih. Yang lebih murah ni kawan juga recommend.

 9.       Ceradan Moisturiser Cream

Cream ni tak ada masalah pon dengan aku. Cuma mahal sangat la bagi aku. Ada la dalam 3-6 bulan kot aku pakai, itu pon calit sikit2. Harga dia untuk 30g dah rm30 lebih. Kalau tengok kat Watson rasanya sampai rm40 lebih pon ada.

 10.   Simple Soothing Facial Toner

Hmm toner ni pon tak ada masalah sangat dengan aku. Aku pon taktau apa function sebenar toner. So tak payah buang duit la pakai. Pakai pon tak ada beza.

So that's all product yang aku dah pakai yang aku rasa maybe tak payah pandang dah lepas ni. Alhamdulillah sekarang muka aku makin pulih. Tak ada dah hari-hari naik jerawat, cuma bila nak period tu biasa lahh hormonal acne. Parut je tak hilang lagi. Yang penting jerawat tak naik dah, aku bersyukur.