Friday 3 January 2020

Azam Baru 2020

Assalamualaikum.

HELLO 2020!!! Akhirnya aku berjumpa dengan 2020. Dan umur aku masih 24. Tak nak, aku tak nak mengaku aku 25 sebab birthday aku baru lepas nak merasa umur 24. Itu masalah orang birthday lambat ni. Bila masuk tahun baru je, kau automatik terasa umur kau dah 25 padahal sebenarnya baru 24 tahun dan 1 bulan lebih bhaiii.

Ok berkenaan dengan tahun baru ni, banyak benda juga aku nak kongsikan. Yang pertama, aku baru kenal COLDPLAY dan aku tak boleh move on dengan lagu YELLOW dan The Scientist. Aku baru tahu lagu ni dah 20 tahun yang lalu wehhhh! Baru kenal Coldplay sebab Sungjin suka Coldplay.

Yang kedua, aku nak sematkan azam baru. Sebenarnya aku tak pernah kisah pon pasal azam dari dulu-dulu lagi, tapi sejak aku dah grad ni, aku macam takda benda nak buat even aku tengah kerja part time skrg, tp banyak masa terluang. So azam aku

1. GAIN WEIGHT
Mostly girls out there want to lose their weight, but me vice versa. Aku terpanggil nak naikkan berat badan ni sebab tengok video lama2 nampak badan aku mcm skeleton tho.. tak cantik. Ye aku akui pada hakikatnya memang aku tak cantik, tapi kalau dah badan mcm skeleton tu lagi men'dahsyat'kan keadaan. Maybe kalau aku berisi sikit, pipi aku pau sikit maybe aku comel ahakksss puffttt!! Tapi aku takda specific target berapa berat yang aku nak. Aku nak nampak berisi je jadi la. BMI aku pon underweight kot. 18.2 kot.

2. START MEMBACA
wow ni azam aku yang berfaedah. Dah banyak buku aku beli tapi belum juga start membaca. Katanya busy (facepalm). Nak baca novel english tapi takut sebenarnya sebab aku pernah baca novel oh maigoddd dia punya details bed scene semua tu. That's why aku trauma sampai sekarang. Aku lebih gemar pasal light novel, adventure and fantasy gituuuu.

3. NAK BERUBAH JADI CANTIK
Ok. Sebenarnya bukan la nak cantik sangat, nak bergaya je. Ye la tak lama lagi aku akan jadi Doktor tau. Seorang doktor gigi. Tapi staff tempat aku kerja ni semua tak percaya dengan aku yang nak jadi doktor ni dengan my petite body, selekeh semua. Aku pakai baju baru, baju jalan-jalan pon dorang kata biasa je. OMGGGG!! No, aku tau aku tak perlu la nak dengar kata orang, just being yourself but I think aku perlu buat comeback la, tunjuk sikit aku layak la jadi doctor, aku ada gaya sebenarnya! Tu sekarang dah start beli lipstick, pakai blusher. Semalam terpengaruh dengan Ecah punya eyeshadow. Cantik pula. Tapi aku memang malas la nak pakai foundation, primer, maskara, eyeliner semua tu. Nak buang susah. See... dah pandai sekarang barang make up. Dah kenal semuanya.

4. CINTA
Ohmaigod aku dah boleh bercakap pasal cinta ke ni, umur dah 24. Boleh la kan. Aku sebenarnya belum minat sapa2 lagi. Tapi aku stress la bila ada orang ingat aku suka dia. Ada sorang doktor locum ni kat tempat aku kerja, aku biasa-biasa je dengan dia tapi orang lain duk pikir aku suka dia. Ye la, aku follow dia dekat ig sebab akak2 lain follow. Saja je nak follow dia, tapi maybe sebab aku selalu response dekat dia punya story, orang dah fikir lain. ok fineee aku je tahu diri aku, aku tau siapa aku suka siapa aku tak suka, so tak payah kisah pasal orang okayyy ANIS. Next, baru-baru ni adik aku ada rekemen veterinar dekat kampung aku tu, umur 25 grad UPM and muka dia ala2 crush lama aku. Tapi aku awal2 dah tolak walaupun family member aku yang lain dah ON. wait a minute!! aku tak suka dikenen-kenenkan, aku nak perasaan tu datang sendiri bukan dipaksa. Naturally datang gitu. Paham, memang orang suruh berkawan dulu tapi kalau berkawan pon niat asalnya nak tengok kau serasi ke tak untuk jadi your life partner jadi tak best tau. Aku sebenarnya duk berangan, biar dia kenal sapa diri aku sebenar, aku orang dia mcm mana and lama-kelamaan perasaan tu hadir dengan sendiri. Yang tu la apa aku angankan. Ye maybe it makes me like an oldschool girl, kampung girl tapi whatever ni life aku, aku yang nak kawin, nak hadap benda tu nanti. Mungkin aku tak jumpa cinta tu nanti, aku tak kawin kot sampai bila2 walaupun hakikatnya aku TAKNAK la. Nak kawin juga. Please jodoh cepatla cari saya.

OK setakat ni je aku ada mood nak update. Banyak sebenarnya aku nak tulis tapi asal buka entry ni je, aku jadi malas nak type. Ahahaha ok sekian