Saturday 21 October 2017

Rezeki

Akhir-akhir ni aku macam stress sikit. Sebab banyak sangat kerja aku kena siapkan dalam masa terdekat. Contoh, kerja video LA tu. Dah la 2 video dalam masa yang singkat kena siapkan. Aku sorg je kena buat. Tiba-tiba assignment pula datang mendadak. Semua subjek nak ada assignment tiba-tiba. Pastu lagi teruk, aku dilantik (dipaksa sebenarnya) menjadi pengarah White Coat Ceremony. Benda ni mmg setiap tahun wajib 4 year anjurkan and mmg menjadi tradisi kena perempuan jd pengarah. Aku memang tak la nak terima benda ni. Kau bayangkan nk kena jumpa doktor semua bagai. Aku lemah la. Ni semua kerja Apip tu. Dia kan memang mana pernah puas hati nampak aku senang. Last2 aku lantik dia jadi ajk publisiti tapi ingatkan dia yang nak buat kerja, last2 anak buah dia jugaaa...



Ok next point, aku serabut juga nak uruskan patient prostho, cons, perio. 3 clinic ni memang buat aku pening macam mana nak uruskan. Mana yang aku need to prioritize patient yang betul2 perlu. Dulu masa year 3, kawan2 lain semua bizi siapkan full full denture, aku yang sorg2 buat partial sebab tak ada patient kot. So sem ni, aku otw nak siapkan patient full full (f/f) tu. Tau la f/f mmg byk visit pon. Pastu aku ingat sem ni aku nak target siapkan denture ni dulu tapi tiba-tiba ada masalah lain.

Nak cakap pasal rezekinya, dulu aku mmg takdak patient f/f kan. Skrg ni byk pula patient. Aku baru dapat f/p yg memang ada 1 gigi je tinggal. Tu pon gigi tu ada mcm2. Root caries, BPE code 4, PA lesion. BPE 4 aq dah siapkan root debridement hari buka E&D. Pastu dia nak siapkan cepat wehh dalam masa 6 bulan. Impossible! Dah la setiap sesi aku kena tukar dgn partner, nak siapkan f/f lagi. Pastu doktor sarankan dia masuk cons dulu, maybe dia kena buat rct.

Sebenarnya aku baru dpt je patient rct. Tau tak berapa lama aku tunggu dari 3rd year. Mujur akak ni mcm ok je, walaupun dia tgh sakit skrg. Aku nak panggil pon fully book jadual aku utk bulan 10. Aku nak buat competency lagi, nak g korea lagi. So mmg tak leh nak panggil dalam masa terdekat. Pastu aku terfikir psl pt f/p yang kena masuk cons tu. Kalau la gigi tu kena buat rct, hmmm. Sebenarnya gigi tu sesuai utk dicabut tapi patient tu x nak. Haiiih geleng kepala lagi. Point dia kat sini, melimpah ruah rezeki patient RCT. Bukan nak merungut, aku mmg bersyukur gila akhirnya dapat tapi sekarang aku fikir mcm mana nak uruskan jadual aku.

Perio pula, panjang juga ceritanya. Banyak gila gigi nak kena root debride. Memang lepas requirement aku. Satu patient tu saja ada 17 batang. Huhhh jauh lagi perjalanan nak masukkan patient tu dalam prostho.

Last point, rezeki Allah tu memang ada untuk setiap org. Cuma lambat atau cepat je. Allah just nak uji kesabaran kita. Aku ingat lama aku tak berdoa utk patient rct. Sekali tu aku risau sgt sampai aku pesan kat diri aku "Sabar Anis, ada la tu rezeki kau lepas ni. Ada hikmah semuanya ni". Pastu aku stat berdoa semoga aku dpt pt rct. Then, 2 3 hari lepas tu doa kau dimakbulkan. Kejap je kan. Banyak pula sekalii dapat. Sebab tu apa2 kita kena percaya Allah ada bersama kita, then percaya Allah akan sentiasa dengar doa hamba dia. Kau je Anis kena kuat lagi berusaha, minta pertolongan Allah. In sha Allah semuanya Allah akan permudahkan.

 

Friday 13 October 2017

Sekarang tengah jiwang

Walk you home ~

Sebab aku stat tengok cerita Hello Stranger which is romantic comedy thai movie, so aku ketagih nak tengok cerita thai yg lain. Imah ada rekemen cerita I fine thank you love you. Wehh penangan cerita ni, aku jiwang terokkss kat cerita ni especially hero dia.


First time aku tengok dia, aku tak berminat sangat la wajah dia tu sbb tipikal lelaki hensem macam dia la kan. Mixed blood. Tapi bila tengok sampai habis, cara dia bawa watak tu, pandangan mata dia, I can feel too. Macam aku pula tengah jadi heroin dia. Pastu aku mula tengok movie dia yg lain, Heart Attack @ Freelancer. Yang ni kurang sikit. Tapi ok je. Pastu aku ulang lagi I fine thank you love you tu. Pastu aku rasa hero dia hensem sangat2!!

 

Aku pon download Mr.Hurt 2017 cerita paling baru dia. Tapi bila cari subtitle tak jumpa. Nak nangis rasa. Aku dah la tengah mood jiwang. Nak sentimental bagai. Nampak gayanya kena tunggu tahun depan la. Huaaaaa

Aku nak cerita scene yang perlu fokus part sweet2 dia.

1. Part Yim yang caring

Yim tolong halau nyamuk tanpa tutor Pleng sedar

2. Yim yang rabun dekat

Contact lens Yim jatuh lepas kena sembur dengan air
       
  

3.  Part Yim tolong tutor Pleng break up dgn boyfriend dia..dia tipu tutor Pleng

"I got u pregnant" - Yim
"You make me a big slut" - tutor Pleng
  
Padahal sebenarnya "Pleng is my woman. Stay away from her"

4. Yim yang tengah angau juga kot..part dia nyanyi ni mmg terngiang-ngiang dalam kepala aku. Kelakar dohh


5.  Part dia terkedu dgn kecantikan tutor Pleng

 

6. Part dia translate lagu Walk You Home (ni paling romantik)

Let me walk you home ~
       

7. Part tutor Pleng terkantoi dia suka Yim

  

8. Part Yim faham apa yang Kaya cakap kat tutor Pleng


I heard she say "You love Yim" ......  I like you


So itu sahaja la part yang aku rasa menarik. Ending dia mcm kureng sikit tapi it's okay overall cite dia best. Tak bosan.

Saturday 7 October 2017

Rock Climbing

Ni salah satu elective course aku tau. Aku asalnya nak main gitar, nk buat cover acoustic lagu2 Ellegarden. Tapi mahal la kos dia. Sakit tangan pulak tu. So aku give up je bila dengar benda yg lebih interesting dari Kak San - ROCK CLIMBING.

Benda ni memang aku teringin nak buat dari kecik2 lagi. Tengok mcm senang tapi sekali try susah dohhh. Aku beginner lagi so banyak guna teknik yg salah. Supposed to be kena guna tenaga dari kaki, guna kaki utk panjat sebaik mungkin. Tapi kitorang asyik nak guna tangan utk angkat badan. Salah tu salah..

Before rock climbing.

Ini rupanya wall yg akan kami panjat (x panjat pon sbnarnya)



Mula-mula tu kitorang kena bayar rm75 sebab cover utk 3 orang yg xdtg. Sebab klu grup 10 org dapat murah dalam rm45 je. 5 orang je yg dtg. Pastu stretching dulu.Then, terus belajar dari instructor Aman dan instructor Que (betul ke idok aku eja nama dia). Kat sini kitorang belajar cara utk fall dgn betul. Kena ada teknik yg betul. Jgn tahan dgn tangan takut dislocate. Kena beratkan badan ke belakang.


Berjaya sampai puncak (hello ni yg mmg basic giler!)

 


Pastu kitorang belajar cara panjat jalan arah ketam. Panjat dari kanan ke kiri. Oii mak kau yang ni pon susah. Nampak je senang.

Kak San panjat power kot. Ni cara ketam tu

Lepas instructor tgk betul2 sorg2 punya climbing, pastu kitorang gerak ke wall yg lebih mencabar, kali ni guna tali nak panjat wall yg tinggi dia lebih kurang 3 tingkat bangunan. Serius susah!! aku nak ckp semuanya susah. Bab panjat tu ok tapi malu la nak buka kaki lebih2, instructor 2 org lelaki kat bawah duk tengok je kita. Tapi tangan aku pon tak larat nak tampung badan, nak angkat badan naik ke atas. So, mmg terpaksa la guna cara yg seboleh mungkin utk sampai ke atas. Bila kau start naik tu mmg nak laju je, nak cepat habis panjat wall tu.



Ni instructor Aman tgh tolong ikatkan tali utk kak San
Pehal muka aku serius sgt kat situ


Kak Erma dan Kak Bihah



Struggle dia seolah2 kau di akhir2 tahun lima. Mengejar ke puncak utk grad. Nak capai batu yg terakhir bermakna nak siapkan requirement tu. Ingat masa tu jgn berputus asa sampai kau dapat capai batu yang besar dan jauh dari pegangan tangan kau. Masa ni memang aku lama gila terkial-kial kat situ. Batu tu besar tapi jauh sgt. Tangan aku dah penat, dah terketar-ketar. Tapi aku dgr juga arahan dari instructor Que suruh aku capai batu tu dgn dua2 tangan aku dan tarik badan aku ke atas. Akhirnya aku berjaya! Dan turun pon dgn selamat. Serius lepas tu tangan aku terketar-ketar je.



Acah rock climber!


Mekha brag about her competent skill in climbing



Ni lah struggle gila nak panjat batu oren tu. Serius yg tu paling mencabar


Ni dah lepas panjat. Berpeluh juga weyy

Lepas tu kitorang dibawa pergi main archery. Aku dapat guna busur yg tali dia flexible sikit. Mmg senang je tarik. Yg satu lagi susah, terketar-ketar nak tarik. Tapi bila dia dilepaskan, momentum dia mmg power la utk tali yang keras tu. And bila main2 aku dapat score 9 dua kali. Yes!! Power gak aku yg beginner giler ni!

Ni tali dia yg keras tu. Nampak reaction tangan pon
Ni tali flexible sikit, tu yg boleh tarik panjang sikit. Hohoho gaya pro tu ada x??

Lepas tu kitorang nak amik gambar dgn instructor Aman dgn instructor Que. Rupanya mekha syok dekat instructor Que tu sbb hensem katanya. Haaa tu rupanya taste mekha. Bagi aku biasa je. Aku suka dua2, sbb diorang simple2 and bley juga buat lawak, nak menganjing pon pandai.


Bergambar dgn instructor2 kitorang. Yg stressnya aku kenapa tudung x jadi!!!


Semua gambar pula tu










 Pastu aku ckp kat mekha, aku nak suami aku nanti kerja mcm tu la, simple2. Taknak yg dlm bidang professional mcm dentist, doctor, lawyer etc. Aku bosan! Mekha kata tak boleh. Isu duit akan ada nnt sbb kau dentist, suami kau biasa2 je. Melainkan suami kau tu yg own business mcm rock climbing ni. Jap2 ni dah kenapa masuk bab2 ni???

Ni spam gambar je la, lepas dah habis aktiviti 3 jam kitorang













3 orang wakil year 4 dental student USIM



WE ARE THE ROCKERS!!