Saturday 28 April 2018

Hiking Gunung Datuk, Rembau

Assalamualaikum, haaa ni first post aku bagi salam. Masha Allah (geleng2 kepala)
[Background Music: Man With A Mission - My Hero]

Ok, sambil dengar lagu My Hero, aku rasa bersemangat nak cerita aku hiking tadi. Hahh cerita Korea aku pon tak habis lagi, cerita benda ni dulu sebab tengah fresh.

Ok..semalam aku tidur dalam pukul 9 macam tu, dan minta tolong Mimi untuk kejutkan pukul 11 sebab bas akan bertolak pukul 12.30 malam. Tak nak janji Melayu. Tiba-tiba Yaya kejutkan aku pukul 11.45. Ya Allah, macam mana ni. Aku bangun-bangun tu fikir dah, malasnya nak pergi. Dah la kena tidur dalam bas. Lewat dah ni. Tapi fikir-fikir balik, rugi kalau aku sia-siakan peluang ni sebab waktu belajar je aku nak merasa benda-benda macam ni. Lagi pon view Gunung Datuk tu lawa, menyesal pula kalau tak pergi. Kalau dah kerja, tak dapat dah peluang macam ni.

So aku pon bersiap-siap dan pergi juga. Naik bas pon betul-betul 12.30 malam macam tu. Sebelum tidur, sempat lagi tengok cerita Cinta Fatamorgana. Then, tidur. Selesa je sebenarnya kalau dah bawa bantal, baju sejuk. Bila dah sampai rasa macam tak mau bangun kan.

Sampai pukul 5.30 pagi macam tu, pastu kena berjalan jauh ke dalam kawasan kampung. Seram juga la pagi-pagi buta, gelap, kanan-kiri hutan. Aku pun berzikir nak bagi hilang rasa takut sebab kawan aku pernah cerita, kawan abang dia kena ikut. 20 ekor untuk seorang tu. Aku bukan berani sangat tapi aku pon tak nak la takut nanti mudah benda tu serang kita. Ok stop it.

Sampai-sampai aku tidur lagi dekat dewan sampai orang mula solat Subuh.Then, kitorang bersiap, warm up, beratur ikut group. And start la kitorang punya hiking. Jarak perjalanan dia 2010 m tapi ketinggian Gunung Datuk dari paras laut just 880 m je. Before this, aku pernah hiking kat Gunung Berembun, Cameron Highland masa year 2. Itu serius la lagi mencabar sebab ketinggian dia dalam 2077 m. Hooii waktu tu sangat letih sebab renjer tu laju gila jalan. So sapa yang duduk belakang memang asyik kena tinggal dan nak kejar orang depan yang buat kita penat gila. So, waktu tu aku terus ikut betul-betul belakang renjer. Dan jalan dengan renjer of course tak penat sebab dia berehat tunggu orang belakang, kita pon tumpang ikut sekaki. Tapi kali ni, tak dak renjer. So sapa yang berkemampuan tu terus laju tinggal kawan-kawan yang lambat sikit.

Bagi aku, Gunung Datuk ni kira okay juga la cabaran dia. Yang buat aku letih sangat sebab aku rasa loya padahal aku minum air mineral sikit sangat, itu la kalau orang kata punca loya dari minum air banyak sangat. Aku yang pada mulanya antara barisan terdepan terus jadi orang line tengah, sebab penat sangat plus loya aku tu sampai rasa nak muntah. At last, aku sampai juga puncak. Serius cantik bebb













Then, part nak turun tu seksa gila. Sakit kaki gila. Sebab curam sangat tambah-tambah part nak turun. Aku tak pasti ambil masa berapa lama sebab kali ni tak pakai jam. Phone pula dalam bag. Fikir nak cepat sampai je. Then, beli 100 plus sementara tunggu Aten datang. Sebab aku nak balik sangat. Tak selesa dengan peluh-peluh ni.

Point kali ni, nak capai benda yang kita target tu memang too many hardship, obstacle we need to face. But once, we never give up but to struggle until the last end, then you've got your goal. And my goal for this time, nak tengok view cantik macam gambar dalam Google tu. Sama la macam dentistry field yang aku hadapi sekarang, semalam banyak sangat masalah aku. Patient sakit, denture tak masak, masalah kewangan, masalah family tapi akhirnya slow-slow aku boleh terima dan tak merungut macam selalu. Sabar la Anis, bila aku dapat grad nanti, itulah kemanisan dan kecantikan view yang akan aku lalui nanti. Just go with the flow.

Saturday 21 April 2018

Travelog to Korea: Day 3


Alhamdulillah, kita sambung part 3..masha Allah betapa pemalas gila nak buat travelog ni..awal-awal dulu je semangat lebih..sekarang ni bila aku asyik busy dengan Prostho memang tak sempat..

Untuk Day 3, kitorang pergi Nami Island, Namsan Tower dan itu je..seharian habis masa kat sini je..
Ingat tak kisah aku makan ayam kyochon yg pedas tu..haaa esoknya memang perut meragam gila..serius tak selesa atas bas..

Awal-awal naik bas, budak lelaki ditugaskan jadi ustaz kejap. Semalam Fahmi bagi tazkirah, hari ni Atif pula. Ceyy bila Atif bagi ucapan je semua orang fokus..hahahaha fokus sebab nak gelakkan dia, bukan apa Atif ni boleh dikira budak paling sosial la antara budak laki tapi bukan la teruk sangat, dia sebab datang dari bukan sekolah agama. Cuma kelakar la dia jadi ustaz kejap. Entah la kitorang memang suka gelakkan dia. Tapi dia punya pemikiran memang aku tabik la. Hebat kot kalau jadi pemimpin.


Muka dia macam Cina sikit kan sebab nenek dia orang Cina. Bila datang Korea ni, ada orang Korea cakap Korea dengan dia. Mampus dia tak paham pon 😅😅😅

Then, kitorang rehat jap untuk siapa yang nak pergi tandas tu. Tapi yang lain sempat ambil gambar sebab view dia nice la juga. Aku ni mula nak pergi tandas tapi last-last







Hehe..then kitorang sampai la Nami Island nye. Ok, sampai-sampai pon dah selfie. Wey dah nama pon holiday, travel memang la tak lekang dengan gambar.



Pastu untuk ke Nami Island, kitorang diberi peta Nami Island tu sendiri untuk siapa-siapa yang nak berpecah dan cari jalan pulang nanti. Before sampai Nami Island tu kena naik feri dulu. Boleh juga melalui flying fox (ni tak tipu, memang betul orang ke sana naik flying fox je)



Ok aku tak nak cerita banyak la..memang kat sana kerja kitorang ambil gambar je.


Ni orang Korea tolonga amikkan.

Mak aku tengok gambar ni, ingat artis Korea mana.
"Tak mak, ni kawan orang (Nasim) acah artis Korea"











         




















Ni aku dah lakar nama aku kat buku ni..Tanda aku dah sampai Korea chuolllss. Kot-kot jodoh aku terjumpa nama aku kat sini 😆
Aku masih tercari-cari mana tugu Winter Sonata tu. Aku nak ambil gambar kat situ sebab pengaruh cita Hello Stranger. 10 minit lagi nak pukul 3 (kena berkumpul) sebab feri nak gerak pukul 3. Tapi-tapi aku tak ambil gambar lagi. Mana boleh jadi, rugi la kalau tak dapat. Dah la bukan senang-senang nak sampai Korea ni. Tak boleh jadi aku mesti pergi juga. Aku ajak Iman teman aku cari juga patung tu. Berlari-lari lintas hutan-hutan kat situ, tak ikut dah jalan biasa. Last-last jumpa juga. Mujur la ada lagi kawan-kawan aku yang masih bergambar, so boleh relax lagi.





Day 4

Thursday 5 April 2018

Kisah memalukan

Bagi orang lain cerita ni mungkin biasa-biasa je tapi bagi aku ni pengalaman paling kelakar dan agak memalukan.

Kebiasaan aku bila aku basuh baju, aku akan sidai dekat balkoni..rumah yang aku duduk sekarang ni kondominium glen view, tingkat 15..so bila angin kuat, kemungkinan untuk baju-baju aku terbang tu ada tapi selama aku sidai ni tak pernah jadi la pula..hari Ahad lepas, aku pon macam biasa sidai dan petang tu memang angin kuat pon..aku yang tengah tidur petang tu tersedar bila dengar bunyi angin kuat, so terus angkat baju-baju aku..masa lipat kain-kain baju, sedar la juga mana pergi kain baju kurung aku..hmm tapi tak ambil port sangat la sebab banyak lagi baju aku yang tak berlipat..

Tiba hari kejadian, hari ni..hari khamis..aku dan kawan-kawan aku keluar dari lif menuju ke basement, pagi dalam pukul 7.40..aku terkejut tengok kain baju kurung warna purple aku bersangkut dekat pintu gril berhampiran lif menuju ke basement..tiba-tiba rahimah gelak kuat sangat sambil acah tutup mulut, then kawan-kawan aku yang lain sedar.

Ya ALLAH kain aku dah jadi tontonan orang ramai penduduk GV..mana aku nak letak muka aku ni..of course la classmate aku yang lain yang pergi awal ke kampus nampak sebab dorang akan lalu pintu gril yang sama..aku memang malu nak ambil tau..tapi kawan-kawan aku nasihat, "Pergi la ambil, tunggu bila orang takda" aku pon bergerak slow-slow naik balik tangga menuju ke pintu gril tu, pastikan semua orang takda..ada pak cik guard tapi dia tengah busy buat kerja dia..aku cepat-cepat ambil kain aku tu tanpa pandang pak cik guard terus menuju ke kereta..dalam kereta tu kawan-kawan aku dah gelak-gelakkan aku..sepanjang perjalanan ke kampus, dorang gelakkan aku..

sampai kelas pon, Ecah ungkit balik pasal kisah ni..see, kawan-kawan aku tau tu kain aku..Qyller pon..dia kata waktu tu pon budak laki ada sekali..habissss aku habiss malu gila!! mujur hari ni seharian tak da siapa pon cakap pasal kes tu..memang lepas ni aku dah tak sidai kain baju dekat balkoni dan kemungkinan aku dobi je lepas ni..