Saturday 22 February 2020

Travelog Pulau Kapas Day 4

Day4 ni hari kitorang buat aktiviti yang kitorang bayar la. Misalnya, berkayak ni kitorang bayar rm25 untuk 3 orang sejam. Berkayak baru separuh pastu penat dah. Of course penat, perempuan bukannya kuat sangat nak mendayung tu. Masalahnya kitorang mendayung ni memang senget, sekejap ke tepi kejap tengah. Lepastu aku saja2 terjun dari sampan tu dan tarik tali belakang sampan tu sambil acah-acah berenang. So Khad and Sarahteha yang dayung sampan tu sambil tarik aku. Hahaha biasalah acah gedik.






Lepas kayak ni, kitorang kena tunggu sampai pukul 11 untuk orang2 laut bawa kitorang pergi snorkelling. Aku pergi masuk bilik kejap untuk charge telefon. Tengok2 bila aku g pantai balik, kosong semua orang takda yang aku nampak bot tengah berjalan. Aku takut tu orang lain bukan kawan2 aku. So mujur ada sorang pakcik ni nampak aku dan dia tanya aku one of them ke. Pastu dia panggil balik sebab tertinggal sorang ni. Lepas naik bot tu, of course aku terus hamburkan rasa marah sebab no one realize pon aku tak naik bot lagi, tak tengok pon kawan sebelah ye la masing2 excited semuanya. Mujur tak kena tinggal. Pastu rasa marah aku pon hilang. Terus bergembira bergelak ketawa snorkelling. Nak marah buat apa lama2, spoil mood je. Ni nak type pon boleh spoil mood juga.


Ni first time aku betul2 snorkelling. Pernah dulu sekali masa kat Pangkor tapi kat tepi pantai je, celah2 batu. Halah halah halah tak da makna snorkelling sangat. Aku pon ada pengalaman pegang gamat real weyyy. Orang laut tu budak lagi boleh selam ke dasar laut untuk ambil gamat tunjuk kat kitorang.

Ni aku kongsikan sikit gambar funny. Aku tak nak mention sapa tapi sumpah kelakar la haiiii



Dah tengahhari, kitorang pon lunch. Ada yang balik salin baju mandi semua dulu. Aku makan dulu sebab lapar sangat. Lepas tu berjemur sampai tertidur nak keringkan baju. Bila balik bilik, tak mengantuk pula nak tidur. While my other roommates semua dah kruhhh kruhhh zzz sebab keletihan. Aku join Qyller dan lain2 sambung snorkelling sesi petang pula. Kali ni dia bawa tempat lain. Aku baru berendam dalam setengah jam ke sejam tapi aku rasa sesak nafas sangat, dada rasa ketat, kepala dah pening2. Aku terus naik bot, paling awal dari orang lain. Aku terus buka life jacket dan baring atas bot. Pening dan loya cuba aku hilangkan. Mujur Imah bawa roti dan jem coklat. Nak kata perut kosong aku dah makan tenggah hari, maybe tak breakfast kot. Atau life jacket aku pakai ketat sangat. So, aku mampu tengok kawan2 lain mandi. Huaaa sedih juga


So bila petang, kitorang sambung lagi buat aktiviti masing2. Aku main UNO dan kadang main Jengga. Lepas tu main werewolf. Of course ni game wajib Octavivo main game ni. Macam biasa aku hebat tau dalam mencari sapa wolf sebenar.

Sempat gambar ni aku ambil berlatarkan langit warna merah tu.

Lepas tu kitorang dinner dan buat sesi luahan perasaan. Lukis gambar sendiri, pastu nanti orang lain luahkan la apa yang dorang nak cakap pasal kita. Ada dorang kata aku tomboy masa first time jumpa aku kat Tamhidi. Aku rasa aku takda la buat gaya laki maybe sebab perwatakan aku yang kasar. Pastu dia kata bila aku dah final year ni nampak la aku baru nak feminine kahhhhh. Ye waktu tu pon baru aku pandai nak pakai moisturizer sebab dah mula kisah pasal kulit aku yang dry. Aku tak marah pon guys cuma terkejut saya orang kata saya tomboy, unexpected tau. Takpe aku suka juga kadang orang ada perspective berbeza. 

Lepas sesi ni, bergambar lagi as kenangan.



Lepas tu sambung lagi main werewolf hahahahhaha kan aku kata batch aku ni tak leh berpisah dari game ni. Sebab sekala yang besar, kitorang bahagi kepada kumpulan. Teringat Syawal, first time main game tu tapi dah pandai jadi werewolf, ke mudah kantoi macam mana tah.. hahahaha and last game tu aku Berjaya kalahkan citizen sebab no one dapat teka aku lah werewolf tu sebab aku bunuh my own comrade demi selamatkan nyawa aku.


Okay esoknya kitorang terus balik after sarapan. Sementara tunggu bot datang, masing2 habiskan masa dengan selfie buat kali terakhir di Pulau Kapas. Dan aku taknak include gambar aku kat sini sebab Masha Allah buruk gila. Bila la aku nak pandai posing, asyik awkward je gaya dia.

Travelog Pulau Kapas Day 3


So, kali ni aku kongsikan hari ketiga aku di Terengganu, but first day with the whole Octavivo. Nak kata whole pon tak juga ada 1 atau 2 orang kot tak datang. Yang dari kuala Terengganu terus bergerak ke Marang dan selebih lagi kawan2 yang baru habis Intervasity bergerak dari KL seawal 5 pagi.  So kami semua berjumpa around pukul 11. Nak tau, yang duk Terengganu 15-20 minit je nak sampai jeti ni sampai paling lambat -_- . Biasa la yang paling dekat la selalu paling lambat. Okay so kami semua naik bot ni sambil menikmati percikan air laut. Everyone was so excited with their phone to record the moments. 

Oh btw, aku ada buat juga vlog (actually malas nak buat tapi sebab banyak sangat video bersepah dalam gallery, rasa semak sangat so aku pon paksakan diri untuk compile dan hasilkan satu vlog, so boleh tekan link di bawah). Vlog aku tak menarik mana, aku tak da la hebat buat video sebab aku tak da software yang best, terpaksa download yang basic je. (Ni alasan nak kata takda bakat ke takda software?? Both actually)



 
So ni la kitorang mana yang sempat masuk camera la..


Ni pemandangan pulau Kapas. Cantikkan?? Maybe cantik lagi Pulau Perhentian. Around pukul 1 tengahhari masa gambar ni diambil.

  
Ni pula gambar sejurus kitorang sampai. Nampak Aten masih lagi menjinjing beg baju dia hahahaha. Camera Nasim (pixel kot ahh taktau).


Kitorang masih menunggu before masuk bilik masing2 dan tunggu nak lunch.  So waktu ni kitorang berbincang dulu nak buat aktiviti apa dan dengar briefing dari AJK which were Shaqir, Khad and Sarahteha.

So lepas kita dah lunch, solat Zuhur semua, sempat lagi tidur buat yang gerak dari KL pukul 5 pagi tu. Dah petang kitorang start buat aktiviti kumpulan yang AJK sediakan. Kitorang bahagi 5 kumpulan dan game dia pelik2 juga, ada juga sumbangan idea aku untuk game “Gerakkan getah dengan ekspresi muka sehingga getah berada di leher”. Idea asal aku ciduk dari Running Man. Aku group 5 dan nama group aku Fuji V. Hmm entahlah kenapa tiba2 nama GIC pula. Tahu la budak dental. Cheers pon bunyi macam ni

“Fuji Fuji Five
We are the Best
Even we are the last
We are temporarize. LOSER” Pastu apip LOSERkan semua orang.

So sebab cheers kitorang pon bunyi mcm tu, kitorang naik anak tangga tau dapat no bapa tah asalkan bukan last hahahaha. Ni gambar lepas suma aktiviti kumpulan habis. Macam biasalah gambar Octavivo bersama-sama.





Lepas tu belon lebih ni memang jadi sasaran semua orang nak baling2.
Dan selebihnya aktiviti kendiri la mandi pantai.