Friday 15 December 2017

Jean-Ken Johnny

Weyyy aku angau teruk dengan mamat ni..hari tu aku ada cerita macam mana aku suka Man With A Mission, sekarang pula dia punya main guitarist, vocalist and rapper..serius serius serius macam aku angau awal2 dgn Hosomi Takeshi. Tapi tu la macam biasa aku tak nak compare Hosomi dan Johnny. Cukup berbeza. Hosomi macam budak nakal tapi sebenarnya lagu yang dia bawa tu macam soft rock sikit. Johnny pula budak baik tapi bila bawa lagu rock giler setanding One Ok Rock!

Ok jom kita cerita serba-sikit pasal Jean-Ken Johnny ni

1. HOW?

Macam mana boleh kenal tu aku dah cerita. Aku suka lagu My Hero, then tertarik dengan rapper dia. Pastu aku mula start dengar lagu2 diorang.


Tu ha, yang gitar warna merah yang tengah rap tu. Serius style and cool giler!!

2. IDENTITY

Aku mula la nak korek rahsia Jean-Ken Johnny. Sebab aku rasa dia style giler, suara sedap, jari runcing cantik sangat (aku tak boleh la laki jari runcing ni, cantik!!), aku percaya dia hensem sebenarnya. Ceyyyy pastu aku start guna deria2 aku untuk menjejaki maklumat mengenai jejaka smart, cool af!
Then, aku terjumpa satu gambar ni dekat Google..mandible aku terjatuh seketika...hati macam tak mampu deny lagi apa yang ada depan mata..

Tengok niiiii!!
!_!

Sedih tau..hampir seminggu juga la meroyan. Aku sedih sebab dia ada janggut..hahaha terus terang aku suka lelaki yang suci bersih dari segala benda tu. Aku ingat orangg Jepun suka shave, macam Korean man yang flawless semua tu tapi aku dapat tau lelaki Jepun memang suka simpan janggut bawah dagu..ohhh sighhh. Pastu ada fan MWAM juga bagitau aku tentang sejarah lama Jean-Ken Johnny.

3. GRANTZ

Ni group lama dorang before MWAM. Aku macam anticipate juga la. Ingatkan group ni pon pakai mask juga. Aku pon search la kat Google lagi sekali. Sekali lagi aku kecewa. Serius la aku memang tak boleh terima hakikat, lelaki dalam Grantz ni Jean-Ken Johnny


Tu yang nama Hiroshi tu 😭

Bila aku tengok live concert dia lagu Never Fxxxkin Mind The Rules tu memang sama suara dan terbukti body language Tokyo Tanaka sama dengan Kataoka ni. Pastu aku tanya kawan yang aku baru kenal, peminat MWAM (boleh kata senior aku sebab 5 tahun dah dia minat MWAM). Sebab dia kata Jean-Ken Johnny tu taste dia, not bad. Tak hensem sangat, tak hodoh sangat. So aku minta dia tunjuk gambar mana yang menunjukkan taste dia..  

Dan aku terus menjerit yeah!!! Jean-Ken Johnny yang baju biru tu

Betul cakap dia. Jean-Ken Johnny biasa2 je, tipikal lelaki Jepun. Ok, kena juga dengan taste aku. Aku kan tak suka ikemen. Then, aku pon cari video ni kat Youtube. Sekali lagi hati ni remuk sebab aku tertipu lagi. Hmm, sebab aku ni ambil bidang dentistry ni, pergi mana je aku tengok gigi orang tau. Pastu aku nampak gigi dia macam a bit Class II Div 1 tau. Sedih lagi. Boleh kata sepanjang pengenalan aku mengenali Jean-Ken Johnny ni asyik menemui kekecewaan je. Kadang rasa jahat juga, aku ni nak suka orang pandang rupa je. Sekali dah nampak rupa dia yang kurang sikit terus turn off. Tak baik tau! 

Tapi aku tetap suka dia weyy sampai sekarang angau lagi ni. Sampai berangan nak kahwin2 lagi dengan dia. Bila aku dah besar nanti (sekarang bukan da besar??), aku nak jadi orthodontist pastu nak buat braces kat dia. Serius, aku rasa kalau dapat betulkan alignment teeth dia mesti hensem giler, sebab pada pandangan aku, he's good looking guy.

Hmm nak cerita apa lagi psl Jean-Ken Johnny ye? ohh pasal video atas tu yang aku tengok kat Youtube tu, suara dia lain sangat. Dalam tu dia macam seorang yang pemalu, suara lemah lembut penuh santun. Berbanding sekarang, suara dia sengau weyy kalau bercakap biasa pon tapi ada part2 bila dia nyanyi contoh lagu Take Me Home, lain pula..Sedap tak sengau pon. Tu yang aku hairan. Mungkin dia buat2 kot suara macam tu.

4. DETAILs...

Lagi pasal dia..lupa nak kenalkan nama sebenar dia

Nama: Yoshisue Hiroshi
Umur: Tak tau tapi baya2 Hosomi sebab dia buat band Grantz pon tahun 2001, sekarang dah 2017..kau rasa??
Specialty: Guitarist, Composer, Lyricist, Rock scissor paper game master, English skill (same level as Hosomi), jari runcing, comel, funny, cool dan sebagainya.

Tak da langsung detail pasal MWAM ni. Tak tau apa. Mujur ada band Grantz ni kurang2 boleh tau nama sebenar dorang. Kahwin ke belum pon tak pasti. Tapi Tokyo Tanaka and DJ Santa Monica memang dah kahwin bila ada interviewer tanya dorang masa tahun 2009 ke 2007 tah..

Pastu aku suka cara dia ketawa. Dia ketawa pon kedengaran sedap kat telinga ni. Masalah..hahaha tak, serious nampak manly sangat plus ayu lemah lembut penuh santun..aku gelak tak macam tu..hmmm
And dia ni penuh dengan humor! ohhh i suka lelaki kelakar2 ni..please la marry me Jean-ken, pasti hidup aku penuh bahagia..cewahhhh

Nak belanja sikit gambar dia yang comel2:

Ni waktu dia dalam Grantz..yang no 3 dari kiri ni..hensem kan?? hahaha ye from my point of view je nampak hensem




Salute ni memang selalu gaya dia dahhh



Macam mana lah boleh aku tak suka kalau mcm ni? Look how cool he is
Ahh cakap pasal gambar ni, dulu kan dia ada janggut..tapi sekarang aku tengok concert dia kat Paris, 2017 punya..dah tak da dah!! yeahh

And aku perasan juga, dia kalau main gitar, kaki mesti macam ni..coolnyeeee


I came across banyak gambar dia bermanja2 dengan Spear rib..lahaiii comel la dorang ni


Weyy comey gila siottt

Style giler atas stage

Sekian lahh kisah luahan perasaan aku, coretan2 pasal Jean-Ken Johnny ni..ikutkan banyak lagi nak cerita nya