Friday 15 December 2017

Jean-Ken Johnny

Weyyy aku angau teruk dengan mamat ni..hari tu aku ada cerita macam mana aku suka Man With A Mission, sekarang pula dia punya main guitarist, vocalist and rapper..serius serius serius macam aku angau awal2 dgn Hosomi Takeshi. Tapi tu la macam biasa aku tak nak compare Hosomi dan Johnny. Cukup berbeza. Hosomi macam budak nakal tapi sebenarnya lagu yang dia bawa tu macam soft rock sikit. Johnny pula budak baik tapi bila bawa lagu rock giler setanding One Ok Rock!

Ok jom kita cerita serba-sikit pasal Jean-Ken Johnny ni

1. HOW?

Macam mana boleh kenal tu aku dah cerita. Aku suka lagu My Hero, then tertarik dengan rapper dia. Pastu aku mula start dengar lagu2 diorang.


Tu ha, yang gitar warna merah yang tengah rap tu. Serius style and cool giler!!

2. IDENTITY

Aku mula la nak korek rahsia Jean-Ken Johnny. Sebab aku rasa dia style giler, suara sedap, jari runcing cantik sangat (aku tak boleh la laki jari runcing ni, cantik!!), aku percaya dia hensem sebenarnya. Ceyyyy pastu aku start guna deria2 aku untuk menjejaki maklumat mengenai jejaka smart, cool af!
Then, aku terjumpa satu gambar ni dekat Google..mandible aku terjatuh seketika...hati macam tak mampu deny lagi apa yang ada depan mata..

Tengok niiiii!!
!_!

Sedih tau..hampir seminggu juga la meroyan. Aku sedih sebab dia ada janggut..hahaha terus terang aku suka lelaki yang suci bersih dari segala benda tu. Aku ingat orangg Jepun suka shave, macam Korean man yang flawless semua tu tapi aku dapat tau lelaki Jepun memang suka simpan janggut bawah dagu..ohhh sighhh. Pastu ada fan MWAM juga bagitau aku tentang sejarah lama Jean-Ken Johnny.

3. GRANTZ

Ni group lama dorang before MWAM. Aku macam anticipate juga la. Ingatkan group ni pon pakai mask juga. Aku pon search la kat Google lagi sekali. Sekali lagi aku kecewa. Serius la aku memang tak boleh terima hakikat, lelaki dalam Grantz ni Jean-Ken Johnny


Tu yang nama Hiroshi tu 😭

Bila aku tengok live concert dia lagu Never Fxxxkin Mind The Rules tu memang sama suara dan terbukti body language Tokyo Tanaka sama dengan Kataoka ni. Pastu aku tanya kawan yang aku baru kenal, peminat MWAM (boleh kata senior aku sebab 5 tahun dah dia minat MWAM). Sebab dia kata Jean-Ken Johnny tu taste dia, not bad. Tak hensem sangat, tak hodoh sangat. So aku minta dia tunjuk gambar mana yang menunjukkan taste dia..  

Dan aku terus menjerit yeah!!! Jean-Ken Johnny yang baju biru tu

Betul cakap dia. Jean-Ken Johnny biasa2 je, tipikal lelaki Jepun. Ok, kena juga dengan taste aku. Aku kan tak suka ikemen. Then, aku pon cari video ni kat Youtube. Sekali lagi hati ni remuk sebab aku tertipu lagi. Hmm, sebab aku ni ambil bidang dentistry ni, pergi mana je aku tengok gigi orang tau. Pastu aku nampak gigi dia macam a bit Class II Div 1 tau. Sedih lagi. Boleh kata sepanjang pengenalan aku mengenali Jean-Ken Johnny ni asyik menemui kekecewaan je. Kadang rasa jahat juga, aku ni nak suka orang pandang rupa je. Sekali dah nampak rupa dia yang kurang sikit terus turn off. Tak baik tau! 

Tapi aku tetap suka dia weyy sampai sekarang angau lagi ni. Sampai berangan nak kahwin2 lagi dengan dia. Bila aku dah besar nanti (sekarang bukan da besar??), aku nak jadi orthodontist pastu nak buat braces kat dia. Serius, aku rasa kalau dapat betulkan alignment teeth dia mesti hensem giler, sebab pada pandangan aku, he's good looking guy.

Hmm nak cerita apa lagi psl Jean-Ken Johnny ye? ohh pasal video atas tu yang aku tengok kat Youtube tu, suara dia lain sangat. Dalam tu dia macam seorang yang pemalu, suara lemah lembut penuh santun. Berbanding sekarang, suara dia sengau weyy kalau bercakap biasa pon tapi ada part2 bila dia nyanyi contoh lagu Take Me Home, lain pula..Sedap tak sengau pon. Tu yang aku hairan. Mungkin dia buat2 kot suara macam tu.

4. DETAILs...

Lagi pasal dia..lupa nak kenalkan nama sebenar dia

Nama: Yoshisue Hiroshi
Umur: Tak tau tapi baya2 Hosomi sebab dia buat band Grantz pon tahun 2001, sekarang dah 2017..kau rasa??
Specialty: Guitarist, Composer, Lyricist, Rock scissor paper game master, English skill (same level as Hosomi), jari runcing, comel, funny, cool dan sebagainya.

Tak da langsung detail pasal MWAM ni. Tak tau apa. Mujur ada band Grantz ni kurang2 boleh tau nama sebenar dorang. Kahwin ke belum pon tak pasti. Tapi Tokyo Tanaka and DJ Santa Monica memang dah kahwin bila ada interviewer tanya dorang masa tahun 2009 ke 2007 tah..

Pastu aku suka cara dia ketawa. Dia ketawa pon kedengaran sedap kat telinga ni. Masalah..hahaha tak, serious nampak manly sangat plus ayu lemah lembut penuh santun..aku gelak tak macam tu..hmmm
And dia ni penuh dengan humor! ohhh i suka lelaki kelakar2 ni..please la marry me Jean-ken, pasti hidup aku penuh bahagia..cewahhhh

Nak belanja sikit gambar dia yang comel2:

Ni waktu dia dalam Grantz..yang no 3 dari kiri ni..hensem kan?? hahaha ye from my point of view je nampak hensem




Salute ni memang selalu gaya dia dahhh



Macam mana lah boleh aku tak suka kalau mcm ni? Look how cool he is
Ahh cakap pasal gambar ni, dulu kan dia ada janggut..tapi sekarang aku tengok concert dia kat Paris, 2017 punya..dah tak da dah!! yeahh

And aku perasan juga, dia kalau main gitar, kaki mesti macam ni..coolnyeeee


I came across banyak gambar dia bermanja2 dengan Spear rib..lahaiii comel la dorang ni


Weyy comey gila siottt

Style giler atas stage

Sekian lahh kisah luahan perasaan aku, coretan2 pasal Jean-Ken Johnny ni..ikutkan banyak lagi nak cerita nya

Saturday 25 November 2017

MAN WITH A MISSION

weyy aku hook giler dengan grup ni..MAN WITH A MISSION..


aku baru kenal je dorang minggu lepas, 17.11.2017..sebab terbuka lagu baru dorang My Hero..serius dengar lagu tu terus hook dengan band ni..band ni special sikit sebab badan manusia, kepala wolf..hahaha tu memang tak tahan..tapi aku boleh jatuh cinta gila kat dorang semua ni walaupon tak kenal muka..

Ok, first aku bagitau dulu kenapa aku suka dorang..

1. Lagu

Aku memang nak start suka org tengok lagu dulu..macam Ellegarden, start suka sebab lagu Salamander..One Ok Rock sebab lagu the Beginning..

They have genreless music, but main genre is rock..sebab tu la kena pula dgn taste aku..lagu dorang yang balade pon sedap..contoh Akatsuki..haaa kau jangan nak ingat naruto pula..aku pon anticipate lagu dia a bit extreme rock sebab akatsuki kan..akatsuki naruto tu memang creepy pon..

2. Jean-Ken Johnny

Ni reason aku semakin suka band ni..sebab dia rap sedap nak mampus! english dia tu setanding dengan Hosomi tau. Dia rap dalam lagu My Hero tu yang buat aku suka..then search la lagi lagu2 dia yang lain..suara dia sedap..dia dah la guitarist, nyanyi pon banyak, tulis lyric, composer gak kadang2..aduyai aku memang suka orang yang multitasking ni kan macam Hosomi..dia la nyanyi, tulis lyric, composer, main gitar lagi..semua dia..haa gitu..

then jean-ken ni sorang je boleh cakap antara dorang..aku pelik la juga..tokyo tanaka tu elok je nyanyi, cakap tak boleh pula


ok orang mesti pelik kenapa la aku kata jean-ken ni comel
truthfully aku suka karisma dia, jari dia runcing tu

3. Difference

They are special not just because of the wolf head, but they have DJ..DJ Santa Monica..kira unik gila la beza dengan band yang lain

Bila aku cerita lebih2 ni, aku tak nak la compare dgn Ellegarden..Ellegarden lain, dorang famous zaman 2000 dulu..zaman indie2, punk rock, alternative semua..main genre dia pon punk-rock..music video pon tak seHD skrg..quality dia orang Jepun tak jaga..tapi sapa yang tak kenal Ellegarden, mesti menyesal bila dapat tau Ellegarden ni band yang best!

Friday 17 November 2017

Kejadian semalam

Fuhhh

Semalam aku marah gila dgn sorg ni. No, aku bukan marah dia. Aku just terasa dgn dia. Sbb apa? Sbb no COMMON SENSE! Serius la, kitorang dah lama kawan, tapi orang luar pula yang tolong aku.

Cerita dia macam ni. Aku bawa banyak barang gila nak bawa balik. Aku memang tak mengharap pon pertolongan sapa2 nak minta tolong bawa barang aku tu. Aku mampu lagi, cuma aku mengharapkan dorg tolong aku buka kan pintu ke apa ke sbb aku mmg x cukup tangan. Aku tunggu dia nak jalan sama-sama pergi kat kereta tapi dia laju je jalan tinggalkan aku yang tak cukup tangan dengan beg2 plastik ni.

Aku tak kisah sangat pasal tu memang tak terasa apa pon. Tapi part bila nak buka pintu tu, dia tak tolong pon tahan untuk aku. Aku sampai terjatuh da barang-barang yang aku pegang sebab nak berlari ke pintu yang baru saja dia buka. Mujur ada budak laki kelas aku yang tolong buka kan pintu untuk aku. Masa otw aku ke pintu tu pon, ada la beberapa orang kawan aku yang terserempak tegur "banyak nya barang Anismar" tapi dorg x tolong la sbb dorg otw nak g kelas.

Aku ingatkan dia nak laju2 cari barang kat tingkat 17 ke apa ke. Last2 dia turun tingkat 8 juga sama dengan aku dan menonong laju gerak pergi ke kereta. Tinggalkan aku yang jalan slow-slow ni. Padahal tempat yang kitorang nak g tu tempat sama..pergi ke kereta. Serius tak da langsung rasa kesian ke nak tolong ke. Aku yang terasa tu part pintu je, tapi jadi makin terasa sebab dia tak tunggu aku pon nak pergi kat kereta sbb kita balik kereta yang sama. Paham tak perasaan tu.

Aku mengaku memang aku yang over sensitif nya tapi kalau orang lain jadi aku, dorg tak rasa ke sama macam aku. Kawan kau yang kau rapat kot. Semua masalah dia cerita kat aku. Pastu naik kereta aku senyap je. Masa nak naik ke rumah, dua org kawan aku lagi perasan aku bawa byk barang. Dorg terus tarik barang2 aku nak tolong bawa. Nampak tak apa tu common sense? Tu org yang aku tak rapat kot.

Serius sampai skrg, aku masih lagi berdoa untuk ada seorang kawan baik pon jadi. Kawan yang ada selalu untuk aku. Dgr luahan aku, tolong aku, support aku sentiasa. Bukan kawan yg hanya gunakan aku dgr cerita dia, kisah cinta dia. Tapi bila happy2, lupakan aku. Sangat selfish!

Aku pon x tweet semalam. Biar la aku je yang pendam. Nanti gaduh pula. Pagi ni pon dh hilang semua marah tu. Dia pon tegur twt aku semalam. Dia tak tau ke aku marah dia. Once again, hmm common sense.


Monday 13 November 2017

Cabut Gigi

Hari ni aku cuti..yihuuuuu dapat MC 2 hari.. so aku mmg nak guna peluang yang ada ni sebaik mungkin..

Semalam asalnya aku dan 2 org kawan lagi ada demo MOS.. so aku jadi runner..tapi untuk grup lagi sebelah tu, tiba2 patient dorg x indicated utk cabut.. pastu dorg panggil2 aku sebab nak jadikan patient dorg..ha ha ha ha dorg panggil aku sebab aku sememangnya sesuai untuk MOS ni..kanan kiri dah penah jadi pericoronitis..yang lebih afdal cabutnya semestinya yg recurrent 3 kali pericoronitis dekat gigi sebelah kiri ni, tapi dokto pilih belah kanan sebab dia bengkok rootnya.

Dulu seminggu before aku g Korea, (travelog Korea x buat lagi), mmg da sakit gila nak mampos la aku cakap! Sampai ada nanah!!! Huuu takut gila. Mula2 aku jd patient MOS senior aku (aka crush masa mula2 masuk Fpg) pastu....

Pada suatu petang....aku baru habis klinik, pastu aku dilawat oleh senior aku tu. Dia datang tengok gigi aku (what!! malu duhhh buka mulut depan dia tunjuk gigi, dah la baru lepas makan). Dia ckp Dr. Hisham kata gigi aku tak sesuai utk MOS, utk extraction biasa je. Aku pon mcm kecewa sikit. Aku suggest la Iman, sebab dia mmg sesuai. Pastu aku ingat lagi dia cerita kat kawan dia situasi dia yang dpt aku ni sebagai patient dia yg x sesuai utk MOS. Dia panggil aku "pastu dapat pula 'BUDAK' ni, x sesuai pula". Ewah2 dia panggil aku budak je (cehh marah padahal dalam hati ada taman). 


So jadi la iman sebagai patient dia. Aku dgr Iman cita mcm scary je buat MOS dgn student, nasib baik aku buat dgn Dr. John. 


Pengalaman aku 1st time buat MOS ni, masa kawan aku bagi ID block, serius tak sakit langsung. X rasa apa pon jarum masuk dalam mulut. Aku ingat Nuna tak masukkan lagi jarum tu tp lepas tu aku nampak dia bagi lingual nerve block. Fuhh kagum sangat dgn Nuna. Yang sakit sikit masa long buccal nerve block je.
Pastu, part tak tahan sekali bunyi dokto buka bone aku. Hahaha, x sakit pon tapi boleh dgr bunyi dia..huuuu pastu dokto belah gigi aku guna round bur and straight hand piece yg x keluar air tu. Hahahahahahaha padan la org takut jumpa dentist. Bunyi dia masha Allah kuat gila, scary pon ada ..ye la aku mana pernah tampal gigi selama aku hidup ni. Scaling je

Cehhhh bunyi mcm bangga kan, caries free..











Saturday 21 October 2017

Rezeki

Akhir-akhir ni aku macam stress sikit. Sebab banyak sangat kerja aku kena siapkan dalam masa terdekat. Contoh, kerja video LA tu. Dah la 2 video dalam masa yang singkat kena siapkan. Aku sorg je kena buat. Tiba-tiba assignment pula datang mendadak. Semua subjek nak ada assignment tiba-tiba. Pastu lagi teruk, aku dilantik (dipaksa sebenarnya) menjadi pengarah White Coat Ceremony. Benda ni mmg setiap tahun wajib 4 year anjurkan and mmg menjadi tradisi kena perempuan jd pengarah. Aku memang tak la nak terima benda ni. Kau bayangkan nk kena jumpa doktor semua bagai. Aku lemah la. Ni semua kerja Apip tu. Dia kan memang mana pernah puas hati nampak aku senang. Last2 aku lantik dia jadi ajk publisiti tapi ingatkan dia yang nak buat kerja, last2 anak buah dia jugaaa...



Ok next point, aku serabut juga nak uruskan patient prostho, cons, perio. 3 clinic ni memang buat aku pening macam mana nak uruskan. Mana yang aku need to prioritize patient yang betul2 perlu. Dulu masa year 3, kawan2 lain semua bizi siapkan full full denture, aku yang sorg2 buat partial sebab tak ada patient kot. So sem ni, aku otw nak siapkan patient full full (f/f) tu. Tau la f/f mmg byk visit pon. Pastu aku ingat sem ni aku nak target siapkan denture ni dulu tapi tiba-tiba ada masalah lain.

Nak cakap pasal rezekinya, dulu aku mmg takdak patient f/f kan. Skrg ni byk pula patient. Aku baru dapat f/p yg memang ada 1 gigi je tinggal. Tu pon gigi tu ada mcm2. Root caries, BPE code 4, PA lesion. BPE 4 aq dah siapkan root debridement hari buka E&D. Pastu dia nak siapkan cepat wehh dalam masa 6 bulan. Impossible! Dah la setiap sesi aku kena tukar dgn partner, nak siapkan f/f lagi. Pastu doktor sarankan dia masuk cons dulu, maybe dia kena buat rct.

Sebenarnya aku baru dpt je patient rct. Tau tak berapa lama aku tunggu dari 3rd year. Mujur akak ni mcm ok je, walaupun dia tgh sakit skrg. Aku nak panggil pon fully book jadual aku utk bulan 10. Aku nak buat competency lagi, nak g korea lagi. So mmg tak leh nak panggil dalam masa terdekat. Pastu aku terfikir psl pt f/p yang kena masuk cons tu. Kalau la gigi tu kena buat rct, hmmm. Sebenarnya gigi tu sesuai utk dicabut tapi patient tu x nak. Haiiih geleng kepala lagi. Point dia kat sini, melimpah ruah rezeki patient RCT. Bukan nak merungut, aku mmg bersyukur gila akhirnya dapat tapi sekarang aku fikir mcm mana nak uruskan jadual aku.

Perio pula, panjang juga ceritanya. Banyak gila gigi nak kena root debride. Memang lepas requirement aku. Satu patient tu saja ada 17 batang. Huhhh jauh lagi perjalanan nak masukkan patient tu dalam prostho.

Last point, rezeki Allah tu memang ada untuk setiap org. Cuma lambat atau cepat je. Allah just nak uji kesabaran kita. Aku ingat lama aku tak berdoa utk patient rct. Sekali tu aku risau sgt sampai aku pesan kat diri aku "Sabar Anis, ada la tu rezeki kau lepas ni. Ada hikmah semuanya ni". Pastu aku stat berdoa semoga aku dpt pt rct. Then, 2 3 hari lepas tu doa kau dimakbulkan. Kejap je kan. Banyak pula sekalii dapat. Sebab tu apa2 kita kena percaya Allah ada bersama kita, then percaya Allah akan sentiasa dengar doa hamba dia. Kau je Anis kena kuat lagi berusaha, minta pertolongan Allah. In sha Allah semuanya Allah akan permudahkan.

 

Friday 13 October 2017

Sekarang tengah jiwang

Walk you home ~

Sebab aku stat tengok cerita Hello Stranger which is romantic comedy thai movie, so aku ketagih nak tengok cerita thai yg lain. Imah ada rekemen cerita I fine thank you love you. Wehh penangan cerita ni, aku jiwang terokkss kat cerita ni especially hero dia.


First time aku tengok dia, aku tak berminat sangat la wajah dia tu sbb tipikal lelaki hensem macam dia la kan. Mixed blood. Tapi bila tengok sampai habis, cara dia bawa watak tu, pandangan mata dia, I can feel too. Macam aku pula tengah jadi heroin dia. Pastu aku mula tengok movie dia yg lain, Heart Attack @ Freelancer. Yang ni kurang sikit. Tapi ok je. Pastu aku ulang lagi I fine thank you love you tu. Pastu aku rasa hero dia hensem sangat2!!

 

Aku pon download Mr.Hurt 2017 cerita paling baru dia. Tapi bila cari subtitle tak jumpa. Nak nangis rasa. Aku dah la tengah mood jiwang. Nak sentimental bagai. Nampak gayanya kena tunggu tahun depan la. Huaaaaa

Aku nak cerita scene yang perlu fokus part sweet2 dia.

1. Part Yim yang caring

Yim tolong halau nyamuk tanpa tutor Pleng sedar

2. Yim yang rabun dekat

Contact lens Yim jatuh lepas kena sembur dengan air
       
  

3.  Part Yim tolong tutor Pleng break up dgn boyfriend dia..dia tipu tutor Pleng

"I got u pregnant" - Yim
"You make me a big slut" - tutor Pleng
  
Padahal sebenarnya "Pleng is my woman. Stay away from her"

4. Yim yang tengah angau juga kot..part dia nyanyi ni mmg terngiang-ngiang dalam kepala aku. Kelakar dohh


5.  Part dia terkedu dgn kecantikan tutor Pleng

 

6. Part dia translate lagu Walk You Home (ni paling romantik)

Let me walk you home ~
       

7. Part tutor Pleng terkantoi dia suka Yim

  

8. Part Yim faham apa yang Kaya cakap kat tutor Pleng


I heard she say "You love Yim" ......  I like you


So itu sahaja la part yang aku rasa menarik. Ending dia mcm kureng sikit tapi it's okay overall cite dia best. Tak bosan.