Thursday 26 March 2020

BEST THAI MOVIE



Hello… sempena Malaysia tengah quarantine ni kerana COVID19 dan dilanjutkan sehingga 14 April, aku terpanggil untuk kongsi sedikit movie thai yang best-best. Bagi pendapat dan citarasa aku la. Movie thai yang famous-famous lain aku tengok juga cumanya aku rasa tak best, tak capai my expectation. Okay without further ado, meh aku teruskan niat utama aku.
     
1. Teacher’s Diary (2014)

  

Okay aku cerita dulu synopsis dia. Teacher’s Diary mengisahkan kisah seorang guru ganti yang dihantar untuk mengajar kanak-kanak di pedalaman. Houseboat orang situ panggil. So, berbagai dugaan dan cabaran la si guru ni hadapi dengan terhad bekalan elektrik dan air yang bersih. So, hanya murid-murid dia la yang menjadi teman hiburan guru ni, oh NO!! Bukan murid-murid dia. THE DIARY. Lupa nak sebut part penting ni. Okay, nama cikgu ni SONG. So, dia terjumpa diary milik cikgu lama. Dia start baca dan memahami bagaimana kehidupan seorang guru di Houseboat tu. Dan lama-lama dia pon terjatuh cinta dengan pemilik diary tu even tak pernah jumpa pon orangnya.

Movie ni sumpah banyak kali aku ulang tengok, memang tak bosan. Ada orang maybe dia rasa slow tapi aku suka, tak rasa slow pon. Song tu bodoh-bodoh lawak kot. Mula-mula aku tengok pon agak slow tapi lepas habis cerita tu aku rasa best sangat. Sebab cita ni aku mula mencari siapa cikgu SONG ni. Bie Sukrit.

Scene romance pon tak tipikal macam kisah cinta lain ye. SANGAT RARE! Dan bonus cerita ni sebab OST dia best. Rating aku bagi of course 10/10.



      2.  I fine Thank You Love You (2014)


CITA NI PON BESTTTTT Tapi Teacher’s Diary terpaksa naik ranking. Aku pon tak tau nak cakap mana flaw dia compare to Teacher’s Diary. I guess Teacher’s Diary more to countryside for the setting place and the cinematography is lit!

Kisah seorang guru bahasa Inggeris (guru juga) yang terjatuh hati dengan boyfriend kawan dia. Oppss ni bukan soal tikam belakang kawan ke apa. Ni sebab keserasian kot. Hahahaha. Ok macam ni, Teacher Pleng diminta oleh kawannya which was not Thai, but Japanese girl untuk break up dengan boyfriend dia nama Yim. Tapi Yim taknak. So, dia minta Pleng pula ajar dia English sebab dia nak pergi interview untuk dia transfer kerja sama tempat dengan girlfriend Japanese dia. Lama-lama dua-dua fall in love gitu.

Okay actor cerita ni kalau bukan si famous SUNNY SUWANMETHANON siapa lagi berganding dengan ICE PREECHAYA. Aku angau lama juga dengan cerita ni.

Scene paling aku suka bila Tutor Pleng tu kantoi dia suka Yim. So rating aku bagi 9/10. Ni link aku share, before ni aku dah buat dah entry untuk movie ni.


      3. First Kiss (2012)


First Kiss ni cute cerita dia. Maybe ada yang tak suka bila perempuan tua bercinta dengan lelaki muda tapi ni EXCEPTIONALLLLL korang mesti suka sebab dorang comel. Hero dia pon hensem sangat!!  Sinopsis dia aku nak cerita pon tak berapa pandai tapi bagi aku best la. Kisah seorang perempuan berusia around 25/26 ingin cari pasangan hidup la. Suatu hari dia ter”kiss” seorang student dalam bas. Bukan kiss betul pon, hidung tersentuh hidung. Pastu handphone dia tertinggal and ada pada tangan student tu. Mula la student tu kacau2 dia, sebenarnya budak tu pon suka dia. AHHH WALAUPUN AKU TAK PANDAI NAK BAGITAU SINOPSIS DIA MACAM MANA TAPI CERITA DIA TETAP BEST AND CUTE!!

Rating aku bagi 8/10.



      4. Hello Stranger (2010)


Ni first movie thai aku tengok yang buat aku hook nak tengok movie thai yang lain. Sebenarnya first thai movie aku tengok A Little Crazy Thing Called Love. Hmm betul ke tajuk dia aku tak pasti. Yang hero nama P’shone, heroin nama P’Nam.

Kisahnya si heroin perempuan lakonan Noona Nuengthida pergi melancong ke Korea alone. Hero plak lakonan Terchantavit melancong ke Korea juga tapi ada travel agent. Tapi satu hari dia terbangun lambat sebab mabuk dan terbaring depan guesthouse Noona ni. Dia terlepas bas travel agent dan asyik ikut Noona ke mana-mana sahaja. Lepas tu lama-lama dorang berkawan and laki tu mula suka perempuan tu tapi masing-masing ada kekasih. Dan kekasih masing-masing ni buat hal. Sampai la trip dorang habis dan balik Bangkok dorang masih taktau nama sebenar.

Sebab cerita ni masa aku pergi Korea, aku gigih cari tugu Winter Sonata dekat Nami Island sebab scene dalam cerita ni la. Rating aku bagi 8/10.



      5. Heart Attack (2015)
 

Heart attack mengisahkan seorang pereka graphic, designer la yang bekerja freelance. Sebab non-stop kerja dia tiba-tiba ada rashes satu badan dan pergi ke hospital sebab telah mengganggu kerja dia yang 24 jam tu. Berjumpa plak dengan Dr yang cantik. Tu yang setiap kali appointment dia jadi nervous dan tertunggu-tunggu.

Cerita dia agak slow but doesn’t mean tak best. Maybe aku suka Sunny kot. Rating aku bagi 7/10.



      6. Dear Dakanda (2005)


Dear Dakanda mengisahkan seorang lelaki suka kawan baik dia Dakanda, namun susah untuk dia confess. Satu hari tu dia confess juga tp lepas tu dia terus bawa diri pergi ke satu pulau dan cukur rambut dia. Masa otw ke pulau tu, dia terjatuh dari deck kapal dan di bawa ke hospital. Di situ dia bertemu dengan Nurse bernama Nui. Walaupun dia heartbroken tapi dia still lagi lukis gambar Dakanda dan tulis surat untuk Dakanda walaupun tak pernah hantar. Nurse Nui pula suka dia, tapi hati dia masih lagi pada Dakanda but akhir sekali dia cuba move on dan lupakan kisah lalu dan mulakan hidup baru di pulau tersebut.

Lakonan Sunny juga. Ni movie dia yang lama dulu. After long time dia senyap dari industry baru dia buat comeback movie lain, tak salah aku I fine Thank You Love You.
Rating aku bagi 7/10. Cerita dia slow juga macam Heart Attack tapi okay aku suka storyline dia.




BAWAH NI AKU LIST MOVIE THAI LAIN YANG FAMOUS CUMA AKU KURANG MENGGEMARI PLOT DIA DAN BAGI AKU BIASA JE (sebab orang lain cakap best tapi aku tengok biasa je)

1.       MR HURT (2017)



2.       BROTHER OF THE YEAR (2018)



3.       ATM ER RAK ERROR (2012)



4.       FRIENDZONE (2019)



Personally ni pendapat aku. Setiap orang ada cita rasa dia. So apa movie Thai favourite korang?