Saturday 17 February 2018

Crush Lama

Tiba-tiba hari ni aku nak bercerita pasal crush lama. Sebab cuti raya cina, aku tak balik. So bosan la juga, tak keluar mana-mana pon. Jadi bosan-bosan tu, aku terbuka (bukan ter, memang niat di hati pon) facebook dia. Dan semua budak tamhidi lain aku stalk. Dia tukar gambar baru, hensem. Ahhh silau silau tak boleh tengok..kakakaka..ok aku sorang je gelak benda tak lawak pon.

Pastu bila kerja stalk benda lama-lama ni, automatic memori lepas terimbau kembali. Aku mula teringat macam mana aku dan dia sama-sama terpandang dalam satu masa..ahhaaa gituuu..scene aku tengah basuh tray lab yang kitorang buat bedah siasat kat si tikus makmal tu..kebetulan dia lalu melepasi meja aku dan aku pula terpandang dia yang dalam masa yang sama tengok aku basuh tray tu..jantung jangan kata apa lagi, berdegup-degup gituuu..kahhhh

Scene yang paling tak boleh lupa sangat2 masa aku tengah pilih2 roti dekat student mall. Aku tengah bercakap dengan Yam sambil pilih2 roti, tiba-tiba bila aku alihkan muka nak bercakap dengan Yam, mata aku dan mata dia saling berpandangan..kakakakkaka..weyyy geli la cakap pasal ni..acah macam ayat jiwang, ayat novel gituuu..eiiiuuu geli!!

Tapi serius yang pandangan tu. Bayangkan aku tengah bercakap dengan orang lain, tapi tiba-tiba depan aku tu bukan Yam, tapi si Crush yang aku fikir tak pernah tahu nama aku. Dan mesti la aku orang pertama alihkan pandangan, tundukkan pandangan budak2 surau kata. Jantung aku pon macam parallel tau dengan action mata aku. Sekali terpandang tu, terus jantung berdegup kencang!

Sepanjang semester tu, banyak kali juga la benda sama terjadi. Banyak kali juga aku terkantoi. Hahahaha ni salah sendiri, gatal tak reti jaga pandangan. Waktu tu aku baru balik, baru turun bas. Pastu ada budak-budak laki main bola, aku tercari-cari la mana dia sambil kaki on the way berjalan balik ke rumah aku. Dia tengah fokus main bola waktu tu, aku ingatkan dia tak kisah la dengan orang sekeliling, so aku berani la tengok dia lama-lama sikit, sekali lepas dia sepak bola tu terus dia pandang aku..ahhhhh malu giler, terus aku bergerak laju balik rumah..haaa ambil kau, gatal sangat!


Aku memang berharap sangat kalau dia pernah suka aku walaupun sekali. Walaupun untuk tempoh tu je. Tak kisah la sekarang dia dah ada orang ke tak. Hahahaha tapi memang mustahil la dia nak suka aku. Aku dulu selekeh gilaaa! serius cakap. Sekarang la pandai sikit jaga penampilan tapi still level selekeh tu ada. Kalau nak ikut level kecantikan, pandai bergaya, kemas apa semua tu dengan make up bagai, aku rasa aku masih lagi kat level 1 out of 10 kot. Sebab tu aku rasa dia tak pernah tahu nama aku sebab kau bayangkan ratio budak perempuan dengan budak laki 7:1..haaa ingat dia tau nama aku. Tapi anggapan aku salah, rupanya dia tau nama aku weyyy!! Hahahaha yang tu pon dah buat aku happy.

Ok done la..malas nak reveal banyak-banyak. Setakat ni memang nobody knows pon aku suka dia.

Sunday 4 February 2018

Travelog to Korea: Day 2

previous post: Travelogue to Korea

Okay hari kedua ni kitorang start dengan aktiviti berilmiah lagi. Pagi ni je. Lepas tu enjoy sakan. Memang kena bangun awal la, kena ikut tentative. Kitorang bergerak ke Seoul National University School of Dentistry. Memang top 1 di Korea, and tak salah aku top 4 kat Asia ke World tah. Memang hebat gila la, ada hospital sendiri khas untuk dental je. Aku tak nak bercerita panjang, meh aku tunjuk gambar je la. Memang 1000x maju dari fakulti aku la..


Ni before masuk dah bergambar siap















Ni pemandangan dari atas balkoni bangunan. Hari tu aku ada la tnya student dia nama apa tah bangunan istana lama tu..hmm aku tak ingat lagi..iye la aku ni memang pelupa semua jenis nama, nama org ke, nama bangunan ke.












Tak lupa bergambar bersama-sama oppa







Myeongdong

Lepas tu, kitorang bergerak ke Myeongdong. Memang tempat famous pelancong tambah2 barang kosmetik kecantikan semua. Kat sini aku belanja beli 4 paket mask sebab harga dia kira murah la untuk 2 paket mask dapat 6900 won. Kalau kat tempat guesthouse aku dia jual 2 paket tu 10000 won, so berbaloi juga la aku window shopping kat situ malam Day 1..1 paket ada 10 so aku beli 2 untuk adik aku, Asma n mak yang suka jaga muka ni. 2 paket lagi aku kongsi dengan Aten. Aku beli bukan pakai sangat pon.












Lepas jalan2 tu, Encik Hailan bawa kami pergi makan nasi goreng. Hmm, jangan tanya nama kedai dia, aku lupa. Nama nasi goreng tu pon aku tak tau. Tapi sedap juga la. Dan macam biasa aku cepat muak. Sedap tu sedap Cuma lepas tu cepat muak. Aku tak tau la kenapa.




Seoul Tourism

Then, kitorang bergerak ke banguan Seoul Tourism apa tah. Serius aku tak layak buat Travelog ke Korea ni..semua benda tak tahu, bajet nak buat travelog konon! Masalah la bila karang blog ni lepas berapa bulan balik dari Koreanya. Kat sini sebenarnya kitorang singgah nak solat je. Sini selesa sikit walaupun surau dia kecik. So lepas solat aku teruja Nampak ni!! Mula lah nak bergatal uollsss.. kat Malaysia mana nak ada benda2 macam ni. Kalau ada pon mesti patah amin kan..



 Ada Bigbang je . Infinite xda !_!







Namdaemung

Then kitorang bergerak ke Namdaemung. Hmm ni la tempat nak berbelanja puas2. Nak beli t-shirt I love Korea murah2 kat sini la. 3 helai 10000 won which is RM40. Haaa tak da la murah mana bila convert duit Malaysia balik. Nak beli kerongsang murah pon kat sini. Aku asalnya tak berminat pon nak beli kerongsang, kawan2 beli untuk mak. Aku nak beli kat mak aku pon mak aku bukan pakai. Tapi last2 habis juga 14000 won untuk kerongsang saja. 

Dan aku ada beli kuih tradisional korea, sedap! Dia macam benang2 putih kat luar, dalam dia isi kacang atau almond. Macam2 lagi isi dia sebenarnya. 1 kotak 5000 won, ada 10 biji je. Kuih dia dah la sekali ngap je masuk dalam mulut. 10 biji tu laju je habis. Aku beli 2 kotak, perisa Almond dan kacang. Cenderahati macam keychain, fridge magnet dengan sudu Korea aku beli. Sempat juga la aku mencari barang2 Kpop, kenangan nak bawa balik Malaysia (macam la kat Malaysia tak da). Aku beli fail cover infinite 2, satu untuk aku, satu untuk adik aku. Memopad BigBang 1 nak bagi kat Kak Ngah, 1 lagi Infinite untuk adik aku juga. Tu je la kot yang aku belanja. Sebenarnya tak da la murah mana kat sini. Baju I love Korea tu je yang dapat murah. Penjual dia siap boleh cakap Melayu lagi sebab orang Malaysia @ Indonesia selalu pergi situ.

Then balik ke guesthouse. Malam tu kitorang makan kat kedai ayam ala-ala Kyochon dekat Malaysia. Tapi aku tak ingat lagi nama kedai dia. Tau makan je. Just jalan beberapa meter dari guesthouse tu dah jumpa. Kali ni Encik Hailan buli kami. Pedas gila ayam dia! Yang perisa madu pon boleh tahan tapi yang pedas tu memang confirm la esok tu sakit perut dan kena buang air besar. Dan esok tu memang jadi kat aku. Tak selesa gila nak berjalan-jalan dengan perut pedih. Dah la nak pergi Nami Island.


Ok sekian untuk hari kedua.

Day 3