Saturday 9 May 2015

Takeshi Hosomi

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, dan seperti gambar yang telah officially jadi profile pic aku, inilah lelaki yang aku suka sangat. Aku baru je berkenalan dengan dia 4 bulan yang lalu. Aiseymen, kenapa la aku baru kenal dia. Lambat la. Aku ni segala-galanya lambat. Akhir-akhir ni aku dalam zone jiwang sangat kat Takeshi Hosomi ni dan tiba-tiba nak post pasal dia. Kalau tengok rupa dia, x da la hensem mana tapi dia ada ciri-ciri yang buat aku suka dia. SUKA SANGAT! Thanks to ONE OK ROCK la aku kenal dia. Satu lagi, ONE OK ROCK pun aku baru kenal! Tapi tak selewat aku kenal dia. Di sini aku kemukakan detail2 peribadi dia:

Name : Takeshi Hosomi
D.O.B : 22nd February 1973 (age 42)
From : Katori, Chiba, Japan
Education : Kanda University of International Studies
Occupation : Computer Engineer (several years ago in Oakland), Vocalist and Guitarist of ELLEGARDEN and THE HIATUS.
Guitar : Gibson

Hmm..yang tu je aku tau pasal dia. Susah la nak cari biografi dia. Sebab dia mungkin tak sepopular TAKA ONE OK ROCK. Dan ranking dia sbg penyanyi Jepun kat nombor 74 kot! Ye lar, umo dia pun dah berapa. Pangkat ayah da aku boleh panggil. Dan band dia yang sememangnya dulu femes gila kat Jepun, ELLEGARDEN da disband tahun 2008 dulu. See?? 2008 dulu. Sekarang dah 2015. Dan aku kenal dia hujung tahun 2014, 6 tahun dah berlalu bwu nak kenal.

Banyak perkara la aku suka pasal dia selain dari music yang dia sampaikan. Contohnya muka awet muda dia tu. First2 tengok aku ingatkan baru 20 lebih gitu. Search2 tengok, terjatuh sedikit mandible aku. 40 lebih dah???!! Rata-rata aku tanya kawan aku, ada yang ckp 17 tahun. Amboi muda sangat. Lagi, dia suka senyum waktu nyanyi. Semua lagu dia! Berbanding dengan TAKA yang hyper sangat kat pentas dan serius juga la ekspresi muka tu. Ye la lain orang lain style.


 Susah betul nak cari gambar dia yang hensem sikit (ok, mungkin sbb dia mmg x hensem)
sebab dia banyak buat muka macam ni:





Dan lagi, aku suka dia sebab english dia. Power gila. Memang rare la nak ada org Jepun yang boleh ckp mcm mat saleh ckp. Padahal dia belajar kat Jepun je. Kisah hidup dia mmg menarik la bagi aku. Berhenti sekolah sbb nak kejar cita-cita jadi pelumba motosikal. Then, ayah dia marah, klu x nak sekolah, pergi kerja. Tak lama lepas tu dia gave up and start kerja kat satu kilang and studied by himself smpai boleh masuk Kanda University tu dalam bidang computer engineering. Kemudian yang aku x paham kenapa la dia boleh pergi bekerja dekat Oakland tu. Mula-mula, aku ingat Kanda University tu kat Oakland (fail general knowledge), so no wonder la dia bekerja kat sana. Tapi bila aku dapat tahu Kanda tu kat Chiba je, jadi aku pelik. Biarlah, ada la tu sejarah hidup dia kan. Aku pula nak menyibuk, pehal? 3 bulan je kerja kat sana pastu balik Jepun dengan co-worker yg bckap english dan bkerja dlm bidang ni selama 3 tahun. Kemudian leader ELLEGARDEN ajak Takeshi Hosomi mnyanyi dalam band dia. So, bermula kehidupan Takeshi Hosomi yang tak disangkanya. Dia kata dia main band2 ini sejak umo 13 tahun lagi.

Tapi yang aku sedih sekali, kenapa dia tak kawin lagi. Haha, patutnya aku happy je la kan tapi kali ni aku rasa dia patut kawin. Takkan selamanya nk membujang. Umo dah la 40 lebih da. Nak kawin dgn aku jauh sgt beza umo. Pliss la Takeshi Hosomi, tak sunyi ke hidup sorg2 (aduh aku plak yg sibuk). one part lagi aku tak suka, tatu dia. Aduh, dulu masa kat Ellegarden, suci bersih je tangan dia tu. Keluar2 je jadi macam ni.

But, aku still x kisah sangat. Lagu dia tetap menjadi tatapan telinga.

Post pertama. Try je tau

Hmmm?? Dah boleh start ber'blog' la ni kan?

Hahaha..tiba-tiba aku rasa LAME sangat sebab baru nak try2 blog ni. Ye la budak-budak zaman aku ni dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni sejak zaman sekolah lagi. Aku ni yang dah degree baru nak buat blog. Hahaha lame sangat!! LAME sangat!! Baca blog orang yang ngarut-ngarut (I mean kelakar) tu tiba-tiba aku pun teringin nak ada blog tapi bukan lah nak mengarut sama. Aku bukannya ada sense of humour pon. Merepek je banyak.

Dah tu sekarang ni nak tulis pasal apa??? Kenapa aku rasa nak buat blog ni lagi susah dari nak buat video? Hah, cakap pasal video, aku masih lagi tak da idea nak buat story line untuk memperkenalkan fakulti aku. Doktor ini expect lebih la. Aku baru 1st year. After Effect pun x tau lagi guna. Padahal senior aku yang 2nd year tu gempak gila dia buat video perasmian program tadi. Minta tolong ajar, aduyaaiii berkira baqhang. Nak minta upah g. Ok2 foinnne, Tau hak dia kan nak kongsi ilmu tu tapi dari gaya dia tu macam tak nak je ajar aku. Ok fine, x nak ajar sudah. Aku cari orang lain.