Thursday 22 November 2018

Jodoh

Hahahahaha euwwwww apehal tiba-tiba nak cakap pasal ni???!

Tak.. sebab ada la 2 3 orang yang dah tanya pasal ni. Aku ada orang tak? HAHAHAHAHA WHAT??! of course tak ada 🤣

Pastu diorang tak percaya aku cakap aku tak ada. SERIUS aku memang tak ada siapa-siapa. Siapa la nak kat aku (ayat sedih, lap air mata). Tapi memang aku cakap betul la, siapa la yang nak kat aku. Setakat aku hidup ni, esok cukup umur aku 23 tahun, tak pernah lagi ada orang confess kat aku. Aduhh bunyi loser sangat.

Aku ada la mengharap seorang tu suka aku. Tapi aku tak suka dia. Hahahaha jahat. Kau ingat kau siapa?? Cantik sangat dia nak suka kau? Sebab aku tak cantik kan, aku selalu fikir tak ada orang nak kahwin dengan aku. HAHAHA what a thought! Tapi bila aku tengok ada je orang yang kurang sempurna pon berumah tangga, jadi aku yang sempurna tubuh badan ni kena la bersyukur dan ada chance nak kahwin tu Anis oooii.

Aku pon tak kisah sangat pasal benda ni. Bukan apa, aku muda lagi, baru nak masuk 23. Tengah belajar kan. Lepas ni, dah kerja haa mula la cari. Sebab sekarang aku tengah busy fangirling Hosomi (ELLEGARDEN), Kim Sungkyu (INFINITE), Nam Woohyun (INFINITE) dan Jean-ken Johnny (MAN WITH A MISSION). So memang tak rasa loser sangat tak ada siapa-siapa pon. SINGLE is FREEDOM okay! Happy je orang single ni.

Sebenarnya aku pernah target, aku ada masa 5 tahun untuk aku tunggu TENGKU KHUZAIRI aku tu muncul. Kalau tak muncul juga, ye aku berserah dan ikut je pilihan mak aku.

Sunday 9 September 2018

Final Year

Alhamdulillah aku dah masuk year 5 which is final year dah sem ni, 2018. Ayat cliche "Rasa macam baru je masuk year 1". Haah begitu la aku rasa sebab masa ni kejap sangat berlalu. Aku ada target baru tahun ni. Aku nak perbaiki result CGPA aku. Entah la, start masuk clinical year ni tak perform langsung. Sedih juga.

Requirement aku setakat ni macam ok. Macam. Tapi tak tau lagi in future macam mana kan. Risau serius risau. Aku paling risau dengan requirement paeds aku. Memang slow la progression. Aku memang susah nak urus budak2, nak layan gedik2 manja2. Susah!

Selain dari nak fikir requirement, aku kena juga fikir pasal research project. Research aku memang senang je, buat pasal questionnaire tapi ada setengah respondent aku tu bermasalah. Tak hantar questionnaire. Stress juga fikir yang tu.

Dengan CDP lagi. Aduhh final year sumpah banyak nak kena fikir. Hahahahaha nama pon final year.

Selain tu, aku pon ada azam baru. Aku nak sarapan setiap pagi, tak makan tengah hari atau makan roti je. Pastu nak bangun awal pukul 5 pagi untuk study. Setakat ni aku baru berjaya bangun only 1st day je sebab lepas tu dah start clinic aku letih gila. Tak boleh nak cope dengan penat. Kena bangun pukul 6.

Yeah I'm the king now!

Friday 31 August 2018

MAT aka LANUN SEBELAH RUMAH


Aku baru sahaja habis mengulang novel favourite aku yang kini kembali berada di ranking no 1. Aku memang terhibur dengan satu karakter yang memang tak pernah lagi aku jumpa dari novel selain novel ni, Kopi Susu Sepatu Biru. 



Novel ni baru aku beli, itupun beli dari shopee, novel terpakai sebab aku terpanggil-panggil nak baca sambungan Akhirnya Sebuah Cinta dan sememangnya mengecewakan, tak macam yang 1st. So, alang-alang nak beli novel terpakai tu, aku ingat nak beli sekali novel yang aku duk cari-cari ni sebab yang ori punya asyik habis stok, pastu nak sekali kan duit posting RM7. Aku hanya beli novel yang pernah aku baca je dan best. Aku tak berani nak beli baru, takut mengecewakan macam ada sebahagian yang aku beli dulu, baca pon tak habis.
Ok maybe lepas ni aku mencari Street Vendeta (novel first aku suka gila!) dan Ad + Iz. Ni novel-novel aku baca masa sekolah menengah. Sekarang memang tak sempat. Eh tak sempat sangat, sekarang aku start kumpul balik novel-novel yang best pernah aku baca. Aku nak kumpul buat koleksi.

Ok now focus kenapa aku suka sangat novel ni. Plot dia biasa tapi aku suka cara penulis ni sampaikan ceritanya. Sangat santai dan banyak humour cara penyampaiannya terumatama sekali untuk watak hero kita, MAT. 

Boleh bayang tak muka Mat macam ni? Sebab Mat dikatakan muka macam Jack 😁


Tengok nama manja Mat. Comel tau! Ada ke dia sakat si Emilia tu, minta hutang depan-depan orang ramai dekat pondok bas, padahal dia yang beria tolong Emilia bayar duit baiki kereta yang rosak tengah jalan, semata-mata nak suruh Emilia naik kereta dia selepas Emilia habis-habisan menolak. Tak cukup dengan tu, dia minta tambang kereta dan duit makan pagi lagi. Dah la dia suruh naik kereta dia, pastu minta pula duit tambang. GILA Mat ni. Tu pon lepas Emilia keluarkan duit dari bank, dan hulurkan duit RM50 untuk tambang kereta RM17.85, tapi si Mat tu tak nak. Dia nak betul-betul RM17.85. So Emilia pon terpaksa pergi tukar duit dekat restoran mamak, sarapan dengan Mat sekali kat situ. Memang lanun sungguh (sebab sarapan Mat yang macam tak pernah makan sebulan pon ditanggung Emilia), gelaran Emilia diberi kepada Mat. Ini semua gara-gara Mat dah mula suka Emilia dan nak tau tempat kerja Emilia.

Ada lagi banyak la idea nakal si Mat ni nak mengayat Emilia dan cara nak mengelak dari ibu dia dari dijodoh mana-mana perempuan. Last sekali ending dia pon buat aku terhibur gila. Ada ke dia nak pujuk Emilia lepas dorang gaduh besar, dia bagi bunga ros yang dicuri dari jiran rumah sebelah dia. Bunga ros milik siaran radio Malaya jiran sebelah, musuh ketat Mat. Dulu Emilia pon sekutu siaran radio Malaya juga, Khaliza tapi lepas Emilia start jaga kucing Mat, terus hubungan dorang baik. Memang chance yang digunakan Mat sebaik mungkin untuk mengayat Emilia selain menggunakan orang tengah, Hanim (adik perempuan Emilia).

Kalau dulu aku rasa Alang (Surat Ungu Untuk Nuha) ialah lelaki paling baik dan warak sekali tapi lepas aku baca novel ni, watak Mat pon apa kurang hebatnya. Dia masih sedar bahaya tenung anak mata anak dara orang lama-lama, tak pernah juga bersentuhan, pergi solat berjemaah di masjid (hahahaha tu pon lepas kena seru dengan sorang pak cik untuk mengimarahkan masjid). Hahaha kurang-kurang dia pergi juga lepas diajak. Dan aku lebih suka watak Mat sebab dia ada ciri-ciri lelaki yang aku impikan, tak menunjuk-nunjuk yang dia patuh hal agama, lelaki biasa, bukan anak orang kaya, kelakar and at least sedap mata memandang. Alang pon lelaki biasa je sebenarnya, aku kata dia warak sebab dia bagi nasihat pasal tudung je kat Nuha.

Wednesday 29 August 2018

Favorite Hero-hero Novel Melayu



Aku tak tau nak ranking macam mana hero-hero kesukaan aku. Sebab aku suka semua and ada certain part yang buat aku turn off. So aku list je la mana yang aku rasa paling suka.

1. Akhirnya Sebuah Cinta – Tengku Khuzairi



Tengku Khuzairi, ialah penjenayah yang dituduh telah membunuh ayahnya sendiri, Tengku Hufzairiey. Suatu hari dia menceroboh masuk rumah Mimi Atia dan mengugut Mimi Atia untuk beri dia tinggal sementara dalam sebulan dua. Sebab dia bawa identity penjenayah, dia terpaksa jadi jahat, kasar, mulut laser dan selalu sakitkan hati Mimi Atia. Tapi dalam diam, dia sukakan Mimi Atia. Of course la we. Kalau dah duduk sebumbung mana tak timbul perasaan tu. Tengok Tv sekali, makan sekali, Mimi Atia tolong kemaskan bilik, basuh baju dia lagi. Tapi dia juga ego. Tinggi sangat ego Tengku Khuzairi ni.

Dalam novel ni, Tengku Khuzairi tidak digambarkan dengan begitu jelas tahap kehenseman dia sebagai seorang hero. Dia dibandingkan dengan abangnya, dan abangnya jauh lebih hensem. Dia ada parut di dahi berdekatan dengan keningnya tak salah aku. Dia ada suara yang sedap juga sampai boleh buat Mimi Atia menangis, dia boleh nyanyi lagu Maroon 5, This Love sebab group ni kesukaan Mimi Atia. Walaupun dia berlakon suara sumbang sampai boleh turun hujan. Hahahaha.

2. Kopi Susu Sepatu Biru  - Mat @ Nik Mohd Firdaus



Ni novel favourite aku yang kelakar. Sumpah aku masih lagi dalam usaha untuk dapatkan novel ni. Sebab kedai buku online yang aku selalu beli tu habis stok. Novel ni memang santai je penyampaian dia dan aku suka sangat.

Mat seorang pekerja pejabat, executive juga tak salah aku. Bawa kereta perdana hitam. Aku rasa dia ada kerja yang stabil juga. Dia tinggal di rumah sewa bersama-sama rakan-rakan bujang lain. Mat ni orang dia simple dan kelakar. Perasan pon ye. Dia dikatakan mempunyai rupa macam Johnny Depp (Kapten Sparrow). Hahaha kira boleh tahan juga la Mat ni. Dia berjiran dengan Emylia dan selalu bergaduh sebab parking kereta. Tapi tak pasti macam mana last kali Mat ni boleh tangkap lentok cintakan Emylia. Emylia suka lagu Greenday – Wake Me Up When September End. Mat pon kebetulan suka lagu ni. Last-last aku pon suka lagu ni.

3. Alang @ Muzzammil (Surat Ungu Untuk Nuha)



Dalam banyak-banyak, aku rasa Alang la paling baik sekali. Sebab dia sangat teguh dengan agama. Tapi, dia bukan pak-pak ustaz ye atau daie2 pencetus ummah tu semua. Dia cuma lelaki biasa tapi masih tau bab-bab agama. Alang orangnya jiwang, berjiwa seni dan cintakan puisi-puisi. Tapi dia kelakar juga, suka kacau Nuha. Dorang juga selalu bergaduh dan lama-lama perasaan Alang berubah dan menyimpan perasaan dalam diam terhadap Nuha.

Alang atau Muzzammil, seorang pemuda berambut afro (hahaha ni mungkin penyebab turn off untuk perempuan di luar sana), dikatakan rupanya seperti Mido, pemain bola sepak Mesir. Alang ni romantic dia lain sikit. Lain dari lain. So sweet! Ada ke dia bagi beras sebagai hadiah, hasil titik peluh dia. Sweetkan! Alang kerja di kilang beras bapanya. Suatu hari, dia diserang dan telah buta. Dia membawa diri ke luar negara, tempat dia bekerja sebelum ni, sebagai penyelam mutiara. Tapi jangan risau, of course hero dapat celik semula.

4.  Mencari Mr. Charming – Fazreen Adam



Ni lebih kepada, perasaan kawan bertukar jadi cinta gituuu. Hahaha. Tapi tak logic tau bila Fazreen ni kata dia suka Lara tu dengan pandangan pertama. Ahhh tipu, aku tak percaya. Just tengok fizikal dia dah boleh jatuh cinta. Tu nampak sangat pilih rupa. Aku suka plot cerita dia cuma there’s too many skinship. Dorang tak jaga batas pergaulan. Senang-senang je lelaki boleh sentuh perempuan. Aku suka dorang punya friendship yang lama-lama masing-masing tak sedar ada perasaan, melainkan si Fazreen yang suka pada pandangan pertama tu. Tu yang turn off sikit. Kalau dia suka melalui persahabatan mereka, aku ship 100%.

Fazreen Adam ni sebenarnya artis melayu. Hahahaha. Ok apa yang aku suka pasal dia, dia macam malu nak luahkan perasaan dia sebab Lara tu suka orang lain. Tapi dia suka bagi hint. Haaa part bagi hint ni yang aku suka. Itu je.

5. Kojie @ Feiruz (Street Vendetta)



Weh ni dulu hero novel no 1 pernah aku suka. Sampai aku pernah guna nama dia untuk crush budak tahfiz yang aku suka. Aku tak ingat sangat jalan cerita dia. Yang aku tau, Kojie ni kerja tarik kereta, pastu boleh tersangkut pergi Cherating dengan Anabella yang mengejar kekasih dia nak bertunang. So ada la kisah-kisah dorang sepanjang perjalanan ke Cherating tu. Lama-lama jadi kawan dan perasaan Kojie yang berubah. Lepas tu Kojie lupa ingatan dan pegang identiti abang kembar dia yang dah meninggal nama Fakhruzi. Masa dia jadi Fakhruzi ni macam turn off sikit sebab dengan mudahnya cakap I Love You. Ohhh aku prefer Kojie yang bagi hint tau.

Ok, Kojie orangnya sederhana sebab dia tinggal dengan pembantu rumah dia, dia bergaduh dengan ayah dia. Dia memang serabai juga, berkumis nipis, seluar kasut pon koyak. Haa penakut juga dia ni. Hahahaha comel la Kojie ni.

6. Seteguh Kasih Aina Najihah – Encik Khairul



Ok suka storyline dia cuma cara penyampaian si penulis berkenaan hero sebenar ni kurang memuaskan bagi aku. Banyak cerita pasal Ameer Mulhim yang last kali mati tau tak. Awal-awal, sikit je dia gambarkan pasal Encik Khairul ni, orangnya social la. Tak berpandukan agama. So Aina Najihah ni memang benci dengan majikan dia, sampai dia pon diberhentikan kerja oleh Encik Khairul. Padahal aku dah agak Encik Khairul dari awal lagi sukakan Aina Najihah cuma dia ego sebab Aina Najihah lebih bagus dalam bidang perhotelan tu. Last-last Aina Najihah kahwin dengan crush dia, Ameer Mulhim tu. Bila Aina Najihah jumpa balik Encik Khairul, baru la Encik Khairul luahkan melalui nyanyiannya yang sumbang “Oh bintang yang ku puja sudah menjadi milik bulan purnama, bujang lagi… apakan daya”. Tapi waktu ni dia dah berubah jadi baik lepas kematian mak dia.

Encik Khairul digambarkan ada janggut ciput dan dipanggil uncle hensem by anak angkat Aina Najihah. Lepas kematian Ameer Mulhim, Encik Khairul nampaknya ambil berat dengan Aina Najihah sampai sanggup berkorban nyawa bila Aina Najihah dirompak. Lepas tu, dikatakan Encik Khairul dah cukur janggutnya dan potong rambut. Ohh mesti hensem Encik Khairul ni. Aku suka juga cara Encik Khairul melamar Aina Najihah, dia tetapkan tarikh untuk berjumpa sekali lagi di Taman Tasik Cempaka, pada bulan depan tapi tarikh yang sama. Haaa entahlah aku rasa sweet sangat gaya Encik Khairul. Ohh lupa, Encik Khairul ni gemar bermain mata dooo. Huuuuuuuuuuuuuuu

Sunday 26 August 2018

Pelik?



Aku tak tau kenapa akhir-akhir ni aku jadi jiwang gila. Aku asyik fikirkan pasal masa hadapan aku. Aku rasa nak baca novel. Aku asyik rt berkenaan kahwin, men are trash, jodoh nanti ada dan seangkatan lagi la sampai kawan-kawan aku dah syak sesuatu. Mungkin aku dah tak ada crush, tak ada sapa-sapa yang aku suka sebab ketiga-tiga yang lain semuanya buat aku heartbroken. Kalau ikutkan aku dah tak nak dah ada crush sebab akhirnya aku yang kecewa. Sebab aku never never never ever confess perasaan aku. Aku harap suatu hari nanti muncul lah jodoh aku, yang betul-betul terima aku seadanya bukan sebab rupa, harta atau apa-apa je la.

Mungkin aku jadi macam ni sebab kawan-kawan sekeliling aku semua dah ada pilihan masing-masing. Bukan lah aku cemburu ke apa sebab pak we dorang tu not even my taste pon. Cuma mungkin aku dah menginjak usia 20-an ni, usia yang sesuai untuk zon seterusnya kan. Tapi serius, cita-cita aku nak kahwin umur 25 ke 30. Aku nak rasa pengalaman bercinta tu macam mana, bukan couple ye. Contohnya, aku suka jodoh aku tu dalam diam dan tiba-tiba dia ajak aku kahwin. Haaa macam tu. Bukan lah bercinta asyik dating je. Nanti hilang seri lepas kahwin.

So aku ada tempoh masa 5 tahun lagi nak mencari cintaku. Cewahhhh. Serius lepas tu aku give up je. Aku suruh mak aku tolong carikan. Aku target aku nak cari lepas aku grad. Sebab tu aku tweet “Lepas final year, nak tweet something. #promise2018” So kawan-kawan aku semua triggered la konon-konon aku nak confess padahal aku nak tweet aku nak mencari cinta tu dalam masa 5 tahun ni. Nak cari sekarang memang tak la, ada budak USIM FPg je sekeliling aku.

Bila pilihan keluarga ni aku macam berat hati sikit. Ye la sebab nak kahwin dengan orang yang kita tak kenal we. Tiba-tiba kau nak terima dia untuk teman sehidup-semati. Kalau dalam dunia novel boleh la, sebab tu fantasi semata-mata. Aku ni yang reality. Nak hadap benda yang mustahil macam mana mak aku alami (kena ikut pilihan keluarga) aku rasa susah sangat. Tu la, maybe kalau tak jumpa juga dalam masa 5 tahun, aku memang give up je la.

Aku bukan la memilih sangat. Kebanyakan taste lelaki yang aku minat tak hensem pon, semua kawan-kawan aku tak percayakan taste aku kalau aku cakap lelaki tu hensem. Aku hanya suka bila lelaki tu sedap mata memandang je dari my point of view. Tapi hakikat yang sebenar, 3 crush aku tu boleh dikatakan hensem la juga (ni semua pandangan orang lain ye) dan ketiga-tiganya pakai spek. Yeahhh aku memang suka lelaki pakai spek sebab bagi aku dorang hensem.

First crush aku paling lama: 9 tahun
Second crush sampai sekarang: 5 tahun
Third crush (ni paling regret): 3 tahun setengah

Tuesday 17 July 2018

Kisah cintaku

Puihhhh hahahahaha ni kenapa tiba-tiba tajuk entry macam ni. Entah la tiba-tiba aku in the mood nak bercakap soal ni. Sejak akhir-akhir ni entah kenapa aku nak bercakap soal jodoh bagai. Padahal sekarang aku tak da suka mana-mana lelaki lagi. Bukan la tak da suka, masih dalam kecelaruan gitu.

Aku boleh kata aku kecewa 3 kali dah dalam soal percintaan ni. Ni yang betul-betul aku suka ye. Tak termasuk crush kecik-kecik suka kat jiran aku tu ye. Sebab tu tak matang lagi dohhhh. 

1st: Aku suka seseorang ni yang memang ada kaitan dengan aku. Lama aku suka dia sejak dari darjah 2 sampai form 5. 9 tahun kan. Paling lama la. Dulu suka dia biasa-biasa je sebab dia lelaki paling hensem pernah aku jumpa (zaman kecik dulu la). Aku dengan dia pon memang selalu mengusik-usik. Sejak aku dah mula baligh, aku kan dah mula jaga batas pergaulan dan aurat aku. So aku jadi awkward dengan dia. Aku diam dah tak bercakap dengan dia. Aku kan perempuan, so mudah sangat perasan. Aku ingat dia suka aku sebab gaya dia pandang aku tu lain tau. Tak tau nak tafsir macam mana. Bila aku dah form 5, aku dapat berita dia nak kahwin. Aku macam terkejut gila walaupun aku dah tau dia sebenarnya bukan suka aku pun. Mujur la waktu aku dapat tau tu dah habis SPM, so tak ganggu la prestasi aku sebab heartbroken. Alah, aku heartbroken pon 3 hari je kot.

2nd: Ni 1st crush aku dekat USIM dan sampai sekarang. Weh yang ni pon aku kena move on sebab dia pon dah ada orang. Kisah dia bermula bila dia add aku dekat FB before aku masuk USIM lagi. Sebab dia tak hensem for the first impression, so aku aim nak jadi kawan dia la sebab dia first yang friend dengan aku. Lepas tu bila aku masuk USIM aku tak jumpa pon dia dengan nama sekian-sekian. Tercari-cari la juga. Lepas tu ada satu kejadian yang buat aku rasa bodoh sangat dan aku mula membenci lelaki pakai baju pink. Last-last lelaki pakai baju pink tu la nama yang aku cari-cari selama ni. Aku still benci dia tapi lama-lama perasaan tu berubah. Dan sampai sekarang perasaan tu masih ada cuma tak kuat sebab aku tak jumpa dia 4 tahun dah. Dan aku dengar tak lama lagi dia nak kawin. Aku kecundang lagi.

3rd: Ni lelaki paling menyesal pernah aku suka. Aku suka dia pon sebab trigger kawan aku dan layanan cold dia terhadap aku. Serius, awal-awal tu dia layan aku lain sangat, sampai aku ingat dia pon maybe la ada perasaan kat aku. (Wehhhh perasan gila!) Tapi lama-lama aku benci dia sebab perangai annoying dia. Banyak la benda aku tak suka pasal dia. Dia ni mengingatkan aku pada lelaki 1st tadi. Sama! Karakter, rambut, tinggi, gaya semua sama. Lepas aku dah tak jumpa dengan lelaki 2nd, dia la yang muncul dalam hidup aku. Dia buat aku lupakan lelaki 2nd tu sedangkan lelaki 2nd tu jauh lebih baik dari dia. Disebabkan lelaki 2nd tak ada tapi lelaki 3rd ni, tu yang aku lupa kejap. Dan dia kawin. Sekali lagi aku heartbroken tapi tak seteruk yang 1st sebab aku cuba move on after 1 year aku suka dia, bila start kenal perangai dia yang sebenar.

Dan sekarang aku mengalami masalah kalau aku tersuka dekat classmate aku. Serius aku tak nak. Sebab aku takut tersalah anggap lagi. Aku dah takut nak rasa benda ni lagi. 3 kali weii!! Dan most of them kahwin wey. Benda paling sedih juga la. Haa... Classmate aku ni layan semua orang baik. Dia memang gentle la kalau nak banding dengan classmate lain. Asalnya aku tak pernah terfikir pasal perasaan ni, tapi sejak aku berjumpa 3 lelaki kat atas tu, seolah-olah aku perlukan pengganti untuk lupakan diorang. Ya Allah aku harap sangat aku tak suka dia dan jodoh aku orang luar USIM, baik dan gentle. 

Cukup la 3 kisah aku menemui kegagalan.

Thursday 5 July 2018

5-ji Kara 9-ji Made

Ok now I'm really excited to make review about a Japanese romcom drama, 5-ji Kara 9-ji Made or literally translated as from 5 to 9.

Actually, I've no idea on what movie or drama I want to watch, to spend my lazy time from keep on studying (now = study week). So, I really like Ishihara Satomi because of her cute and funny acting, then I try to find her new drama from her biography from AsianWiki and this drama seems funny according to the synopsis but unfortunately, I don't like the hero, YamaP..I've bad impression of him because I've never seeing his laugh or smile. I thought he just a person who think he always good and handsome (but he indeed)..but I don't care about the hero, being bored so I decided to watch the drama and done download all the episodes.

Ishihara Satomi from my favourite drama and favourite scene (Rich Man Poor Woman)

So, I started watching it. OMG, it's freaking enjoyable and funny. The monk (YamaP) is so cute. I've already falling in love with him after watching him as Hoshikawa Takane.

OMOOOOO!!!

Ok the story started when Junko-san (Ishihara Satomi) had been deceived by her family, into marriage arrangement with the monk, Hoshikawa Takane (YamaP). Takane falled in love with Junko when he saw how enjoyable Junko eat crabs (so illogical but hey I like it). But then, Junko still love her senpai, Kiyomiya-kun who is quite handsome! AHHHHH too many good looking people in this drama.


Ok day by day, Takane will follow Junko until he become her student even though he already excellent in English. There's so many funny scenes in the class. Junko always protected by Takane from danger, that's the advantage!

But my highlight for this entry is Takane's brother, AMANE (Shison Jun). He's freaking hot! 

His character a bit upset me because he was prejudiced by his grandmother who love Takane more. When Takane didn't want to follow their grandmother order to marry Kaori, the perfect bride to live in the temple, he use Amane to make him as chief priest so that Takane feel challenged. Amane use this chance to destroy the temple because he wanted to revenge Takane. At last part, he cried and expressed he was being abandoned by his family for making him lived in Kyoto temple and not even once they visited him. I cried!!!! Pity Amane.






Then, Takane start to break up with Junko and accept the marriage arrangement with Kaori. I don't like this part. He forced himself to make Junko dissapointed and forget their memory. I cannot accept it Takane!! I know you really love her. Even though, in the beginning, Junko didn't like him and keep ignored him until made me really cried especially in episode 3. This drama is supposed to be romantic comedy but how come I cried like it is the saddest moment in history.

Ok for the ending, it just a cliche romantic proposal. Not come to my expectation. But it still a happy ending and finally I can see Takane wear in suit. But the hairstyle is really dissapointing! I like Takane monk hairstyle. He looks really handsome!!

I can remember how I hate him before this. But now seeing him in this drama make me smile~

Kawaii-desu ne the way he clip his hair

My favourite scenes when he cannot kiss Junko



Hahahaha..His eye still open after refused by Junko to hold his hand


Hahahaha the way he fascinated with the moment!

At ELA, Junko workplace


He love to emphasize the moment when they both held hands

When he angry knowing Junko go to Kiyomiya's house


When he asked for kiss, but this kiss he get..Hahaha

He really thankful hahahhaha

When he make a story (of course it's a lie..How can monk lie?)

He lied just to make sure no other men can disturb Junko. How sweet!


Ok that's my review for 5-ji Kara 9-ji Made japanese drama. I give 4 star out of 5. It is a recommended drama to be watch by japanese drama fan out there. Yoroshiku!

Saturday 26 May 2018

Hosomi Takeshi's Youth

A week ago, I found an interesting story about Hosomi Takeshi. When I read it, I feel excited to share this post I found in FB. The story about Hosomi that we will never know from media. Thank God there was a person who want to share his experience of meeting Hosomi at his young age.

So this post is from Michihiro Sato where he worked as a teacher in Hosomi's junior high school. I'm really glad he brought this story to ELLEGARDEN's fan especially me, who really wanna know deeper about Hosomi.



Imagine young Hosomi at age of 13, 14 years old (even the picture showing Hosomi at 30s)


【Tasogare Michy's Monologue】
《About the period of Hosomi Takeshi in youth》
☆1986[Showa 61]
I began to work at the school Hosomi commuted to. He was in the second grade at junior high. He was a good-looking boy with beautiful figures (yeah Hosomi indeed really handsome 😍). The school adopted a graded-class system in
English and Math classes, though it still does the same system. Hosomi belonged to the upper class in my English class (wow Hosomi! you're brilliant. No wonder you have perfect pronunciation),
That year, Japanese economy was about to enjoy "bubble boom." But in April, nuclear meltdown occurred at Chernobyl in former Soviet Union (Russia). The whole world was shocked at the incident.
☆ 1987(Showa 62)
Hosomi became a third-grade student. He took part in a school trip to Kyoto and Nara. He says he disliked the way the students decided the seats in a bus during the trip.
Looking back to the world affairs of that year, the Chinese authorities cracked down on pro-democracy demonstrators
at Tiananmen Square. They suppressed the movement for democratization mainly by students. They haven't published the exact number of its casualities. l felt anxious about the incident that put a clock back.
☆1988(Showa 63)
This is the last year of Showa Era. Hosomi went on to the first grade of high school. The third principal, whom I respected
so much, came to a position.
The principal was strict about students coming to school late. He watched them come to school near the doors for students every day. Hosomi may have thought of the principal as a difficult person because he had an uncomfortable feeling about the school rules.
He says he performed some songs well as a band-unit with his friends at "School Festival" in September. I hear he was pretty good at playing the guitar.
That year saw a big sale of "Dragon Quest I I I..And towards a legend." He also may have enjoyed the game.
Also, the Showa Emperor came to be seriously sick, so the mood of self-control came about all over Japan. I wonder how  Hosomi was feeling about that mood at that time. 
☆1989(Showa 64 or Heisei 1 )
Hosomi dropped out of school because he had a hard time adjusting himself to school life. Ashamedly enough, I should say it was not until last year that I knew he had dropped out. When I read his interviewing articles on music magazines. I found his comments saying that he felt kind of a sense of discomfort in school life.
I retired in March last year. If I had not chosen to be a part-time teacher, I would have forgotten Hosomi Takeshi for ever.
But fortunately, I happened to hear a name, Hosomi Takeshi from a girl student for the first time in 30 years.
Now I am so proud of his being a great rock singer. I know he works out at gymn often. I hope he will continue to be successful as a forever young rock singer.

It's amazing how the teacher can remember Hosomi, and some specific incident where he said about school trip to Kyoto and Nara. Hosomi dropped school not because of his IQ or he cannot cope with the study, but he just discomfort to the school's rule. Yeah I wonder how young Hosomi's thought about. And also I wanna see his picture when he wearing his junior high school. He must be really cute! 

Just imagine Hosomi in this uniform 😍

This naughty boy, Hosomi. This collection pictures doesn't resemble your actual age. At this time, Hosomi might be at his 30s. He's so cute but you need to realize, he's now 45.










Thursday 10 May 2018

ELLEGARDEN復活 (Real resurrection)

It's 2018!! Yeah finally our hero has make their move. Welcome back ELLEGARDEN. I've been waiting for you since 2014, the year when first I came to know you. You guys choose 10th May after 10 years of suspension, and after 10 years of your successful era (1998 - 2008). Number 10,  a legend number for a legend band. Well done guys!!!

Ok for those who do not know ELLEGARDEN, please check this out



So, that's mean my theories in 9th September ago has become true!
ELLEGARDEN: RESURRECTION

Ok, let me start telling you guys when the exact time I realize this news.

Yesterday was history to my life and my country, MALAYSIA. 9th May is a biggest day to the new government after Barisan Nasional has been defeated after 60 years of their reign. And it's my first time become a voter, and I'm proud of it (first voter and has change the government). So, today it's really important to Malaysian to choose for new prime minister which is Tun Dr. Mahathir. My twitter timeline of course full of this important matter and I'm one of them who focus for my country's future. After too tired for waiting for the sworn of Tun M as new PM, I fell asleep.

(wait the minute, why I'm talking about the politics in Ellegarden's entry??!)

When I woke up, I took my phone and open up my twitter, scrolling for the sworn part, but then I found Scott Murphy tweet (Scott - Bassist of Monoeyes and Allister), with picture of ELLEGARDEN I've never seen before and the members look old (I mean, not the old common ELLEGARDEN photoshoot picture).



Then, I realize when I read the tweet. My phone fall down (so dramatic), I want to scream, I cannot believe this, it's impossible Ellegarden to come back. It's so sudden. But then, I opened up the ellegarden official website , it's REAL!!! Yeah ELLEGARDEN IS COMEBACK! Then, my twitter trend is  (ELLE resurrection)

And you know, Jean-ken Johnny from MAN WITH A MISSION tweet the same thing.

That's my reply. So excited when Jean-ken:

 "Voices of delight and excitement come from various places (^^)"

From Hosomi's blog, 


He said: Tadaima (I'm home) Everyone is smiling :-)

Hosomi implies Ellegarden as his home because Ellegarden was the world for him. He debut as J-rock artist from this band, the band was successful in Japan and also had debut in America in 2006 if I'm not mistaken. Oh, if I have time, I will translate Takahashi blog for his post regarding ELLEGARDEN [It's all up to me].

I don't know how I want to express this excited feeling. You know when your hope for your favorite band is too high but the reality of their comeback is too impossible. I thought, the fans expectation and theories are just theories but then, it's really happened. I feel like I don't wanna sleep tonight, want to surf more in internet to get all information regarding ELLEGARDEN. I found that Hosomi said, he won't make any song in 2018, so this resurrection is just for reunion tour. I don't know the truth but when I found in some website saying that, they will continue to revive after this tour in this upcoming August. So let's support ELLEGARDEN to continue their glory time for more than 10 years ahead.


This picture ...

and this picture. See the difference??

Old Takahashi with his blonde hair looks so childish with that weird smile 😁
New Takahashi with black colour hair looks more mature and serious 😁

Hosomi (my ultimate hero all the time) still has the same pose (clench teeth=Ellegarden's special pose), wore necklace, black T-shirt, look like he at his 20s 
Hosomi now just add his tattoo on both of his arm after Ellegarden suspension, wore bracelet and his hair grow long a bit and dye at the end of it.

Old Ubu also look childish
New Ubu has tattoo same with Hosomi, look mature

Last but not least, our maknae (the term not used in J-rock okay) Yuichi, hmmm I don't know how to describe but the current one also same like other member, mature look 



Sunday 6 May 2018

ELLEGARDEN: Most favourite part

Ahaaaaa dah lama nak berkongsi pasal benda ni..ohh before that, nak cakapnya entry aku ni kejap in English, kejap in Malay (tengok type yang ni pon berterabur).. aku bukan apa, aku nak je tulis in English, nak practice selalu supaya English aku bagus kan tapiiii bila type in English ni, English aku tak berapa bagus..grammar tau apa-apa.. ayat pon macam darjah 1..huaaa aku rasa loser sangat

Aku lagi selasa bercerita dalam bahasa melayu, sebab rasa tak ada la kekok sangat..rasa nak bercerita banyak lagi

Ok jap kenapa lari jauh sangat dari tajuk kita

Ok back to the main topic: ELLEGARDEN!!

Bila dah minat ni, semua benda kau akan try layan..lagu-lagu band favourite kau, kau akan dengar semua..sooo aku pon download semua lagu ELLEGARDEN, yang ori kot..semua lagu dia kau boleh layan tapi tak semua kau akan minat..kadang tu ada certain part je yang kau suka..so ni la yang aku cuba kongsi kan.. kadang aku suka verse dia tapi kadang aku tak suka chorus dia..haa gitu..
Ok malas nak tulis panjang-panjang lagi, ini dia, mempersembahksn ELLEGARDEN, my most favourite part in their songs:




Ini just ikut preference aku, taste aku macam mana ☺️ Lain orang lain minatnya sebab benda ni subjective..certain orang suka macam ni macam ni...Lagu ni pon dah masuk 4 tahun aku asyik repeat dalam playlist..kau rasa? Betapa powernya vibe yang diorang bawa..kalau tengok dekat Jepun, ELLE memang band yang sangat successful pada era dorang (2000 - 2008) , fan dorang pon ada dari Indonesia dan ramai pula tu (kecuali Malaysia, tak ramai orang tau..kalau tau pon lambat macam aku) dan sampai sekarang ada lagi fan yang masih menunggu kemunculan Elle.

Ok aku nak fokus kawan aku present ni 😅

Travelog to Korea: Day 4

previous post: Travelog to Korea: Day 3

Day 4

Ok. Ayuh kita sambung travelog aku yang entah bila boleh siap. Aduhh malas gila. Tapi aku tak nak jadi hangat-hangat tahi ayam, biar alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Haaa ni peribahasa yang aku sentiasa pegang dalam hidup aku. Bila dah start tu, sila siapkan sampai habis walaupun kau dah penat, letih, tak berminat. Never give up!!

Ok (dari tadi asyik ok), Day 4 ni aku menjelajah Everland. Dia taman tema outdoor dan sangat luas. Tapi aku dengar dari review kawan-kawan aku pergi Sunway Lagoon, dorang cakap Sunway Lagoon jauh lagi best sebab dia ada waterpark, berbanding Everland just permainan je. Ada je waterpark tu tapi tak banyak la. Gila kau nak mandi, main-main air waktu autumn macam ni, suhu dah bawah 0 degree celcius kot.

Aiseymen, kali ni aku tak bawa kamera, dan tak banyak ambil gambar. Gambar entrance je before masuk







First game aku main dah agak extreme, aku tak ingat nama game apa (ni dasar penyakit lupa nama aku) tapi seingat aku game tu duduk dalam cawan and then pusing-pusing. Kat sini aku dah overreaction, menjerit macam apa lagi. Lepas game tu, aku naik Viking pula!!! Kau bayangkan la, dah baru lepas otak aku pusing-pusing tadi, ni naik Viking yang turun 90 degree tu! Emmm maybe less than that.

Of course la lepas tu aku rasa nak muntah loya semua. Mujur Yaya bawa supply. Asam! Asam ni diperlukan untuk setiap kali korang masuk theme park. Dan aku la tukang habiskan asam tu sampai dah naik putih, nampak pucat bibir aku. Then, mula la tak dak mood nak main benda lain.



Ok dipendekkan cerita aku naik T-express..wey train tu roller coaster laju gila and ada satu part yang buat semua orang kecut perut gila, part turun 90 degree tu. Jap aku ada gambar.





Hmm tapi tak nampak la. ala-ala korang agak-agak la bila aku cakap 90 degree tu.

Masa nak naik tu kena beratur panjang. Sejam juga la beratur pon. Masa tu la semua pakat nak gabra nervous semacam. Nak record masa naik tu masing-masing sayang handphone kot. 





Yang semua takut tu sebab roller coaster ni diperbuat dari kayu-kayan je mak kau! Aku pernah tengok running man, jae suk and gwang soo buat mission kat sini. Hahahaha seram wey..Mula-mula naik tu dia gerak slow dulu..alah biasa la dia nak create rasa thriller gitu, tiba-tiba bila dah sampai puncak aku dah nampak dari jauh yang KAMI AKAN TERJUN GAUNG DENGAN ANGLE 90 degree! Part terjun tu first time aku tutup mata dan rasa aku nak terkeluar dari seat tu sebab fenomena inertia. Perut aku pon rasa nak tercabut dari badan. Huuuu lepas terjun gaung tu bapak laju giler roller coaster ni bawa kitorang. Aku duduk sebelah Aten. Memang aku suruh dia buka mata sepanjang part laju tu, mampus memang dia tak nak la. Aku tutup part terjun gaung tu je, then buka mata nak tengok macam mana aku naik roller coaster selaju tu. Best we last kali. 2 minit pon aku rasa tak sampai. Rasa macam nak naik lagi.

Then kitorang merawang-rawang dalam ni sampai dah berpisah dengan geng. Tinggal aku, Iman dan Fizah nak masuk rumah hantu. Tapi lama sangat orang beratur. Dah dekat malam pon. Orang lain semua ajak balik. Malam tu pon sejuk dia bukan main.