Ni salah satu elective course aku tau. Aku asalnya nak main gitar, nk buat cover acoustic lagu2 Ellegarden. Tapi mahal la kos dia. Sakit tangan pulak tu. So aku give up je bila dengar benda yg lebih interesting dari Kak San - ROCK CLIMBING.
Benda ni memang aku teringin nak buat dari kecik2 lagi. Tengok mcm senang tapi sekali try susah dohhh. Aku beginner lagi so banyak guna teknik yg salah. Supposed to be kena guna tenaga dari kaki, guna kaki utk panjat sebaik mungkin. Tapi kitorang asyik nak guna tangan utk angkat badan. Salah tu salah..
|
Before rock climbing. |
|
Ini rupanya wall yg akan kami panjat (x panjat pon sbnarnya) |
Mula-mula tu kitorang kena bayar rm75 sebab cover utk 3 orang yg xdtg. Sebab klu grup 10 org dapat murah dalam rm45 je. 5 orang je yg dtg. Pastu stretching dulu.Then, terus belajar dari instructor Aman dan instructor Que (betul ke idok aku eja nama dia). Kat sini kitorang belajar cara utk fall dgn betul. Kena ada teknik yg betul. Jgn tahan dgn tangan takut dislocate. Kena beratkan badan ke belakang.
|
Berjaya sampai puncak (hello ni yg mmg basic giler!) |
Pastu kitorang belajar cara panjat jalan arah ketam. Panjat dari kanan ke kiri. Oii mak kau yang ni pon susah. Nampak je senang.
|
Kak San panjat power kot. Ni cara ketam tu |
Lepas instructor tgk betul2 sorg2 punya climbing, pastu kitorang gerak ke wall yg lebih mencabar, kali ni guna tali nak panjat wall yg tinggi dia lebih kurang 3 tingkat bangunan. Serius susah!! aku nak ckp semuanya susah. Bab panjat tu ok tapi malu la nak buka kaki lebih2, instructor 2 org lelaki kat bawah duk tengok je kita. Tapi tangan aku pon tak larat nak tampung badan, nak angkat badan naik ke atas. So, mmg terpaksa la guna cara yg seboleh mungkin utk sampai ke atas. Bila kau start naik tu mmg nak laju je, nak cepat habis panjat wall tu.
|
Ni instructor Aman tgh tolong ikatkan tali utk kak San |
|
Pehal muka aku serius sgt kat situ |
|
Kak Erma dan Kak Bihah |
Struggle dia seolah2 kau di akhir2 tahun lima. Mengejar ke puncak utk grad. Nak capai batu yg terakhir bermakna nak siapkan requirement tu. Ingat masa tu jgn berputus asa sampai kau dapat capai batu yang besar dan jauh dari pegangan tangan kau. Masa ni memang aku lama gila terkial-kial kat situ. Batu tu besar tapi jauh sgt. Tangan aku dah penat, dah terketar-ketar. Tapi aku dgr juga arahan dari instructor Que suruh aku capai batu tu dgn dua2 tangan aku dan tarik badan aku ke atas. Akhirnya aku berjaya! Dan turun pon dgn selamat. Serius lepas tu tangan aku terketar-ketar je.
|
Acah rock climber! |
|
Mekha brag about her competent skill in climbing |
|
Ni lah struggle gila nak panjat batu oren tu. Serius yg tu paling mencabar |
|
Ni dah lepas panjat. Berpeluh juga weyy |
Lepas tu kitorang dibawa pergi main archery. Aku dapat guna busur yg tali dia flexible sikit. Mmg senang je tarik. Yg satu lagi susah, terketar-ketar nak tarik. Tapi bila dia dilepaskan, momentum dia mmg power la utk tali yang keras tu. And bila main2 aku dapat score 9 dua kali. Yes!! Power gak aku yg beginner giler ni!
|
Ni tali dia yg keras tu. Nampak reaction tangan pon |
|
Ni tali flexible sikit, tu yg boleh tarik panjang sikit. Hohoho gaya pro tu ada x?? |
Lepas tu kitorang nak amik gambar dgn instructor Aman dgn instructor Que. Rupanya mekha syok dekat instructor Que tu sbb hensem katanya. Haaa tu rupanya taste mekha. Bagi aku biasa je. Aku suka dua2, sbb diorang simple2 and bley juga buat lawak, nak menganjing pon pandai.
|
Bergambar dgn instructor2 kitorang. Yg stressnya aku kenapa tudung x jadi!!! |
|
Semua gambar pula tu |
Pastu aku ckp kat mekha, aku nak suami aku nanti kerja mcm tu la, simple2. Taknak yg dlm bidang professional mcm dentist, doctor, lawyer etc. Aku bosan! Mekha kata tak boleh. Isu duit akan ada nnt sbb kau dentist, suami kau biasa2 je. Melainkan suami kau tu yg own business mcm rock climbing ni. Jap2 ni dah kenapa masuk bab2 ni???
Ni spam gambar je la, lepas dah habis aktiviti 3 jam kitorang
|
3 orang wakil year 4 dental student USIM |
|
WE ARE THE ROCKERS!! |