Aku baru sahaja habis mengulang novel favourite aku yang
kini kembali berada di ranking no 1. Aku memang terhibur dengan satu karakter
yang memang tak pernah lagi aku jumpa dari novel selain novel ni, Kopi Susu
Sepatu Biru.
Novel ni baru aku beli, itupun beli dari shopee, novel terpakai
sebab aku terpanggil-panggil nak baca sambungan Akhirnya Sebuah Cinta dan
sememangnya mengecewakan, tak macam yang 1st. So, alang-alang nak
beli novel terpakai tu, aku ingat nak beli sekali novel yang aku duk cari-cari
ni sebab yang ori punya asyik habis stok, pastu nak sekali kan duit posting
RM7. Aku hanya beli novel yang pernah aku baca je dan best. Aku tak berani nak
beli baru, takut mengecewakan macam ada sebahagian yang aku beli dulu, baca pon
tak habis.
Ok maybe lepas ni aku mencari Street Vendeta (novel first
aku suka gila!) dan Ad + Iz. Ni novel-novel aku baca masa sekolah menengah.
Sekarang memang tak sempat. Eh tak sempat sangat, sekarang aku start kumpul
balik novel-novel yang best pernah aku baca. Aku nak kumpul buat koleksi.
Ok now focus kenapa aku suka sangat novel ni. Plot dia biasa
tapi aku suka cara penulis ni sampaikan ceritanya. Sangat santai dan banyak
humour cara penyampaiannya terumatama sekali untuk watak hero kita, MAT.
Boleh bayang tak muka Mat macam ni? Sebab Mat dikatakan muka macam Jack 😁 |
Tengok
nama manja Mat. Comel tau! Ada ke dia sakat si Emilia tu, minta hutang
depan-depan orang ramai dekat pondok bas, padahal dia yang beria tolong Emilia
bayar duit baiki kereta yang rosak tengah jalan, semata-mata nak suruh Emilia
naik kereta dia selepas Emilia habis-habisan menolak. Tak cukup dengan tu, dia
minta tambang kereta dan duit makan pagi lagi. Dah la dia suruh naik kereta
dia, pastu minta pula duit tambang. GILA Mat ni. Tu pon lepas Emilia keluarkan
duit dari bank, dan hulurkan duit RM50 untuk tambang kereta RM17.85, tapi si
Mat tu tak nak. Dia nak betul-betul RM17.85. So Emilia pon terpaksa pergi tukar
duit dekat restoran mamak, sarapan dengan Mat sekali kat situ. Memang lanun
sungguh (sebab sarapan Mat yang macam tak pernah makan sebulan pon ditanggung
Emilia), gelaran Emilia diberi kepada Mat. Ini semua gara-gara Mat dah mula
suka Emilia dan nak tau tempat kerja Emilia.
Ada lagi banyak la idea nakal si Mat ni nak mengayat Emilia
dan cara nak mengelak dari ibu dia dari dijodoh mana-mana perempuan. Last
sekali ending dia pon buat aku terhibur gila. Ada ke dia nak pujuk Emilia lepas
dorang gaduh besar, dia bagi bunga ros yang dicuri dari jiran rumah sebelah
dia. Bunga ros milik siaran radio Malaya jiran sebelah, musuh ketat Mat. Dulu
Emilia pon sekutu siaran radio Malaya juga, Khaliza tapi lepas Emilia start
jaga kucing Mat, terus hubungan dorang baik. Memang chance yang digunakan Mat
sebaik mungkin untuk mengayat Emilia selain menggunakan orang tengah, Hanim
(adik perempuan Emilia).
Kalau dulu aku rasa Alang (Surat Ungu Untuk Nuha) ialah
lelaki paling baik dan warak sekali tapi lepas aku baca novel ni, watak Mat pon
apa kurang hebatnya. Dia masih sedar bahaya tenung anak mata anak dara orang
lama-lama, tak pernah juga bersentuhan, pergi solat berjemaah di masjid
(hahahaha tu pon lepas kena seru dengan sorang pak cik untuk mengimarahkan
masjid). Hahaha kurang-kurang dia pergi juga lepas diajak. Dan aku lebih suka
watak Mat sebab dia ada ciri-ciri lelaki yang aku impikan, tak menunjuk-nunjuk
yang dia patuh hal agama, lelaki biasa, bukan anak orang kaya, kelakar and at
least sedap mata memandang. Alang pon lelaki biasa je sebenarnya, aku kata dia
warak sebab dia bagi nasihat pasal tudung je kat Nuha.