Thursday, 25 July 2019

Travelog Pulau Kapas Day 2

DAY 2

Hari kedua kitorang keluar sarapan kat Nasi Dagang Warung Atas Tol kot tak salah aku. Erghh aku memang tak ambil port pon kalau berjalan makan mana, apa nama tempat and nama kedai. Nasi dagang dia sedap dan keropok lekor dia besar, 1 tu rm0.60. Sarahteha suka sangat.



Lepas makan, otw balik tu singgah jap depan rumah siapa entah kitorang redah. Sebab rumah kuda polka dot ni tepi jalan je. So, park kereta kat tepi jalan dan terus redah.

Bergambar dengan kuda polka dot senyap-senyap je ni
Bergerak pergi pasar payang dulu. Terjumpa pula lecturer prostho. Hahahaha kecik je dunia ni, terjumpa juga orang yang kitorang minta tolong ambil gambar kitorang kat pantai depan warung Pok Nong tu time tengah selpie ni.

Tengah hari, kitorang keluar makan kat ..... aduhh sumpah aku lupa nama kedai ni. Sebab lama tinggal baru nak update cerita vacay terengganu. Mee celup kot. Nanti aku tanya balik Nisa', macam famous tempat ni.



Pastu harus lah solat dekat Masjid Terapung dekat Terengganu ni. Pemandangan sekeliling memang superb la! Ada taman-taman, tasik dan dekat juga dengan pantai.


Lepas tu, kitorang pergi kandang kuda berdekatan masjid ni. Cadangnya nak ride la tapi tak dapat sebab apa tah, lupa lagi hahahaaha. So mampu tengok dan melawat juga kuda-kuda kat sini.

I dah try pegang usap-usap dia. Tu je mampu hahaaha

So, kitorang bergerak ke kedai pisang cheese, nama dia Pisang Kejuk. Not bad, sedap! 9/10 aku bagi tapi memang kena order air mineral sebabnya cepat muak juga la dengan caramel, chocolate lagi.


Then, tak tahu lagi nak pergi mana, kitorang lepak-lepak mencari ketenangan kat Pantai Batu Burok. Best juga duk Terengganu ni, lepak hadap pantai bukannya masuk mall.











Friday, 10 May 2019

Travelog to Pulau Kapas

OCTAVIVO X PULAU KAPAS

Assalamualaikum, lama tak menjengah blog ni. Sebab dah akhir-akhir semester final year, busy sangat. Mood pon tak ada. So kali ni aku nak kongsi pengalaman aku dan batch kesayangan aku, Octavivo buat short vacay ke Pulau Kapas, Terengganu.

Tapi aku antara yang join awal pergi Terengganu. Jalan-jalan Terengganu dulu. Aku join geng sarahteha, khad and dila. Yang lain-lain tak dapat join awal sebab dorang ada National Dental Intervasity Games (NDIVG) kat MAHSA. 

DAY 1

So hari first, aku bergerak dalam pukul 6.30 pagi keluar rumah, naik kereta Dila. Sepanjang dalam perjalanan tu Dila pasang lagu dari USB dia, yang semestinya banyak dipengaruhi lagu aku. Tapi aku pilih lagu English lama-lama zaman 2010 dulu. Hahaha. Wey time tu je aku dengar lagu Western pop. Lagu Adam Lambert, Taylor Swift Love Story. Hahaha

Kitorang sampai Terengganu dalam anggaran pukul 1 tenggah hari rasanya. Kita terus bergerak ke rumah sewa Nisa' kat Kuala Terengganu. Kampung Menggabang Tengah. Kat sana dah ada geng-geng Nisa, Ikin, Fizah dan Mimi. Lepas tu Nisa bawa kitorang pergi makan kat satu restoran ni. Tak ingat tapi sedap dan murah juga. 

Sebelum bertolak, selfie untuk Day 1

Then, kitorang bergerak ke UTC mall. Dekat dengan stesen bas. Bosan juga la tak tau nak pergi mana. Bukan nak kata UTC tu bosan, tapi bosan la nak vacay masuk mall. Pastu Sarah bawa kitorang jalan-jalan stesen bas, mengimbau kenangan masa dia MRSM dulu. 

Inilah stesen bas Kuala Terengganu
Muka terseksa sebab sunkissed
Sebab panas sangat, singgah 7E beli aiskrim dulu sambil berlatar belakangkan stesen bas
Sebab panas, kitorang bercadang lepak kat Pantai Batu Burok. Tenang rasa tengok laut biru ni. Dengan anginnya. Kalau aku duduk Terengganu, mesti hari-hari kot lepak sini.


 



Pastu bergerak ke Warung Pok Nong yang famous ni. Sampai-sampai terkejut nampak orang dah beratur panjang. Aku terus turun dari kereta pergi queue sementara Dila cari parking. Harga makanan dia kat sini aku taktau nak cakap berbaloi ke tak sebab aku memang tak menggemari seafood. Kalau siapa suka sotong goreng tepung ke mungkin la. Kitorang makan 1 pinggan sotong dan 1 pinggan udang, 1 pinggan ikan goreng tepung, semua total harga rm45. Warung ni buka dari pukul 3 petang sampai 7 malam. Kitorang beratur saja 45 minit dan dapat makan pukul 7. Tapi orang still beratur kot hahahha.







 Perjalanan balik dari Warung Pok Nong ke rumah Nisa kat Kampung Menggabang Tengah tu ambil masa setengah jam juga la. Balik-balik pergi makan rumah Nisa pula sebab family dia buat makan-makan sambut kawan-kawan batch Octa yang datang vacay Terengganu.










Thursday, 22 November 2018

Jodoh

Hahahahaha euwwwww apehal tiba-tiba nak cakap pasal ni???!

Tak.. sebab ada la 2 3 orang yang dah tanya pasal ni. Aku ada orang tak? HAHAHAHAHA WHAT??! of course tak ada 🤣

Pastu diorang tak percaya aku cakap aku tak ada. SERIUS aku memang tak ada siapa-siapa. Siapa la nak kat aku (ayat sedih, lap air mata). Tapi memang aku cakap betul la, siapa la yang nak kat aku. Setakat aku hidup ni, esok cukup umur aku 23 tahun, tak pernah lagi ada orang confess kat aku. Aduhh bunyi loser sangat.

Aku ada la mengharap seorang tu suka aku. Tapi aku tak suka dia. Hahahaha jahat. Kau ingat kau siapa?? Cantik sangat dia nak suka kau? Sebab aku tak cantik kan, aku selalu fikir tak ada orang nak kahwin dengan aku. HAHAHA what a thought! Tapi bila aku tengok ada je orang yang kurang sempurna pon berumah tangga, jadi aku yang sempurna tubuh badan ni kena la bersyukur dan ada chance nak kahwin tu Anis oooii.

Aku pon tak kisah sangat pasal benda ni. Bukan apa, aku muda lagi, baru nak masuk 23. Tengah belajar kan. Lepas ni, dah kerja haa mula la cari. Sebab sekarang aku tengah busy fangirling Hosomi (ELLEGARDEN), Kim Sungkyu (INFINITE), Nam Woohyun (INFINITE) dan Jean-ken Johnny (MAN WITH A MISSION). So memang tak rasa loser sangat tak ada siapa-siapa pon. SINGLE is FREEDOM okay! Happy je orang single ni.

Sebenarnya aku pernah target, aku ada masa 5 tahun untuk aku tunggu TENGKU KHUZAIRI aku tu muncul. Kalau tak muncul juga, ye aku berserah dan ikut je pilihan mak aku.

Sunday, 9 September 2018

Final Year

Alhamdulillah aku dah masuk year 5 which is final year dah sem ni, 2018. Ayat cliche "Rasa macam baru je masuk year 1". Haah begitu la aku rasa sebab masa ni kejap sangat berlalu. Aku ada target baru tahun ni. Aku nak perbaiki result CGPA aku. Entah la, start masuk clinical year ni tak perform langsung. Sedih juga.

Requirement aku setakat ni macam ok. Macam. Tapi tak tau lagi in future macam mana kan. Risau serius risau. Aku paling risau dengan requirement paeds aku. Memang slow la progression. Aku memang susah nak urus budak2, nak layan gedik2 manja2. Susah!

Selain dari nak fikir requirement, aku kena juga fikir pasal research project. Research aku memang senang je, buat pasal questionnaire tapi ada setengah respondent aku tu bermasalah. Tak hantar questionnaire. Stress juga fikir yang tu.

Dengan CDP lagi. Aduhh final year sumpah banyak nak kena fikir. Hahahahaha nama pon final year.

Selain tu, aku pon ada azam baru. Aku nak sarapan setiap pagi, tak makan tengah hari atau makan roti je. Pastu nak bangun awal pukul 5 pagi untuk study. Setakat ni aku baru berjaya bangun only 1st day je sebab lepas tu dah start clinic aku letih gila. Tak boleh nak cope dengan penat. Kena bangun pukul 6.

Yeah I'm the king now!

Friday, 31 August 2018

MAT aka LANUN SEBELAH RUMAH


Aku baru sahaja habis mengulang novel favourite aku yang kini kembali berada di ranking no 1. Aku memang terhibur dengan satu karakter yang memang tak pernah lagi aku jumpa dari novel selain novel ni, Kopi Susu Sepatu Biru. 



Novel ni baru aku beli, itupun beli dari shopee, novel terpakai sebab aku terpanggil-panggil nak baca sambungan Akhirnya Sebuah Cinta dan sememangnya mengecewakan, tak macam yang 1st. So, alang-alang nak beli novel terpakai tu, aku ingat nak beli sekali novel yang aku duk cari-cari ni sebab yang ori punya asyik habis stok, pastu nak sekali kan duit posting RM7. Aku hanya beli novel yang pernah aku baca je dan best. Aku tak berani nak beli baru, takut mengecewakan macam ada sebahagian yang aku beli dulu, baca pon tak habis.
Ok maybe lepas ni aku mencari Street Vendeta (novel first aku suka gila!) dan Ad + Iz. Ni novel-novel aku baca masa sekolah menengah. Sekarang memang tak sempat. Eh tak sempat sangat, sekarang aku start kumpul balik novel-novel yang best pernah aku baca. Aku nak kumpul buat koleksi.

Ok now focus kenapa aku suka sangat novel ni. Plot dia biasa tapi aku suka cara penulis ni sampaikan ceritanya. Sangat santai dan banyak humour cara penyampaiannya terumatama sekali untuk watak hero kita, MAT. 

Boleh bayang tak muka Mat macam ni? Sebab Mat dikatakan muka macam Jack 😁


Tengok nama manja Mat. Comel tau! Ada ke dia sakat si Emilia tu, minta hutang depan-depan orang ramai dekat pondok bas, padahal dia yang beria tolong Emilia bayar duit baiki kereta yang rosak tengah jalan, semata-mata nak suruh Emilia naik kereta dia selepas Emilia habis-habisan menolak. Tak cukup dengan tu, dia minta tambang kereta dan duit makan pagi lagi. Dah la dia suruh naik kereta dia, pastu minta pula duit tambang. GILA Mat ni. Tu pon lepas Emilia keluarkan duit dari bank, dan hulurkan duit RM50 untuk tambang kereta RM17.85, tapi si Mat tu tak nak. Dia nak betul-betul RM17.85. So Emilia pon terpaksa pergi tukar duit dekat restoran mamak, sarapan dengan Mat sekali kat situ. Memang lanun sungguh (sebab sarapan Mat yang macam tak pernah makan sebulan pon ditanggung Emilia), gelaran Emilia diberi kepada Mat. Ini semua gara-gara Mat dah mula suka Emilia dan nak tau tempat kerja Emilia.

Ada lagi banyak la idea nakal si Mat ni nak mengayat Emilia dan cara nak mengelak dari ibu dia dari dijodoh mana-mana perempuan. Last sekali ending dia pon buat aku terhibur gila. Ada ke dia nak pujuk Emilia lepas dorang gaduh besar, dia bagi bunga ros yang dicuri dari jiran rumah sebelah dia. Bunga ros milik siaran radio Malaya jiran sebelah, musuh ketat Mat. Dulu Emilia pon sekutu siaran radio Malaya juga, Khaliza tapi lepas Emilia start jaga kucing Mat, terus hubungan dorang baik. Memang chance yang digunakan Mat sebaik mungkin untuk mengayat Emilia selain menggunakan orang tengah, Hanim (adik perempuan Emilia).

Kalau dulu aku rasa Alang (Surat Ungu Untuk Nuha) ialah lelaki paling baik dan warak sekali tapi lepas aku baca novel ni, watak Mat pon apa kurang hebatnya. Dia masih sedar bahaya tenung anak mata anak dara orang lama-lama, tak pernah juga bersentuhan, pergi solat berjemaah di masjid (hahahaha tu pon lepas kena seru dengan sorang pak cik untuk mengimarahkan masjid). Hahaha kurang-kurang dia pergi juga lepas diajak. Dan aku lebih suka watak Mat sebab dia ada ciri-ciri lelaki yang aku impikan, tak menunjuk-nunjuk yang dia patuh hal agama, lelaki biasa, bukan anak orang kaya, kelakar and at least sedap mata memandang. Alang pon lelaki biasa je sebenarnya, aku kata dia warak sebab dia bagi nasihat pasal tudung je kat Nuha.

Wednesday, 29 August 2018

Favorite Hero-hero Novel Melayu



Aku tak tau nak ranking macam mana hero-hero kesukaan aku. Sebab aku suka semua and ada certain part yang buat aku turn off. So aku list je la mana yang aku rasa paling suka.

1. Akhirnya Sebuah Cinta – Tengku Khuzairi



Tengku Khuzairi, ialah penjenayah yang dituduh telah membunuh ayahnya sendiri, Tengku Hufzairiey. Suatu hari dia menceroboh masuk rumah Mimi Atia dan mengugut Mimi Atia untuk beri dia tinggal sementara dalam sebulan dua. Sebab dia bawa identity penjenayah, dia terpaksa jadi jahat, kasar, mulut laser dan selalu sakitkan hati Mimi Atia. Tapi dalam diam, dia sukakan Mimi Atia. Of course la we. Kalau dah duduk sebumbung mana tak timbul perasaan tu. Tengok Tv sekali, makan sekali, Mimi Atia tolong kemaskan bilik, basuh baju dia lagi. Tapi dia juga ego. Tinggi sangat ego Tengku Khuzairi ni.

Dalam novel ni, Tengku Khuzairi tidak digambarkan dengan begitu jelas tahap kehenseman dia sebagai seorang hero. Dia dibandingkan dengan abangnya, dan abangnya jauh lebih hensem. Dia ada parut di dahi berdekatan dengan keningnya tak salah aku. Dia ada suara yang sedap juga sampai boleh buat Mimi Atia menangis, dia boleh nyanyi lagu Maroon 5, This Love sebab group ni kesukaan Mimi Atia. Walaupun dia berlakon suara sumbang sampai boleh turun hujan. Hahahaha.

2. Kopi Susu Sepatu Biru  - Mat @ Nik Mohd Firdaus



Ni novel favourite aku yang kelakar. Sumpah aku masih lagi dalam usaha untuk dapatkan novel ni. Sebab kedai buku online yang aku selalu beli tu habis stok. Novel ni memang santai je penyampaian dia dan aku suka sangat.

Mat seorang pekerja pejabat, executive juga tak salah aku. Bawa kereta perdana hitam. Aku rasa dia ada kerja yang stabil juga. Dia tinggal di rumah sewa bersama-sama rakan-rakan bujang lain. Mat ni orang dia simple dan kelakar. Perasan pon ye. Dia dikatakan mempunyai rupa macam Johnny Depp (Kapten Sparrow). Hahaha kira boleh tahan juga la Mat ni. Dia berjiran dengan Emylia dan selalu bergaduh sebab parking kereta. Tapi tak pasti macam mana last kali Mat ni boleh tangkap lentok cintakan Emylia. Emylia suka lagu Greenday – Wake Me Up When September End. Mat pon kebetulan suka lagu ni. Last-last aku pon suka lagu ni.

3. Alang @ Muzzammil (Surat Ungu Untuk Nuha)



Dalam banyak-banyak, aku rasa Alang la paling baik sekali. Sebab dia sangat teguh dengan agama. Tapi, dia bukan pak-pak ustaz ye atau daie2 pencetus ummah tu semua. Dia cuma lelaki biasa tapi masih tau bab-bab agama. Alang orangnya jiwang, berjiwa seni dan cintakan puisi-puisi. Tapi dia kelakar juga, suka kacau Nuha. Dorang juga selalu bergaduh dan lama-lama perasaan Alang berubah dan menyimpan perasaan dalam diam terhadap Nuha.

Alang atau Muzzammil, seorang pemuda berambut afro (hahaha ni mungkin penyebab turn off untuk perempuan di luar sana), dikatakan rupanya seperti Mido, pemain bola sepak Mesir. Alang ni romantic dia lain sikit. Lain dari lain. So sweet! Ada ke dia bagi beras sebagai hadiah, hasil titik peluh dia. Sweetkan! Alang kerja di kilang beras bapanya. Suatu hari, dia diserang dan telah buta. Dia membawa diri ke luar negara, tempat dia bekerja sebelum ni, sebagai penyelam mutiara. Tapi jangan risau, of course hero dapat celik semula.

4.  Mencari Mr. Charming – Fazreen Adam



Ni lebih kepada, perasaan kawan bertukar jadi cinta gituuu. Hahaha. Tapi tak logic tau bila Fazreen ni kata dia suka Lara tu dengan pandangan pertama. Ahhh tipu, aku tak percaya. Just tengok fizikal dia dah boleh jatuh cinta. Tu nampak sangat pilih rupa. Aku suka plot cerita dia cuma there’s too many skinship. Dorang tak jaga batas pergaulan. Senang-senang je lelaki boleh sentuh perempuan. Aku suka dorang punya friendship yang lama-lama masing-masing tak sedar ada perasaan, melainkan si Fazreen yang suka pada pandangan pertama tu. Tu yang turn off sikit. Kalau dia suka melalui persahabatan mereka, aku ship 100%.

Fazreen Adam ni sebenarnya artis melayu. Hahahaha. Ok apa yang aku suka pasal dia, dia macam malu nak luahkan perasaan dia sebab Lara tu suka orang lain. Tapi dia suka bagi hint. Haaa part bagi hint ni yang aku suka. Itu je.

5. Kojie @ Feiruz (Street Vendetta)



Weh ni dulu hero novel no 1 pernah aku suka. Sampai aku pernah guna nama dia untuk crush budak tahfiz yang aku suka. Aku tak ingat sangat jalan cerita dia. Yang aku tau, Kojie ni kerja tarik kereta, pastu boleh tersangkut pergi Cherating dengan Anabella yang mengejar kekasih dia nak bertunang. So ada la kisah-kisah dorang sepanjang perjalanan ke Cherating tu. Lama-lama jadi kawan dan perasaan Kojie yang berubah. Lepas tu Kojie lupa ingatan dan pegang identiti abang kembar dia yang dah meninggal nama Fakhruzi. Masa dia jadi Fakhruzi ni macam turn off sikit sebab dengan mudahnya cakap I Love You. Ohhh aku prefer Kojie yang bagi hint tau.

Ok, Kojie orangnya sederhana sebab dia tinggal dengan pembantu rumah dia, dia bergaduh dengan ayah dia. Dia memang serabai juga, berkumis nipis, seluar kasut pon koyak. Haa penakut juga dia ni. Hahahaha comel la Kojie ni.

6. Seteguh Kasih Aina Najihah – Encik Khairul



Ok suka storyline dia cuma cara penyampaian si penulis berkenaan hero sebenar ni kurang memuaskan bagi aku. Banyak cerita pasal Ameer Mulhim yang last kali mati tau tak. Awal-awal, sikit je dia gambarkan pasal Encik Khairul ni, orangnya social la. Tak berpandukan agama. So Aina Najihah ni memang benci dengan majikan dia, sampai dia pon diberhentikan kerja oleh Encik Khairul. Padahal aku dah agak Encik Khairul dari awal lagi sukakan Aina Najihah cuma dia ego sebab Aina Najihah lebih bagus dalam bidang perhotelan tu. Last-last Aina Najihah kahwin dengan crush dia, Ameer Mulhim tu. Bila Aina Najihah jumpa balik Encik Khairul, baru la Encik Khairul luahkan melalui nyanyiannya yang sumbang “Oh bintang yang ku puja sudah menjadi milik bulan purnama, bujang lagi… apakan daya”. Tapi waktu ni dia dah berubah jadi baik lepas kematian mak dia.

Encik Khairul digambarkan ada janggut ciput dan dipanggil uncle hensem by anak angkat Aina Najihah. Lepas kematian Ameer Mulhim, Encik Khairul nampaknya ambil berat dengan Aina Najihah sampai sanggup berkorban nyawa bila Aina Najihah dirompak. Lepas tu, dikatakan Encik Khairul dah cukur janggutnya dan potong rambut. Ohh mesti hensem Encik Khairul ni. Aku suka juga cara Encik Khairul melamar Aina Najihah, dia tetapkan tarikh untuk berjumpa sekali lagi di Taman Tasik Cempaka, pada bulan depan tapi tarikh yang sama. Haaa entahlah aku rasa sweet sangat gaya Encik Khairul. Ohh lupa, Encik Khairul ni gemar bermain mata dooo. Huuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, 26 August 2018

Pelik?



Aku tak tau kenapa akhir-akhir ni aku jadi jiwang gila. Aku asyik fikirkan pasal masa hadapan aku. Aku rasa nak baca novel. Aku asyik rt berkenaan kahwin, men are trash, jodoh nanti ada dan seangkatan lagi la sampai kawan-kawan aku dah syak sesuatu. Mungkin aku dah tak ada crush, tak ada sapa-sapa yang aku suka sebab ketiga-tiga yang lain semuanya buat aku heartbroken. Kalau ikutkan aku dah tak nak dah ada crush sebab akhirnya aku yang kecewa. Sebab aku never never never ever confess perasaan aku. Aku harap suatu hari nanti muncul lah jodoh aku, yang betul-betul terima aku seadanya bukan sebab rupa, harta atau apa-apa je la.

Mungkin aku jadi macam ni sebab kawan-kawan sekeliling aku semua dah ada pilihan masing-masing. Bukan lah aku cemburu ke apa sebab pak we dorang tu not even my taste pon. Cuma mungkin aku dah menginjak usia 20-an ni, usia yang sesuai untuk zon seterusnya kan. Tapi serius, cita-cita aku nak kahwin umur 25 ke 30. Aku nak rasa pengalaman bercinta tu macam mana, bukan couple ye. Contohnya, aku suka jodoh aku tu dalam diam dan tiba-tiba dia ajak aku kahwin. Haaa macam tu. Bukan lah bercinta asyik dating je. Nanti hilang seri lepas kahwin.

So aku ada tempoh masa 5 tahun lagi nak mencari cintaku. Cewahhhh. Serius lepas tu aku give up je. Aku suruh mak aku tolong carikan. Aku target aku nak cari lepas aku grad. Sebab tu aku tweet “Lepas final year, nak tweet something. #promise2018” So kawan-kawan aku semua triggered la konon-konon aku nak confess padahal aku nak tweet aku nak mencari cinta tu dalam masa 5 tahun ni. Nak cari sekarang memang tak la, ada budak USIM FPg je sekeliling aku.

Bila pilihan keluarga ni aku macam berat hati sikit. Ye la sebab nak kahwin dengan orang yang kita tak kenal we. Tiba-tiba kau nak terima dia untuk teman sehidup-semati. Kalau dalam dunia novel boleh la, sebab tu fantasi semata-mata. Aku ni yang reality. Nak hadap benda yang mustahil macam mana mak aku alami (kena ikut pilihan keluarga) aku rasa susah sangat. Tu la, maybe kalau tak jumpa juga dalam masa 5 tahun, aku memang give up je la.

Aku bukan la memilih sangat. Kebanyakan taste lelaki yang aku minat tak hensem pon, semua kawan-kawan aku tak percayakan taste aku kalau aku cakap lelaki tu hensem. Aku hanya suka bila lelaki tu sedap mata memandang je dari my point of view. Tapi hakikat yang sebenar, 3 crush aku tu boleh dikatakan hensem la juga (ni semua pandangan orang lain ye) dan ketiga-tiganya pakai spek. Yeahhh aku memang suka lelaki pakai spek sebab bagi aku dorang hensem.

First crush aku paling lama: 9 tahun
Second crush sampai sekarang: 5 tahun
Third crush (ni paling regret): 3 tahun setengah