Name : Takeshi Hosomi
D.O.B : 22nd February 1973 (age 42)
From : Katori, Chiba, Japan
Education : Kanda University of International Studies
Occupation : Computer Engineer (several years ago in Oakland), Vocalist and Guitarist of ELLEGARDEN and THE HIATUS.
Guitar : Gibson
Hmm..yang tu je aku tau pasal dia. Susah la nak cari biografi dia. Sebab dia mungkin tak sepopular TAKA ONE OK ROCK. Dan ranking dia sbg penyanyi Jepun kat nombor 74 kot! Ye lar, umo dia pun dah berapa. Pangkat ayah da aku boleh panggil. Dan band dia yang sememangnya dulu femes gila kat Jepun, ELLEGARDEN da disband tahun 2008 dulu. See?? 2008 dulu. Sekarang dah 2015. Dan aku kenal dia hujung tahun 2014, 6 tahun dah berlalu bwu nak kenal.
Banyak perkara la aku suka pasal dia selain dari music yang dia sampaikan. Contohnya muka awet muda dia tu. First2 tengok aku ingatkan baru 20 lebih gitu. Search2 tengok, terjatuh sedikit mandible aku. 40 lebih dah???!! Rata-rata aku tanya kawan aku, ada yang ckp 17 tahun. Amboi muda sangat. Lagi, dia suka senyum waktu nyanyi. Semua lagu dia! Berbanding dengan TAKA yang hyper sangat kat pentas dan serius juga la ekspresi muka tu. Ye la lain orang lain style.
Susah betul nak cari gambar dia yang hensem sikit (ok, mungkin sbb dia mmg x hensem)
sebab dia banyak buat muka macam ni:
Dan lagi, aku suka dia sebab english dia. Power gila. Memang rare la nak ada org Jepun yang boleh ckp mcm mat saleh ckp. Padahal dia belajar kat Jepun je. Kisah hidup dia mmg menarik la bagi aku. Berhenti sekolah sbb nak kejar cita-cita jadi pelumba motosikal. Then, ayah dia marah, klu x nak sekolah, pergi kerja. Tak lama lepas tu dia gave up and start kerja kat satu kilang and studied by himself smpai boleh masuk Kanda University tu dalam bidang computer engineering. Kemudian yang aku x paham kenapa la dia boleh pergi bekerja dekat Oakland tu. Mula-mula, aku ingat Kanda University tu kat Oakland (fail general knowledge), so no wonder la dia bekerja kat sana. Tapi bila aku dapat tahu Kanda tu kat Chiba je, jadi aku pelik. Biarlah, ada la tu sejarah hidup dia kan. Aku pula nak menyibuk, pehal? 3 bulan je kerja kat sana pastu balik Jepun dengan co-worker yg bckap english dan bkerja dlm bidang ni selama 3 tahun. Kemudian leader ELLEGARDEN ajak Takeshi Hosomi mnyanyi dalam band dia. So, bermula kehidupan Takeshi Hosomi yang tak disangkanya. Dia kata dia main band2 ini sejak umo 13 tahun lagi.
Tapi yang aku sedih sekali, kenapa dia tak kawin lagi. Haha, patutnya aku happy je la kan tapi kali ni aku rasa dia patut kawin. Takkan selamanya nk membujang. Umo dah la 40 lebih da. Nak kawin dgn aku jauh sgt beza umo. Pliss la Takeshi Hosomi, tak sunyi ke hidup sorg2 (aduh aku plak yg sibuk). one part lagi aku tak suka, tatu dia. Aduh, dulu masa kat Ellegarden, suci bersih je tangan dia tu. Keluar2 je jadi macam ni.
But, aku still x kisah sangat. Lagu dia tetap menjadi tatapan telinga.
No comments:
Post a Comment