1. Naruto Shippuden
serius cakap la anime ni ramai sangat orang minat..sebut je naruto ke hokage ke suma orang tau. aku memang tengok dari zaman kecik2 lagi sejak darjah 4..pastu bila naik sekolah menengah, (acah-acah mature la kan) dah tak tengok kartun bhaiii..ceyyy poyo je lebih..ye la waktu sekolah menengah dah mula terpengaruh dengan K-pop, ni kerja kawan-kawan aku la ni..pastu habis SPM, aku tengok adik aku asyik duk main game Naruto, aku pon terjoin sekali..aikk?? dah habis SPM kot, main game plak! kemudian, aku makin tertarik dengan karakter2 baru sebab ye la selama ni kan aku dah lama tinggal..jadi aku tak kenal la..so, aku start delve into the story from the beginning..and it took for about 4 months la untuk habiskan dari episod 1 sampai 290..kemudian aku mula follow episod demi episod. tengok naruto memang boleh buat aku emosi lebih, sampai nangis2!
2. BLEACH
yang ni aku terpengaruh dengan lagu I am a Hero - Stereopony..pastu mula la rasa nak tengok..lepas final exam sem 1 asasi, terus balik malam tu aku tengok. cerita dia ok, best! lagu2 dia agak creepy tapi creepy lagi lagu naruto..tapi yang sedihnya anime dia dah habis..tapi manga still ongoing..lambat sikit mangaka dia ni karang cerita..dah lama aku menanti sambungan dia. aku suka sangat suara voice actor hero cita ni, Kurosaki Ichigo, cool gila! Aku berharap sangat kalau Ichigo ni couple dengan Rukia..tolong lar, sweet kot diorang.
Sinopsis: Mengisahkan Kurosaki Ichigo terpaksa menjadi Shinigami (Soul Reaper) demi menyelamatkan keluarganya. Dengan bantuan Rukia, Shinigami yang baru dikenalinya memberi kuasa Shinigami kepada Ichigo, waktu ni dalam keadaan darurat sangat antara hidup dan mati. Oleh itu, terpaksa Rukia ni bagi kuasanya. Sejak itu, Ichigo terbeban dengan kerja membunuh hollow (hantu jahat) di Karakura Town.
3. Kuroko no Basket
Ni lepas dah masuk degree. Best juga. Sekali tengok tak boleh stop. Dari kau tak tau apa-apa basketball terus jadi mahir teknik2 dia. kau akan tau slum bapa markah, three pointer shot macam mana. Terus terang cakap tak rugi tengok. Cita dia pon tak panjang macam naruto dengan bleach. Ada 3 season je. 1 season 20 episod je. Hero dia nama Kuroko, tapi aku berminat dengan Ace kumpulan dorg, Kagami Taiga. Suara voice actor yang aku suka utk watak Aomine Daiki, cool gila!
Sinopsis: Kisah mengenai pasukan bola keranjang mewakili sekolah Seirin di Tokyo. Dorg menghadapi cabaran untuk mengalahkan ahli Generation of Miracles dari pelbagai sekolah.
4. Fruit Basket
Sweet giler cita ni. Sense of humor pon agak banyak. Sampai dua kali aku ulang. Aku suka watak Kyo, comel sangat - selalu marah2 tapi suka kat Tohru. Kalau anime, cita dy mcm tergantung sikit. Kalau manga, kita tau ending dia macam mana. Mestilah Kyo dengan Tohru as a happy ending.
Sinopsis: Tohru terpaksa tinggal menumpang di rumah keluarga Sohma Yuki selepas kematian ibunya dan tiada tempat tinggal sampai terpaksa tidur dalam khemah. Rupa-rupanya keluarga Yuki menyimpan rahsia di mana perempuan tak boleh tahu hal ini.
5. Ao Haru Ride
We cita ni memang buat aku mengigau..hahaha, over kau jahh..time aku nak exam kot aku melayan cita ni. pengaruh dari facebook. Dan best! Cerita ni memang pasal cinta je pon, tapi sweet la. Ada live action utk anime ni, hero dia hensem gila! Tapi tak leh lawan anime lagi la. Bonus untuk live action tu sebab ada scene, Kikuchi nyanyi lagu ELLEGARDEN - Kaze No Hi dengan My Favorite Song. Tak sangka Ellegarden still lagi famous walaupun dah lama been on hiatus sbb cita ni agak baru.
Sinopsis: Futaba dah lama simpan perasaan pada Kou. Satu hari Kou pindah dan kemudian pulang ke Tokyo dan satu sekolah menengah dengan Futaba. Bermula lah episod percintaan antara dorg. Hahaha, gitu je explaination aku. Jadi la, memang tak da konflik banyak pon.
Ni live action dia.
No comments:
Post a Comment