2018 da sekarang chuolls..rasa macam lama tak update dengan
blog..acehhh padahal bukan active mana pon..aku busy gila akhir sem 1 ni dengan
denture Kak Yati sejak2 balik dari Korea..lunch pon tak sempat..pastu dengan
esaimen yang nak menyibuk juga..mujur aku dapat juga issue denture
akhirnya..Alhamdulillah..my first full full denture..serius aku rasa susah dari
partial..
Ahh bercakap pasal Korea, memang niat di hati nak karang
pasal pengalaman aku kat Korea hari tu. Itu la aku ckp, time restraint ni buat
tak sempat nak buka blog ni dengan mood juga tak ada.
So dengan telinga aku berbackground kan lagu Man With A
Mission – Falling, aku makin bersemangat nak type..here we go!
1. First day! 5/11/2017 – Sunday
Ok before tarikh tu, aku dah sampai KLIA dalam pukul 9.30
malam gitu sebab flight pukul 1. Sampai-sampai tu kitorang siap2 cek tiket
flight, bagasi semua. Pastu aktiviti wajib, of course gambar batch kat depan ni
Ok aku target memang nak cerita satu2 ni sepanjang aku kat
Korea. So, bear with me. Memang agak jakun juga la kebanyakan kitorang ni, jap
aku nak tunjuk
Hah ni la part jakunnya..takk, excited lebih
Ni lepas makan dan solat semua. Then, kitorang pon naik
flight tepat pukul 1. Yess semua teruja kan. Aku pon sebab ni 1st
time. Part yg bila dia naik tu yg best, dan dia buat pusingan. Then lepas tu
semorang pon tidur.
Keesokannya, bosan2 sempat lagi nak bergambar, hah tengok la
muka aku tu..macam apa lagi lepas bangun tidur..hmm eh x payah tunjuk
la..kakakaka..aku tunjuk view before sampai korea, lawa
Ok plus edit2 semua.
So pukul 8 kitorang sampai sana. Weii keluar2 tu gila sejuk.
Hujan pula renyai-renyai kat luar tu. Suhu pagi tu below 5 degree C la tak
salah aku tapi kira ok la aku boleh bertahan.
Then, kitorang jumpa dgn sorg lagi tour guide, En.Azri. Tour
guide kitorang yg main ni En. Halian, dia adik ipar lecturer OPOM aku. Dia yang
tulis buku Backpacker Korea tu. Dia pon kelakar orangnya, boleh la buat aku
gelak. Pastu kitorang naik bas khas nama HANA. Teringat pula dekat lagu
Ellegarden – Hana yang bermaksud bunga. Kalau korea, maksud dia satu. En.
Halian terus bawa kitorang pergi
Namsan Hanok Village
Kat sini kita amik gambar je. Saja buang masa before nak
buat presentation kat Itaewon nanti. So aku pon tak nak tulis panjang, belanja
gambar je
Lepas tu kitorang pergi makan hmmm aku tak ingat nama dia.
Tapi kedai tu memang selalu artis dtg makan. Yg aku tau ada banyak Ddeokbokki
yang tak berasa apa. Hahaha..ada orang mungkin kata sedap, tapi bagi aku ahhhhh
tak kena citarasa..before makan tu memang Nampak terliur tapi bila makan
kakakkakakakakaka..okay semua padan la bila pelancong datang Malaysia puji
makanan kita.
Ok gambar makanan aku tak amik sebab terliur fikir nak makan
tapi mujur aku sempat amik gambar luar kedai dia.
Eh tak la, amik sebenarnya -_-' |
Ni artis2 yang pernah makan restoran ni. Aku amik yang aku
berminat je la.
Then we move to Itaewon
Itaewon Mosque
Kat sini la hasil penat lelah aku buat before datang Korea
ni dipertontonkan..haaa video fakulti aku lerrr.. pastu Khad dan Amir org
yg dipertanggungjawab utk present psl siwak..ni je la aktiviti ilmiah
kami..hahahaha
Then, kitorang balik pergi check in guesthouse dekat shin
cheon kot..oii aku memang pelupa la..shin chan ke shin cheon..rasa mcm
shinchan-dong guesthouse. Aku sebilik dgn Err, Ha dan Aten.
Haa menyempat lagi bergambar weiii
Waktu ni dah pukul
17.00 which was dah malam pon..waktu sana pukul 5 dah malam. Siang dia kejap
je. Lepas check in Cik Hailan bawa kitorang gi makan sedap..bibimbap kot nama
dia..tu restoran dia nama alchon..belakang guesthouse kitorang je, kena
berjalan sikit
Serius mmg sedap la, kena dgn taste aku tak macam tengah
hari tadi. Tapi bila last2 tu dia jadi makin muak. Boleh la nak makan sekali
sekala.
Lepas kenyang, maka kitorang berjalan sekitar guesthouse sbb
banyak juga kedai2 jual baju murah. Murah dia pon 10 000 won which is RM40
kau!! Weii 10 000 won tu baju paling murah ok! Kat situ banyak juga kedai
cosmetic. 1st day ni window shopping dulu, kang belanja awal2 dah
habis duit. Kau tunggu time nak balik nanti, ha belanja la puas2.
Ok sekian utk hari 1st aku kat Korea. Chowww
No comments:
Post a Comment