previous post: Travelogue to Korea
Okay hari kedua ni kitorang start dengan aktiviti berilmiah lagi. Pagi ni je. Lepas tu enjoy sakan. Memang kena bangun awal la, kena ikut tentative. Kitorang bergerak ke Seoul National University School of Dentistry. Memang top 1 di Korea, and tak salah aku top 4 kat Asia ke World tah. Memang hebat gila la, ada hospital sendiri khas untuk dental je. Aku tak nak bercerita panjang, meh aku tunjuk gambar je la. Memang 1000x maju dari fakulti aku la..
Okay hari kedua ni kitorang start dengan aktiviti berilmiah lagi. Pagi ni je. Lepas tu enjoy sakan. Memang kena bangun awal la, kena ikut tentative. Kitorang bergerak ke Seoul National University School of Dentistry. Memang top 1 di Korea, and tak salah aku top 4 kat Asia ke World tah. Memang hebat gila la, ada hospital sendiri khas untuk dental je. Aku tak nak bercerita panjang, meh aku tunjuk gambar je la. Memang 1000x maju dari fakulti aku la..
Ni before masuk dah
bergambar siap
Ni pemandangan dari atas balkoni bangunan. Hari tu aku ada
la tnya student dia nama apa tah bangunan istana lama tu..hmm aku tak ingat
lagi..iye la aku ni memang pelupa semua jenis nama, nama org ke, nama bangunan
ke.
Tak lupa bergambar bersama-sama oppa
Myeongdong
Lepas tu, kitorang bergerak ke Myeongdong. Memang tempat
famous pelancong tambah2 barang kosmetik kecantikan semua. Kat sini aku belanja
beli 4 paket mask sebab harga dia kira murah la untuk 2 paket mask dapat 6900
won. Kalau kat tempat guesthouse aku dia jual 2 paket tu 10000 won, so berbaloi
juga la aku window shopping kat situ malam Day 1..1 paket ada 10 so aku beli 2
untuk adik aku, Asma n mak yang suka jaga muka ni. 2 paket lagi aku kongsi
dengan Aten. Aku beli bukan pakai sangat pon.
Lepas jalan2 tu, Encik Hailan bawa kami pergi makan nasi goreng.
Hmm, jangan tanya nama kedai dia, aku lupa. Nama nasi goreng tu pon aku tak
tau. Tapi sedap juga la. Dan macam biasa aku cepat muak. Sedap tu sedap Cuma
lepas tu cepat muak. Aku tak tau la kenapa.
Seoul Tourism
Then, kitorang bergerak ke banguan Seoul Tourism apa tah.
Serius aku tak layak buat Travelog ke Korea ni..semua benda tak tahu, bajet nak
buat travelog konon! Masalah la bila karang blog ni lepas berapa bulan balik
dari Koreanya. Kat sini sebenarnya kitorang singgah nak solat je. Sini selesa
sikit walaupun surau dia kecik. So lepas solat aku teruja Nampak ni!! Mula lah
nak bergatal uollsss.. kat Malaysia mana nak ada benda2 macam ni. Kalau ada pon
mesti patah amin kan..
Ada Bigbang je . Infinite xda !_!
Namdaemung
Then kitorang bergerak ke Namdaemung. Hmm ni la tempat nak
berbelanja puas2. Nak beli t-shirt I love Korea murah2 kat sini la. 3 helai
10000 won which is RM40. Haaa tak da la murah mana bila convert duit Malaysia
balik. Nak beli kerongsang murah pon kat sini. Aku asalnya tak berminat pon nak
beli kerongsang, kawan2 beli untuk mak. Aku nak beli kat mak aku pon mak aku
bukan pakai. Tapi last2 habis juga 14000 won untuk kerongsang saja.
Dan aku ada
beli kuih tradisional korea, sedap! Dia macam benang2 putih kat luar, dalam dia
isi kacang atau almond. Macam2 lagi isi dia sebenarnya. 1 kotak 5000 won, ada
10 biji je. Kuih dia dah la sekali ngap je masuk dalam mulut. 10 biji tu laju
je habis. Aku beli 2 kotak, perisa Almond dan kacang. Cenderahati macam
keychain, fridge magnet dengan sudu Korea aku beli. Sempat juga la aku mencari
barang2 Kpop, kenangan nak bawa balik Malaysia (macam la kat Malaysia tak da).
Aku beli fail cover infinite 2, satu untuk aku, satu untuk adik aku. Memopad
BigBang 1 nak bagi kat Kak Ngah, 1 lagi Infinite untuk adik aku juga. Tu je la
kot yang aku belanja. Sebenarnya tak da la murah mana kat sini. Baju I love
Korea tu je yang dapat murah. Penjual dia siap boleh cakap Melayu lagi sebab
orang Malaysia @ Indonesia selalu pergi situ.
Then balik ke guesthouse. Malam tu kitorang makan kat kedai
ayam ala-ala Kyochon dekat Malaysia. Tapi aku tak ingat lagi nama kedai dia.
Tau makan je. Just jalan beberapa meter dari guesthouse tu dah jumpa. Kali ni
Encik Hailan buli kami. Pedas gila ayam dia! Yang perisa madu pon boleh tahan
tapi yang pedas tu memang confirm la esok tu sakit perut dan kena buang air
besar. Dan esok tu memang jadi kat aku. Tak selesa gila nak berjalan-jalan
dengan perut pedih. Dah la nak pergi Nami Island.
No comments:
Post a Comment