Lepas kayak ni, kitorang kena tunggu sampai pukul 11 untuk
orang2 laut bawa kitorang pergi snorkelling. Aku pergi masuk bilik kejap untuk
charge telefon. Tengok2 bila aku g pantai balik, kosong semua orang takda yang
aku nampak bot tengah berjalan. Aku takut tu orang lain bukan kawan2 aku. So
mujur ada sorang pakcik ni nampak aku dan dia tanya aku one of them ke. Pastu
dia panggil balik sebab tertinggal sorang ni. Lepas naik bot tu, of course aku
terus hamburkan rasa marah sebab no one realize pon aku tak naik bot lagi,
tak tengok pon kawan sebelah ye la masing2 excited semuanya. Mujur tak kena
tinggal. Pastu rasa marah aku pon hilang. Terus bergembira bergelak ketawa
snorkelling. Nak marah buat apa lama2, spoil mood je. Ni nak type pon boleh
spoil mood juga.
Ni first time aku betul2 snorkelling. Pernah dulu sekali
masa kat Pangkor tapi kat tepi pantai je, celah2 batu. Halah halah halah tak da
makna snorkelling sangat. Aku pon ada pengalaman pegang gamat real weyyy. Orang
laut tu budak lagi boleh selam ke dasar laut untuk ambil gamat tunjuk kat
kitorang.
Ni aku kongsikan sikit gambar funny. Aku tak nak mention sapa tapi sumpah kelakar la haiiii |
Dah tengahhari, kitorang pon lunch. Ada yang balik salin
baju mandi semua dulu. Aku makan dulu sebab lapar sangat. Lepas tu berjemur
sampai tertidur nak keringkan baju. Bila balik bilik, tak mengantuk pula nak
tidur. While my other roommates semua dah kruhhh kruhhh zzz sebab keletihan.
Aku join Qyller dan lain2 sambung snorkelling sesi petang pula. Kali ni dia
bawa tempat lain. Aku baru berendam dalam setengah jam ke sejam tapi aku rasa
sesak nafas sangat, dada rasa ketat, kepala dah pening2. Aku terus naik bot,
paling awal dari orang lain. Aku terus buka life jacket dan baring atas bot.
Pening dan loya cuba aku hilangkan. Mujur Imah bawa roti dan jem coklat. Nak
kata perut kosong aku dah makan tenggah hari, maybe tak breakfast kot. Atau
life jacket aku pakai ketat sangat. So, aku mampu tengok kawan2 lain mandi.
Huaaa sedih juga
So bila petang, kitorang sambung lagi buat
aktiviti masing2. Aku main UNO dan kadang main Jengga. Lepas tu main werewolf.
Of course ni game wajib Octavivo main game ni. Macam biasa aku hebat tau dalam
mencari sapa wolf sebenar.
Sempat gambar ni aku ambil berlatarkan langit warna merah
tu.
|
Lepas tu kitorang dinner dan buat sesi luahan perasaan.
Lukis gambar sendiri, pastu nanti orang lain luahkan la apa yang dorang nak
cakap pasal kita. Ada dorang kata aku tomboy masa first time jumpa aku kat
Tamhidi. Aku rasa aku takda la buat gaya laki maybe sebab perwatakan aku yang
kasar. Pastu dia kata bila aku dah final year ni nampak la aku baru nak
feminine kahhhhh. Ye waktu tu pon baru aku pandai nak pakai moisturizer sebab
dah mula kisah pasal kulit aku yang dry. Aku tak marah pon guys cuma terkejut
saya orang kata saya tomboy, unexpected tau. Takpe aku suka juga kadang orang
ada perspective berbeza.
Lepas sesi ni, bergambar lagi as kenangan.
Lepas tu sambung lagi main werewolf hahahahhaha kan aku kata
batch aku ni tak leh berpisah dari game ni. Sebab sekala yang besar, kitorang
bahagi kepada kumpulan. Teringat Syawal, first time main game tu tapi dah
pandai jadi werewolf, ke mudah kantoi macam mana tah.. hahahaha and last game
tu aku Berjaya kalahkan citizen sebab no one dapat teka aku lah werewolf tu
sebab aku bunuh my own comrade demi selamatkan nyawa aku.
Okay esoknya kitorang terus balik after sarapan. Sementara
tunggu bot datang, masing2 habiskan masa dengan selfie buat kali terakhir di
Pulau Kapas. Dan aku taknak include gambar aku kat sini sebab Masha Allah buruk
gila. Bila la aku nak pandai posing, asyik awkward je gaya dia.
No comments:
Post a Comment