Hello… sempena Malaysia tengah quarantine ni kerana COVID19
dan dilanjutkan sehingga 14 April, aku terpanggil untuk kongsi sedikit movie
thai yang best-best. Bagi pendapat dan citarasa aku la. Movie thai yang
famous-famous lain aku tengok juga cumanya aku rasa tak best, tak capai my
expectation. Okay without further ado, meh aku teruskan niat utama aku.
1. Teacher’s Diary (2014)
Okay aku cerita dulu synopsis dia. Teacher’s
Diary mengisahkan kisah seorang guru ganti yang dihantar untuk mengajar
kanak-kanak di pedalaman. Houseboat orang situ panggil. So, berbagai dugaan dan
cabaran la si guru ni hadapi dengan terhad bekalan elektrik dan air yang
bersih. So, hanya murid-murid dia la yang menjadi teman hiburan guru ni, oh
NO!! Bukan murid-murid dia. THE DIARY. Lupa nak sebut part penting ni. Okay,
nama cikgu ni SONG. So, dia terjumpa diary milik cikgu lama. Dia start baca dan
memahami bagaimana kehidupan seorang guru di Houseboat tu. Dan lama-lama dia
pon terjatuh cinta dengan pemilik diary tu even tak pernah jumpa pon orangnya.
Movie ni sumpah banyak kali aku ulang
tengok, memang tak bosan. Ada orang maybe dia rasa slow tapi aku suka, tak rasa
slow pon. Song tu bodoh-bodoh lawak kot. Mula-mula aku tengok pon agak slow
tapi lepas habis cerita tu aku rasa best sangat. Sebab cita ni aku mula mencari
siapa cikgu SONG ni. Bie Sukrit.
Scene romance pon tak tipikal macam kisah
cinta lain ye. SANGAT RARE! Dan bonus cerita ni sebab OST dia best. Rating aku bagi of course 10/10.
2. I fine Thank You Love You (2014)
CITA NI PON BESTTTTT Tapi Teacher’s Diary
terpaksa naik ranking. Aku pon tak tau nak cakap mana flaw dia compare to
Teacher’s Diary. I guess Teacher’s Diary more to countryside for the setting
place and the cinematography is lit!
Kisah seorang guru bahasa Inggeris (guru
juga) yang terjatuh hati dengan boyfriend kawan dia. Oppss ni bukan soal tikam
belakang kawan ke apa. Ni sebab keserasian kot. Hahahaha. Ok macam ni, Teacher
Pleng diminta oleh kawannya which was not Thai, but Japanese girl untuk break
up dengan boyfriend dia nama Yim. Tapi Yim taknak. So, dia minta Pleng pula
ajar dia English sebab dia nak pergi interview untuk dia transfer kerja sama
tempat dengan girlfriend Japanese dia. Lama-lama dua-dua fall in love gitu.
Okay actor cerita ni kalau bukan si famous
SUNNY SUWANMETHANON siapa lagi berganding dengan ICE PREECHAYA. Aku angau lama
juga dengan cerita ni.
Scene paling aku suka bila Tutor Pleng tu
kantoi dia suka Yim. So rating aku bagi 9/10. Ni link aku share, before ni aku
dah buat dah entry untuk movie ni.
3. First Kiss (2012)
First Kiss ni cute cerita dia. Maybe ada
yang tak suka bila perempuan tua bercinta dengan lelaki muda tapi ni
EXCEPTIONALLLLL korang mesti suka sebab dorang comel. Hero dia pon hensem
sangat!! Sinopsis dia aku nak cerita pon
tak berapa pandai tapi bagi aku best la. Kisah seorang perempuan berusia around
25/26 ingin cari pasangan hidup la. Suatu hari dia ter”kiss” seorang student
dalam bas. Bukan kiss betul pon, hidung tersentuh hidung. Pastu handphone dia
tertinggal and ada pada tangan student tu. Mula la student tu kacau2 dia,
sebenarnya budak tu pon suka dia. AHHH WALAUPUN AKU TAK PANDAI NAK BAGITAU
SINOPSIS DIA MACAM MANA TAPI CERITA DIA TETAP BEST AND CUTE!!
Rating aku bagi 8/10.
4. Hello Stranger (2010)
Ni first movie thai aku tengok yang buat
aku hook nak tengok movie thai yang lain. Sebenarnya first thai movie aku
tengok A Little Crazy Thing Called Love. Hmm betul ke tajuk dia aku tak pasti.
Yang hero nama P’shone, heroin nama P’Nam.
Kisahnya si heroin perempuan lakonan Noona
Nuengthida pergi melancong ke Korea alone. Hero plak lakonan Terchantavit
melancong ke Korea juga tapi ada travel agent. Tapi satu hari dia terbangun
lambat sebab mabuk dan terbaring depan guesthouse Noona ni. Dia terlepas bas
travel agent dan asyik ikut Noona ke mana-mana sahaja. Lepas tu lama-lama
dorang berkawan and laki tu mula suka perempuan tu tapi masing-masing ada
kekasih. Dan kekasih masing-masing ni buat hal. Sampai la trip dorang habis dan
balik Bangkok dorang masih taktau nama sebenar.
Sebab cerita ni masa aku pergi Korea, aku
gigih cari tugu Winter Sonata dekat Nami Island sebab scene dalam cerita ni la.
Rating aku bagi 8/10.
5. Heart Attack (2015)
Heart attack mengisahkan seorang pereka
graphic, designer la yang bekerja freelance. Sebab non-stop kerja dia tiba-tiba
ada rashes satu badan dan pergi ke hospital sebab telah mengganggu kerja dia yang
24 jam tu. Berjumpa plak dengan Dr yang cantik. Tu yang setiap kali appointment
dia jadi nervous dan tertunggu-tunggu.
Cerita dia agak slow but doesn’t mean tak
best. Maybe aku suka Sunny kot. Rating aku bagi 7/10.
6. Dear Dakanda (2005)
Dear Dakanda mengisahkan seorang lelaki
suka kawan baik dia Dakanda, namun susah untuk dia confess. Satu hari tu dia
confess juga tp lepas tu dia terus bawa diri pergi ke satu pulau dan cukur
rambut dia. Masa otw ke pulau tu, dia terjatuh dari deck kapal dan di bawa ke
hospital. Di situ dia bertemu dengan Nurse bernama Nui. Walaupun dia
heartbroken tapi dia still lagi lukis gambar Dakanda dan tulis surat untuk
Dakanda walaupun tak pernah hantar. Nurse Nui pula suka dia, tapi hati dia
masih lagi pada Dakanda but akhir sekali dia cuba move on dan lupakan kisah
lalu dan mulakan hidup baru di pulau tersebut.
Lakonan Sunny juga. Ni movie dia yang lama
dulu. After long time dia senyap dari industry baru dia buat comeback movie
lain, tak salah aku I fine Thank You Love You.
Rating aku bagi 7/10. Cerita dia slow juga
macam Heart Attack tapi okay aku suka storyline dia.
BAWAH NI AKU LIST MOVIE THAI LAIN YANG
FAMOUS CUMA AKU KURANG MENGGEMARI PLOT DIA DAN BAGI AKU BIASA JE (sebab orang
lain cakap best tapi aku tengok biasa je)
1.
MR HURT (2017)
2.
BROTHER OF THE YEAR (2018)
3.
ATM ER RAK ERROR (2012)
4.
FRIENDZONE (2019)
Personally ni pendapat aku.
Setiap orang ada cita rasa dia. So apa movie Thai favourite korang?
No comments:
Post a Comment