Sunday 6 May 2018

Travelog to Korea: Day 4

previous post: Travelog to Korea: Day 3

Day 4

Ok. Ayuh kita sambung travelog aku yang entah bila boleh siap. Aduhh malas gila. Tapi aku tak nak jadi hangat-hangat tahi ayam, biar alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Haaa ni peribahasa yang aku sentiasa pegang dalam hidup aku. Bila dah start tu, sila siapkan sampai habis walaupun kau dah penat, letih, tak berminat. Never give up!!

Ok (dari tadi asyik ok), Day 4 ni aku menjelajah Everland. Dia taman tema outdoor dan sangat luas. Tapi aku dengar dari review kawan-kawan aku pergi Sunway Lagoon, dorang cakap Sunway Lagoon jauh lagi best sebab dia ada waterpark, berbanding Everland just permainan je. Ada je waterpark tu tapi tak banyak la. Gila kau nak mandi, main-main air waktu autumn macam ni, suhu dah bawah 0 degree celcius kot.

Aiseymen, kali ni aku tak bawa kamera, dan tak banyak ambil gambar. Gambar entrance je before masuk







First game aku main dah agak extreme, aku tak ingat nama game apa (ni dasar penyakit lupa nama aku) tapi seingat aku game tu duduk dalam cawan and then pusing-pusing. Kat sini aku dah overreaction, menjerit macam apa lagi. Lepas game tu, aku naik Viking pula!!! Kau bayangkan la, dah baru lepas otak aku pusing-pusing tadi, ni naik Viking yang turun 90 degree tu! Emmm maybe less than that.

Of course la lepas tu aku rasa nak muntah loya semua. Mujur Yaya bawa supply. Asam! Asam ni diperlukan untuk setiap kali korang masuk theme park. Dan aku la tukang habiskan asam tu sampai dah naik putih, nampak pucat bibir aku. Then, mula la tak dak mood nak main benda lain.



Ok dipendekkan cerita aku naik T-express..wey train tu roller coaster laju gila and ada satu part yang buat semua orang kecut perut gila, part turun 90 degree tu. Jap aku ada gambar.





Hmm tapi tak nampak la. ala-ala korang agak-agak la bila aku cakap 90 degree tu.

Masa nak naik tu kena beratur panjang. Sejam juga la beratur pon. Masa tu la semua pakat nak gabra nervous semacam. Nak record masa naik tu masing-masing sayang handphone kot. 





Yang semua takut tu sebab roller coaster ni diperbuat dari kayu-kayan je mak kau! Aku pernah tengok running man, jae suk and gwang soo buat mission kat sini. Hahahaha seram wey..Mula-mula naik tu dia gerak slow dulu..alah biasa la dia nak create rasa thriller gitu, tiba-tiba bila dah sampai puncak aku dah nampak dari jauh yang KAMI AKAN TERJUN GAUNG DENGAN ANGLE 90 degree! Part terjun tu first time aku tutup mata dan rasa aku nak terkeluar dari seat tu sebab fenomena inertia. Perut aku pon rasa nak tercabut dari badan. Huuuu lepas terjun gaung tu bapak laju giler roller coaster ni bawa kitorang. Aku duduk sebelah Aten. Memang aku suruh dia buka mata sepanjang part laju tu, mampus memang dia tak nak la. Aku tutup part terjun gaung tu je, then buka mata nak tengok macam mana aku naik roller coaster selaju tu. Best we last kali. 2 minit pon aku rasa tak sampai. Rasa macam nak naik lagi.

Then kitorang merawang-rawang dalam ni sampai dah berpisah dengan geng. Tinggal aku, Iman dan Fizah nak masuk rumah hantu. Tapi lama sangat orang beratur. Dah dekat malam pon. Orang lain semua ajak balik. Malam tu pon sejuk dia bukan main. 










No comments:

Post a Comment