Suddenly I wanted to try listen
to The Rose song, Sorry. But, when I searched The Rose in YouTube, I found
Itaewon Class OST first, You Make Me Back. Hmm, the song's not bad.
Then, I wanted listening
to Sorry as the song was synonym with The Rose (I didn’t know that was their
debut song). I know them long time ago as I knew DAY6 exist but then I was
afraid to try listening to them. I afraid I started to like them and forgot
DAY6. That’s the problem with me LOL.
First time I listen to Sorry, I
already fell in love. The song has unique melody and automatically make
listener love it. When I watched their music video (Sorry), I was attracted to
someone in bath tub that struggled with rose petals surrounding him. But it
took me a few days to acknowledge him. I just have a perception that guy showed
chic, sorrow and sexy style as any other typical Kpop idol.
This kind of image keep appeared in my mind. That made me wanna know who is this guy.
But, as I kept
repeated playing the song, yeah I realized there were two singers and I found
myself attracted to that chic guy’s voice, not the raspy main vocalist. He may
not has powerful vocal as Sungjin and distinct, unique vocal but I don’t know I
think I started to like him. Then, I started to know the members, lead by Kim
Woo Sung or Sammy, Park Do Joon or Leo, Lee Jae Hyeong or Jeff and Lee Ha Joon
or Dylan.
Kim Woo Sung or Sammy
Park Dojoon or Leo (sob i cannot find better quality of this pic)
Lee Hajoon or Dylan
Lee Jae Hyung or Jeff
So, the guy I like named Park
Dojoon. Eventually when I started to know his character, he is such a dork.
Weird crazy mind and mood maker in his band BUT he is actually a shy gentleman
when he doing activity by himself. He claimed he is friendly, yeah I agree with
him as you might grin alone when you see his smile. But at the first time he
involved in any program, you can tell that he was in awkwardness and nervous.
I feel like I wanna protect him. He's soooooooooo cute
Hello… sempena Malaysia tengah quarantine ni kerana COVID19
dan dilanjutkan sehingga 14 April, aku terpanggil untuk kongsi sedikit movie
thai yang best-best. Bagi pendapat dan citarasa aku la. Movie thai yang
famous-famous lain aku tengok juga cumanya aku rasa tak best, tak capai my
expectation. Okay without further ado, meh aku teruskan niat utama aku.
1. Teacher’s Diary (2014)
Okay aku cerita dulu synopsis dia. Teacher’s
Diary mengisahkan kisah seorang guru ganti yang dihantar untuk mengajar
kanak-kanak di pedalaman. Houseboat orang situ panggil. So, berbagai dugaan dan
cabaran la si guru ni hadapi dengan terhad bekalan elektrik dan air yang
bersih. So, hanya murid-murid dia la yang menjadi teman hiburan guru ni, oh
NO!! Bukan murid-murid dia. THE DIARY. Lupa nak sebut part penting ni. Okay,
nama cikgu ni SONG. So, dia terjumpa diary milik cikgu lama. Dia start baca dan
memahami bagaimana kehidupan seorang guru di Houseboat tu. Dan lama-lama dia
pon terjatuh cinta dengan pemilik diary tu even tak pernah jumpa pon orangnya.
Movie ni sumpah banyak kali aku ulang
tengok, memang tak bosan. Ada orang maybe dia rasa slow tapi aku suka, tak rasa
slow pon. Song tu bodoh-bodoh lawak kot. Mula-mula aku tengok pon agak slow
tapi lepas habis cerita tu aku rasa best sangat. Sebab cita ni aku mula mencari
siapa cikgu SONG ni. Bie Sukrit.
Scene romance pon tak tipikal macam kisah
cinta lain ye. SANGAT RARE! Dan bonus cerita ni sebab OST dia best. Rating aku bagi of course 10/10.
2. I fine Thank You Love You (2014)
CITA NI PON BESTTTTT Tapi Teacher’s Diary
terpaksa naik ranking. Aku pon tak tau nak cakap mana flaw dia compare to
Teacher’s Diary. I guess Teacher’s Diary more to countryside for the setting
place and the cinematography is lit!
Kisah seorang guru bahasa Inggeris (guru
juga) yang terjatuh hati dengan boyfriend kawan dia. Oppss ni bukan soal tikam
belakang kawan ke apa. Ni sebab keserasian kot. Hahahaha. Ok macam ni, Teacher
Pleng diminta oleh kawannya which was not Thai, but Japanese girl untuk break
up dengan boyfriend dia nama Yim. Tapi Yim taknak. So, dia minta Pleng pula
ajar dia English sebab dia nak pergi interview untuk dia transfer kerja sama
tempat dengan girlfriend Japanese dia. Lama-lama dua-dua fall in love gitu.
Okay actor cerita ni kalau bukan si famous
SUNNY SUWANMETHANON siapa lagi berganding dengan ICE PREECHAYA. Aku angau lama
juga dengan cerita ni.
Scene paling aku suka bila Tutor Pleng tu
kantoi dia suka Yim. So rating aku bagi 9/10. Ni link aku share, before ni aku
dah buat dah entry untuk movie ni.
First Kiss ni cute cerita dia. Maybe ada
yang tak suka bila perempuan tua bercinta dengan lelaki muda tapi ni
EXCEPTIONALLLLL korang mesti suka sebab dorang comel. Hero dia pon hensem
sangat!!Sinopsis dia aku nak cerita pon
tak berapa pandai tapi bagi aku best la. Kisah seorang perempuan berusia around
25/26 ingin cari pasangan hidup la. Suatu hari dia ter”kiss” seorang student
dalam bas. Bukan kiss betul pon, hidung tersentuh hidung. Pastu handphone dia
tertinggal and ada pada tangan student tu. Mula la student tu kacau2 dia,
sebenarnya budak tu pon suka dia. AHHH WALAUPUN AKU TAK PANDAI NAK BAGITAU
SINOPSIS DIA MACAM MANA TAPI CERITA DIA TETAP BEST AND CUTE!!
Rating aku bagi 8/10.
4.Hello Stranger (2010)
Ni first movie thai aku tengok yang buat
aku hook nak tengok movie thai yang lain. Sebenarnya first thai movie aku
tengok A Little Crazy Thing Called Love. Hmm betul ke tajuk dia aku tak pasti.
Yang hero nama P’shone, heroin nama P’Nam.
Kisahnya si heroin perempuan lakonan Noona
Nuengthida pergi melancong ke Korea alone. Hero plak lakonan Terchantavit
melancong ke Korea juga tapi ada travel agent. Tapi satu hari dia terbangun
lambat sebab mabuk dan terbaring depan guesthouse Noona ni. Dia terlepas bas
travel agent dan asyik ikut Noona ke mana-mana sahaja. Lepas tu lama-lama
dorang berkawan and laki tu mula suka perempuan tu tapi masing-masing ada
kekasih. Dan kekasih masing-masing ni buat hal. Sampai la trip dorang habis dan
balik Bangkok dorang masih taktau nama sebenar.
Sebab cerita ni masa aku pergi Korea, aku
gigih cari tugu Winter Sonata dekat Nami Island sebab scene dalam cerita ni la.
Rating aku bagi 8/10.
5.Heart Attack (2015)
Heart attack mengisahkan seorang pereka
graphic, designer la yang bekerja freelance. Sebab non-stop kerja dia tiba-tiba
ada rashes satu badan dan pergi ke hospital sebab telah mengganggu kerja dia yang
24 jam tu. Berjumpa plak dengan Dr yang cantik. Tu yang setiap kali appointment
dia jadi nervous dan tertunggu-tunggu.
Cerita dia agak slow but doesn’t mean tak
best. Maybe aku suka Sunny kot. Rating aku bagi 7/10.
6.Dear Dakanda (2005)
Dear Dakanda mengisahkan seorang lelaki
suka kawan baik dia Dakanda, namun susah untuk dia confess. Satu hari tu dia
confess juga tp lepas tu dia terus bawa diri pergi ke satu pulau dan cukur
rambut dia. Masa otw ke pulau tu, dia terjatuh dari deck kapal dan di bawa ke
hospital. Di situ dia bertemu dengan Nurse bernama Nui. Walaupun dia
heartbroken tapi dia still lagi lukis gambar Dakanda dan tulis surat untuk
Dakanda walaupun tak pernah hantar. Nurse Nui pula suka dia, tapi hati dia
masih lagi pada Dakanda but akhir sekali dia cuba move on dan lupakan kisah
lalu dan mulakan hidup baru di pulau tersebut.
Lakonan Sunny juga. Ni movie dia yang lama
dulu. After long time dia senyap dari industry baru dia buat comeback movie
lain, tak salah aku I fine Thank You Love You.
Rating aku bagi 7/10. Cerita dia slow juga
macam Heart Attack tapi okay aku suka storyline dia.
BAWAH NI AKU LIST MOVIE THAI LAIN YANG
FAMOUS CUMA AKU KURANG MENGGEMARI PLOT DIA DAN BAGI AKU BIASA JE (sebab orang
lain cakap best tapi aku tengok biasa je)
1.MR HURT (2017)
2.BROTHER OF THE YEAR (2018)
3.ATM ER RAK ERROR (2012)
4.FRIENDZONE (2019)
Personally ni pendapat aku.
Setiap orang ada cita rasa dia. So apa movie Thai favourite korang?
Day4 ni hari kitorang
buat aktiviti yang kitorang bayar la. Misalnya, berkayak ni kitorang bayar rm25
untuk 3 orang sejam. Berkayak baru separuh pastu penat dah. Of course penat,
perempuan bukannya kuat sangat nak mendayung tu. Masalahnya kitorang mendayung
ni memang senget, sekejap ke tepi kejap tengah. Lepastu aku saja2 terjun dari
sampan tu dan tarik tali belakang sampan tu sambil acah-acah berenang. So Khad
and Sarahteha yang dayung sampan tu sambil tarik aku. Hahaha biasalah acah
gedik.
Lepas kayak ni, kitorang kena tunggu sampai pukul 11 untuk
orang2 laut bawa kitorang pergi snorkelling. Aku pergi masuk bilik kejap untuk
charge telefon. Tengok2 bila aku g pantai balik, kosong semua orang takda yang
aku nampak bot tengah berjalan. Aku takut tu orang lain bukan kawan2 aku. So
mujur ada sorang pakcik ni nampak aku dan dia tanya aku one of them ke. Pastu
dia panggil balik sebab tertinggal sorang ni. Lepas naik bot tu, of course aku
terus hamburkan rasa marah sebab no one realize pon aku tak naik bot lagi,
tak tengok pon kawan sebelah ye la masing2 excited semuanya. Mujur tak kena
tinggal. Pastu rasa marah aku pon hilang. Terus bergembira bergelak ketawa
snorkelling. Nak marah buat apa lama2, spoil mood je. Ni nak type pon boleh
spoil mood juga.
Ni first time aku betul2 snorkelling. Pernah dulu sekali
masa kat Pangkor tapi kat tepi pantai je, celah2 batu. Halah halah halah tak da
makna snorkelling sangat. Aku pon ada pengalaman pegang gamat real weyyy. Orang
laut tu budak lagi boleh selam ke dasar laut untuk ambil gamat tunjuk kat
kitorang.
Ni aku kongsikan
sikit gambar funny. Aku tak nak mention sapa tapi sumpah kelakar la haiiii
Dah tengahhari, kitorang pon lunch. Ada yang balik salin
baju mandi semua dulu. Aku makan dulu sebab lapar sangat. Lepas tu berjemur
sampai tertidur nak keringkan baju. Bila balik bilik, tak mengantuk pula nak
tidur. While my other roommates semua dah kruhhh kruhhh zzz sebab keletihan.
Aku join Qyller dan lain2 sambung snorkelling sesi petang pula. Kali ni dia
bawa tempat lain. Aku baru berendam dalam setengah jam ke sejam tapi aku rasa
sesak nafas sangat, dada rasa ketat, kepala dah pening2. Aku terus naik bot,
paling awal dari orang lain. Aku terus buka life jacket dan baring atas bot.
Pening dan loya cuba aku hilangkan. Mujur Imah bawa roti dan jem coklat. Nak
kata perut kosong aku dah makan tenggah hari, maybe tak breakfast kot. Atau
life jacket aku pakai ketat sangat. So, aku mampu tengok kawan2 lain mandi.
Huaaa sedih juga
So bila petang, kitorang sambung lagi buat
aktiviti masing2. Aku main UNO dan kadang main Jengga. Lepas tu main werewolf.
Of course ni game wajib Octavivo main game ni. Macam biasa aku hebat tau dalam
mencari sapa wolf sebenar.
Sempat gambar ni aku ambil berlatarkan langit warna merah
tu.
Lepas tu kitorang dinner dan buat sesi luahan perasaan.
Lukis gambar sendiri, pastu nanti orang lain luahkan la apa yang dorang nak
cakap pasal kita. Ada dorang kata aku tomboy masa first time jumpa aku kat
Tamhidi. Aku rasa aku takda la buat gaya laki maybe sebab perwatakan aku yang
kasar. Pastu dia kata bila aku dah final year ni nampak la aku baru nak
feminine kahhhhh. Ye waktu tu pon baru aku pandai nak pakai moisturizer sebab
dah mula kisah pasal kulit aku yang dry. Aku tak marah pon guys cuma terkejut
saya orang kata saya tomboy, unexpected tau. Takpe aku suka juga kadang orang
ada perspective berbeza.
Lepas sesi ni, bergambar lagi as kenangan.
Lepas tu sambung lagi main werewolf hahahahhaha kan aku kata
batch aku ni tak leh berpisah dari game ni. Sebab sekala yang besar, kitorang
bahagi kepada kumpulan. Teringat Syawal, first time main game tu tapi dah
pandai jadi werewolf, ke mudah kantoi macam mana tah.. hahahaha and last game
tu aku Berjaya kalahkan citizen sebab no one dapat teka aku lah werewolf tu
sebab aku bunuh my own comrade demi selamatkan nyawa aku.
Okay esoknya kitorang terus balik after sarapan. Sementara
tunggu bot datang, masing2 habiskan masa dengan selfie buat kali terakhir di
Pulau Kapas. Dan aku taknak include gambar aku kat sini sebab Masha Allah buruk
gila. Bila la aku nak pandai posing, asyik awkward je gaya dia.
So, kali ni aku kongsikan hari ketiga aku di Terengganu, but
first day with the whole Octavivo. Nak kata whole pon tak juga ada 1 atau 2
orang kot tak datang. Yang dari kuala Terengganu terus bergerak ke Marang dan
selebih lagi kawan2 yang baru habis Intervasity bergerak dari KL seawal 5
pagi.So kami semua berjumpa around
pukul 11. Nak tau, yang duk Terengganu 15-20 minit je nak sampai jeti ni sampai
paling lambat -_- . Biasa la yang paling dekat la selalu paling lambat. Okay so
kami semua naik bot ni sambil menikmati percikan air laut. Everyone was so
excited with their phone to record the moments. Oh btw, aku ada buat juga vlog
(actually malas nak buat tapi sebab banyak sangat video bersepah dalam gallery,
rasa semak sangat so aku pon paksakan diri untuk compile dan hasilkan satu
vlog, so boleh tekan link di bawah). Vlog aku tak menarik mana, aku tak da la
hebat buat video sebab aku tak da software yang best, terpaksa download yang
basic je. (Ni alasan nak kata takda bakat ke takda software?? Both actually)
So ni la kitorang mana yang sempat masuk camera la..
Ni pemandangan pulau Kapas. Cantikkan?? Maybe cantik lagi Pulau Perhentian. Around pukul 1 tengahhari masa gambar ni diambil.
Ni pula gambar sejurus kitorang sampai. Nampak Aten masih
lagi menjinjing beg baju dia hahahaha. Camera Nasim (pixel kot ahh taktau).
Kitorang masih menunggu before masuk bilik masing2 dan
tunggu nak lunch. So waktu ni kitorang
berbincang dulu nak buat aktiviti apa dan dengar briefing dari AJK which were
Shaqir, Khad and Sarahteha.
So lepas kita dah lunch, solat Zuhur semua, sempat lagi
tidur buat yang gerak dari KL pukul 5 pagi tu. Dah petang kitorang start buat
aktiviti kumpulan yang AJK sediakan. Kitorang bahagi 5 kumpulan dan game dia
pelik2 juga, ada juga sumbangan idea aku untuk game “Gerakkan getah dengan
ekspresi muka sehingga getah berada di leher”. Idea asal aku ciduk dari Running
Man. Aku group 5 dan nama group aku Fuji V. Hmm entahlah kenapa tiba2 nama GIC
pula. Tahu la budak dental. Cheers pon bunyi macam ni
“Fuji Fuji Five
We are the Best
Even we are the last
We are temporarize. LOSER” Pastu apip LOSERkan semua orang.
So sebab cheers kitorang pon bunyi mcm tu, kitorang naik
anak tangga tau dapat no bapa tah asalkan bukan last hahahaha. Ni gambar lepas
suma aktiviti kumpulan habis. Macam biasalah gambar Octavivo bersama-sama.
Lepas tu belon lebih ni memang jadi sasaran semua orang nak
baling2.
HELLO 2020!!! Akhirnya aku berjumpa dengan 2020. Dan umur aku masih 24. Tak nak, aku tak nak mengaku aku 25 sebab birthday aku baru lepas nak merasa umur 24. Itu masalah orang birthday lambat ni. Bila masuk tahun baru je, kau automatik terasa umur kau dah 25 padahal sebenarnya baru 24 tahun dan 1 bulan lebih bhaiii.
Ok berkenaan dengan tahun baru ni, banyak benda juga aku nak kongsikan. Yang pertama, aku baru kenal COLDPLAY dan aku tak boleh move on dengan lagu YELLOW dan The Scientist. Aku baru tahu lagu ni dah 20 tahun yang lalu wehhhh! Baru kenal Coldplay sebab Sungjin suka Coldplay.
Yang kedua, aku nak sematkan azam baru. Sebenarnya aku tak pernah kisah pon pasal azam dari dulu-dulu lagi, tapi sejak aku dah grad ni, aku macam takda benda nak buat even aku tengah kerja part time skrg, tp banyak masa terluang. So azam aku
1. GAIN WEIGHT
Mostly girls out there want to lose their weight, but me vice versa. Aku terpanggil nak naikkan berat badan ni sebab tengok video lama2 nampak badan aku mcm skeleton tho.. tak cantik. Ye aku akui pada hakikatnya memang aku tak cantik, tapi kalau dah badan mcm skeleton tu lagi men'dahsyat'kan keadaan. Maybe kalau aku berisi sikit, pipi aku pau sikit maybe aku comel ahakksss puffttt!! Tapi aku takda specific target berapa berat yang aku nak. Aku nak nampak berisi je jadi la. BMI aku pon underweight kot. 18.2 kot.
2. START MEMBACA
wow ni azam aku yang berfaedah. Dah banyak buku aku beli tapi belum juga start membaca. Katanya busy (facepalm). Nak baca novel english tapi takut sebenarnya sebab aku pernah baca novel oh maigoddd dia punya details bed scene semua tu. That's why aku trauma sampai sekarang. Aku lebih gemar pasal light novel, adventure and fantasy gituuuu.
3. NAK BERUBAH JADI CANTIK
Ok. Sebenarnya bukan la nak cantik sangat, nak bergaya je. Ye la tak lama lagi aku akan jadi Doktor tau. Seorang doktor gigi. Tapi staff tempat aku kerja ni semua tak percaya dengan aku yang nak jadi doktor ni dengan my petite body, selekeh semua. Aku pakai baju baru, baju jalan-jalan pon dorang kata biasa je. OMGGGG!! No, aku tau aku tak perlu la nak dengar kata orang, just being yourself but I think aku perlu buat comeback la, tunjuk sikit aku layak la jadi doctor, aku ada gaya sebenarnya! Tu sekarang dah start beli lipstick, pakai blusher. Semalam terpengaruh dengan Ecah punya eyeshadow. Cantik pula. Tapi aku memang malas la nak pakai foundation, primer, maskara, eyeliner semua tu. Nak buang susah. See... dah pandai sekarang barang make up. Dah kenal semuanya.
4. CINTA
Ohmaigod aku dah boleh bercakap pasal cinta ke ni, umur dah 24. Boleh la kan. Aku sebenarnya belum minat sapa2 lagi. Tapi aku stress la bila ada orang ingat aku suka dia. Ada sorang doktor locum ni kat tempat aku kerja, aku biasa-biasa je dengan dia tapi orang lain duk pikir aku suka dia. Ye la, aku follow dia dekat ig sebab akak2 lain follow. Saja je nak follow dia, tapi maybe sebab aku selalu response dekat dia punya story, orang dah fikir lain. ok fineee aku je tahu diri aku, aku tau siapa aku suka siapa aku tak suka, so tak payah kisah pasal orang okayyy ANIS. Next, baru-baru ni adik aku ada rekemen veterinar dekat kampung aku tu, umur 25 grad UPM and muka dia ala2 crush lama aku. Tapi aku awal2 dah tolak walaupun family member aku yang lain dah ON. wait a minute!! aku tak suka dikenen-kenenkan, aku nak perasaan tu datang sendiri bukan dipaksa. Naturally datang gitu. Paham, memang orang suruh berkawan dulu tapi kalau berkawan pon niat asalnya nak tengok kau serasi ke tak untuk jadi your life partner jadi tak best tau. Aku sebenarnya duk berangan, biar dia kenal sapa diri aku sebenar, aku orang dia mcm mana and lama-kelamaan perasaan tu hadir dengan sendiri. Yang tu la apa aku angankan. Ye maybe it makes me like an oldschool girl, kampung girl tapi whatever ni life aku, aku yang nak kawin, nak hadap benda tu nanti. Mungkin aku tak jumpa cinta tu nanti, aku tak kawin kot sampai bila2 walaupun hakikatnya aku TAKNAK la. Nak kawin juga. Please jodoh cepatla cari saya.
OK setakat ni je aku ada mood nak update. Banyak sebenarnya aku nak tulis tapi asal buka entry ni je, aku jadi malas nak type. Ahahaha ok sekian